Assalamualaikum. Tahun ini tak ada gambar raya bersama abah. Agak terkilan juga. Tapi, tetap dapat bersalam tangan dengan abah di rumahnya. “Maafkan Along, Abah”.  Sebelum raya, dapat bersua dengan abah. Abah datang hantar itik ke rumah mom dan ambil sandal raya yang MamaEma belikan. Suka abah dapat sandal capal.

#TeamRayaKelantan

Selepas selesai beraya belah keluarga mertua, balik rumah mom beraya dengan keluarga MamaEma pula. Sampai di rumah mom, abah dah balik rumah dia.. nasib sempat beraya dengan adik-adik MamEma dulu. Ginilah kami, pantang nak bergambar. Tepi tangga pun jadi. Makeup pagi raya bersama calitan Foundation C3..tahan lama…tidak bercapuk. Anak-anak saudara MamaEma kat sini pun dapat duit raya dengan cabut undi.. sambung balik kekecohan..

Nampak kami macam 4 beradik tak? Semua penangan Foundation C3 tau.hahaha, sempat promote lagi. Tapi benda baik, tak salah nak share kan..Alhamdulillah, walaupun mom dan abah dah berpisah, masa raya abah datang rumah mom untuk kami adik beradik beraya bersama.. Dapatlah abah merasa makan nasi dagang, nasi impit, itik kerutuk pada pagi raya..sebab masakan mom memang terbaik sangat.

Sambung lagi beraya…Petangnya, beraya pula ke rumah atok belah mertua.. sampai rumah atok, tak ramai orang. sebab dah petang, anak-anak atok dah balik rumah masing-masing. Tapi cicit-cicit atok, memang lasak bermain kat luar..

Korang punya raya macam mana? Beraya di rumah siapa? Rumah mertua atau rumah sendiri? Orang cakap beruntung kahwin dengan orang sama negeri..Yea lah, raya pertama dah dapat beraya dengan kedua-dua belah keluarga. Apapun semua itu adalah jodoh masing-masing..Alhamdulillah.

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Sedih Raya Tahun Ini Tanpa Bergambar Dengan Abah”

  1. Raya tahun ni kami beraya di rumah saya dulu… Kemudian pergi ke rumah mertua saya..
    Tapi raya tahun ni agak kelam kabut sikit menguruskan homestay…
    Ada orang masuk homestay pada hari raya pertama…. Keluar hari Raya kedua..
    Kemudian petang hari raya kedua ada orang lain pula masuk homestay… kemudian keluar pada hari raya keempat…
    Runner homestay pulak balik Terengganu… Terpaksalah kami terkejar-kejar menguruskan homestay…
    Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *