Tajuk memang panjang, tapi itulah dalam pemikiran saya sekarang.

Saya sebagai ibu bapa sangat takut untuk hantar anak ke sekolah di zaman ini.

Mengapa?

Tak dapat saya sangkakan, ada saja kejadian pelajar sekolah yang kini semakin ganas.

Belum lagi akil baligh sudah pandai membelasah, mencederakan malah berani mengugut bunuh jika tidak menyukai seseorang. MasyaALLAH, baru berumur 9 tahun dah begini perangainya.

Pelajar perempuan sekolah rendah sudah pandai memeras ugut dengan pelajar lain..itu pun pernah berlaku.

Kini, pendidik juga rasa takut untuk menegur atau mendenda pelajar yang bermasalah. ditegur dan didenda akan bersemukalah si pendidik dengan ibu bapa. Malah ada bapa yang datang membawa peguam bersama, bila terima sms dari si anak bahawa diri dimarahi cikgu.

Sungguh berbeza pelajar dahulu dan sekarang kan. Dulu, bila kita dimarahi, didenda malah dirotan oleh pendidik, kita sangat takut untuk memberitahu ibu bapa tentang kesalahan kita.

Tapi kini? Ibu bapa pula yang datang menyerang pendidik.

Siapa perlu dipersalahkan?

Apa yang perlu dilakukan?

“seorang mama yang runsing bila anak-anak bersekolah nanti”

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *