Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Sepetang Bersama Blogger
Hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi pengalaman menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2013 yang telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada 26 Januari 2013.
Ketika kaki menjejak kaki ke lobi hotel dan tatkala melihat ramai yang sedang beratur di pintu dewan perasaan gementar dan gemuruh telah menikam diri.. siapalah aku ini..hanya blogger pecisian saja.
Lalu menekan nombor telefon bimbit blogger aju untuk bertanyakan dah sampai ke belum. walaupun dengan aju belum pernah jumpa tapi hanya nombor aju yang ada. rasa lega bila aju dah ada di dalam dewan dan maklumkan di meja mana dia berada.
Sambil beratur, mata melilau mencari kelibat blogger aju. Akhirnya jumpa. terasa kerdilnya bila memasuki dewan event. selepas mendaftar dan mendapat door gift terus kaki melangkah dan duduk di sisi aju.
Mulalah sessi berborak dengan aju. aju sangat lemah lembut orangnya. Disebabkan meja kami paling hampir dengan pintu dewan dan meja daftar, seorang demi seorang blogger yang datang dan kelihatan blogger suami isteri Mrs Fiza dan suaminya, Cikgu Naman. Lantas terus mempersilakan mereka berdua untuk duduk di meja kami. Blogger Mrs Fiza dan Cikgu Naman seiras sangat…Tahniah untuk mereka kerana bertuah.
Jumpa Blogger
Blogger Kak Kujie bersama anaknya, pun seorang blogger yang sampai lewat sikit gara-gara kesesakan lalu lintas. Ini kali kedua berjumpa dengan Kak Kujie..kali pertama masa event di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Di sana, berpeluang untuk mengenali blogger-blogger yang hebat malah sangat tersohor di alam maya. tapi apakan daya perasaan segan nak bergambar dan bertegur sapa sangat menebal.
Tuan Blog Denai Hati |
Sambil makan-makan, sambil dipersembahkan dengan nyanyian dari blogger Zarul Umbrella yang memang merupakan seorang penyanyi.
Blogger Boni Kacak dan Blogger Zarul Umbrella membuat persembahan |
Malah event ini juga diselitkan dengan dua mini forum yang dimoderator oleh Abang Ensem dan Bro Framestone
Forum 1 : Kak Kujie, Abang Ensem, Ustaz Nur Efendi dan Abang Nara |
Tidak sempat untuk mendengar mini forum kedua kerana terpaksa mengundurkan diri lebih awal.
Forum 2 : Yuyu, Bro Framestone, Amanz dan Bang Iwan (Blooger dari Indonesia) |
Walaupun tidak dapat bergambar dengan blogger kecil comel ini, tapi memadai dapat tengok dia face to face. memang orangnya sangat cute…yuyu zulaikha.
Sambil bergembira tidak lupa kepada yang memerlukannya.
Terima kasih diucapkan kepada Blogger Denaihati dan team yang telah berjaya menganjurkan Sepetang Bersama Blogger 2013.
Good Job!!!!
Terpaksa pulang awal bukan kerana frust tak dapat hadiah cabutan bertuah tapi perlu bergegas ke airport menuju kampung halaman blogger yuyu zulaikha.