Sebalang biskut dari Khaisya Delight, langsung tidak cukup. Belum sempat makan sudah dihabiskan. Sedih betul. Nak marah, tak baik… berdosa pula aku dengan suami.. huhuhu. Yealah, dah dia yang habiskan sebalang biskut yang aku bawa balik dari Bengkel Videofon.
Baca: Celik Mata Selepas Hadir Bengkel Videofon
Salahkan Abam Korie
Siapa Abam Korie? Aku kenal Abam Korie sebab sama dalam komuniti KBBA9 sebagai blogger. Asalnya, memang tidak tahu pun Abam Korie seorang yang berniaga di dalam bidang pastri. Tak percaya beb? Orang lelaki terlibat dalam bidang yang selalunya dikuasai oleh wanita. Hahaha..malu aku.
Kenapa Abam Korie buat biskut ni sedap sangat.. Aku tahulah sedap, kalau tidak sedap tak adalah sebalang biskut tu, sekali hadap terus licin kan. Mr. Ery pun bukan jenis yang suka makan biskut. Kempunan tak dapat makan biskut yang Abam Korie bagi masa bengkel hari itu.
Tapi tak apa, nanti aku nak tempah untuk raya. Saja, aku tak nak tempah sekarang.. Tempah awal, lagi cepat habis. Apa nama biskut ini Abam Korie? Tempahan untuk raya dah dibuka ke belum? Jangan kata dah tutup pula. Tak pasal-pasal, saya pergi ketuk pintu rumah Abam Korie ni.
Sandwich Apa Ni Abam Korie?
Walaupun tak dapat makan cookies, terubatlah sedikit kekecewaan bila Abam Korie ada menyediakan menu lain iaitu sandwich. Ada beberapa perisa sandwich. Alamak, dah lupa pula perisa apa..tuna? chicken tuna?..Maaf, Abam Korie, saya terlupa..makan sandwich banyak keping sampai tak ingat dunia. Sedap sangat..cukup rasa, cukup perisa..walaupun ada tergigit lada… pedas yang boleh dimakan.
Korang tengoklah inti sandwich nya, boleh tahu orang ikhlas atau tidak ikhlas kalau berniaga. Padat sampai terkeluar intinya..Ini baru betul.
Korang sendiri boleh nilaikan hasil kerja pastri dari Abam Korie Khaisya Delite ni bagaimana? Meriah tengok kek-kek yang dihasilkan. Abam Korie, kasi ajar saya sekali tau..manalah tahu lepas ini saya potong bisnes Abam Korie..hahaha..gurau-gurau saja Abam Korie.. Tak pandai pun nak buat…belajar untuk makan sendiri bolehlah. Itupun kalau rajin.
Tengok dulu Instagram ini. Lepas itu, baru contact Abam Korie nak tempah yang mana. Tempah semua pun apa salahnya, korang yang nak makan. Korang tak akan menyesallah.
Hubungi:
wah sedap2 sedap jualan abam korie.. terliur tgk
Dessert abam korie semuanya sedap.. *nangis*
Biskut ni tak sampai puasa pun boleh habis.
Makanan yang mengandungi coklat memang makanan favorite saya. Sedapnya terutamanya kek yang ada coklat tu. Yummy…..