Kedai Satay Machang-Kuala Krai. Berderet kedai satay di tepi jalan.
Selalunya pergi makan satay bayar ikut bilangan lidi yang dimakan atau bayar semua ikut tempahan? Korang rasa?
Selalu makan satay banyak beli bungkus. Jadi, memang akan bayar berapa banyak satay yang ditempah. Dan kalau makan di kedai sekalipun, tetap juga bayar dengan harga yang ditempah. 50 cucuk satay tetap bayar untuk 50 cucuk juga. Yealah, selalu pergi makan satay kajang cop Haji Samuri di Awan Besar, kena order nak makan satay apa dan terus bayar situ pastu cari meja yang mana kosong.
Tapi, tidak bagi mereka. Aku sendiri pun pelik. Malam itu, adik bongsu nak belanja makan satay semata-mata kak longnya yang baru sampai dari KL. Bertuah kak long. Sekali bila 3 keluarga datang serbu kedai satay, datanglah orang yang nak ambil order.
Bro : Nak satay apa kak?
Angah : Ma, nak satay apa? Daging atau Ayam?
Ma : Ambil daging sikit, ambil ayam sikit.
Angah : Berapa cucuk?
Ma : Tak tahu nak agak, bagilah 100 cucuk.
Angah : 100 cucuk daging 100 cucuk ayam?
Ma : Macam banyak..takut tak habis.
Bro : Kak, order 100 cucuk. 50 daging dan 50 ayam. Tak habis tak apa. Kita kira yang makan saja.
Ma : Ok.
(Ubah bahasa kalau loghat kelantan lagi sedap bunyinya)
Sekali datanglah satay yang diorder 50 cucuk daging 50 cucuk ayam dengan kuah kacang sebekas kecil seorang.
Teringin nak makan satay tak perlu pergi jauh-jauh sampai SINI sebab yang dah dekat dah jumpa. Satay dia memang besar-besar. Tak silap 80 sen secucuk.
Tengok piring kuah kacang besar mana. Nak celup satay pun tak rasa puas. Terpaksa minta tambah kuah. Itupun bagi serupa.
Lepas semua kekenyangan, ada beberapa saki baki satay yang tak habis. Maka, terjadilah benda tak puas hati. Bila nak bayar, anak buah tuan kedai kira harga semua satay. Yang tak habis diaorang bungkuskan siap-siap terus letak atas meja makan. Dia cakap kena kira semua.
Tak puas hatilah, tadi cakap kira yang makan saja. Itu pasal ambil 100 cucuk. Kami cakaplah tadi, bro tu kata akan kira yang dimakan tapi dah habis makan nak kira harga semua pula.
Ma : Dik, minggu lepas kak mari kira satay yang dimakan. Tadi kata boleh. ni kata tak boleh pula. Lain kali tak mari dah kedai ni. nak habis satay cepat buat nayo orang.
My mom memang sound derect je. geram cakap tak serupa buat. Geram sangat, dalam kereta mom ambil gambar kedai satay ini. Cukuplah sekali terkena. Lain kali try kedai sebelah pula. Ingat nak tayang nama kedai dengan nombor telefon sekali. Tapi fikir balik tak apalah. biarkan.
Berani kerana benar takut kerana salah kan. Lepas bayar semua. Elok kita angkat punggung nak beredar. Tengok, tauke kedai satay ni pun angkat punggung juga. Eh, kenapa nak lari. Sekali, adik tengok tauke satay pergi menyorok belakang van.
Bestnya dapat makan Satay secara beramai-ramai macam ni.. Makan Stay habis 50 cucuk pun boleh tak terasa… Betul tak sis? hehehe
Anuar recently posted…Tips Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27
sekali sekala layan satay memang seronok…hari-hari naik jemu lauk ayam daging pula…
emarieys recently posted…Gulai Kalut
Secara logik bayar apa yang kita dah orderkan..mungin ada kekeliruan kat situ kot..nway kita pun suka satay..
Raudzah recently posted…15 Azab Kerana Solat
ema selalu order bawa balik rumah…dan kalau order makan kedai memang bayar yang diorder.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
kedai ni dah ubah terma tapi tak beritau pelanggan ke… terianaya jugak macam ni.
Denaihati recently posted…Turki aku datang
tak tahulah tuan denai…harap kedai ini lebih peka pada pelanggan.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
sedapnya sate..dahlah besar2…
klu sy knyg dah mkn 10 cucuk pun hehe
UmiAdam recently posted…Panduan Menyusu Ketika Berpuasa
boleh tahan juga rasanya…tapi kalau layan pelanggan macam ni..yang sedap jadi tak sedap..hehehe
emarieys recently posted…Gulai Kalut
alamak..tak best la bila jadi macam tu. patut tokey tu sendiri layan family akak sampai ke akhir. tak pasal2 term berubah..
ctfand recently posted…Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Masalah, Hadapilah Dengan Senyuman
tauke tahu ambil duit bayar je kot…langsung tak berani nak bersemuka. bukan kita nak makan dia pun.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
dengan saya sekali naik geram..mungkin pekerja yang ambik order tu pun tak tau diaorang dah ubah cara lama tu…ataupun dia lupa..kalau saya memang dah keluar dah nama kedai dia kat blog..hehehe..
entahlah, rasanya sebab dah malam diaorang nak cepat habiskan sate tu pasal cakap macam tu….mom pergi seminggu sebelum kejadian ini kira lidi yang dimakan je…alih-alih pergi malam tu terus kena kira semua.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
kot2 pekerja dia tu tersalah bagi information kot. patut panggil pekerja yg amik order tu skali dlm perbincangan. tapi takpe la… boleh bawak balik, bleh makan jugak kat rumah. yang penting, nak tau sate dia sedak ke tidok. kalo sate tak sedap pastu buat perangai gitu, mmg takdpt nak bertahan lama la tu.
yang order tak datang dekat yang tauke pun sama..yang datang tukang kira saja..
emarieys recently posted…Gulai Kalut
Adehhh..tak leh le buat orang macam tu kan..lain cakap lain buat. Kalau sis memang budak tu dah kena sound dah
Hannyabdullah recently posted…Puisi Buat Ibu | Selamat Hari Ibu
memang kena sound juga..mom sound saya pun sama.. nampak kalut juga tauke dia siap pergi sorok belakang van..bila ingatkan kelakarlah pula.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
Pernah sekali je mkn satay kt kedai. Tu pun ms bukang. Dah ada anak2 ni beli satay bwk blk. Lg senang nak mkn. X hbs blh mkn the next day.
kalau ada anak-anak better bawa balik rumah makan..nak berselerak tumpah kuah pun tak apa.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
mungkin dia tersilap cakap tu ema, takpelah dah bungkus sambung makan kat rumah pulak
ajumohit recently posted…JJCM @ Restoran Sukhumvit Garden
ermm, entahlah aju…. esoknya, tak makan pun…sebab bila dipanaskan keras pula satay nya.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
biasanya memang bayar apa yang kita order kan…baru semalam makan satay..hehe 🙂
puteri kasih recently posted…Kifarah: Kudrat Anak
itu yang biasa lah kan..tapi mom akak cakap kira apa yang kita makan saja.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
Lorr.. mana boleh camtu.. kalau dia cakap siap2 kena bayar ikut berapa yang kita order, takpe gk.. bolehlah bajet ikut sesedap rasa.. ni taktik keji namanya.. haha.. tiba2 sendiri plak tak puas hati..
Moms Avenue recently posted…Vitamin Shaklee Naikkan Berat Badan??
memang aniaya oranglah..nasib baiklah adik tak ambil kisah sangat..dia belanja dia yang bayarkan.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
keliru sebab dia cakap sebaliknya…kan cakap awal lagi senang..tak adalah kita nak order banyak sangat.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
tak tahulah pula lama ke baru…. itulah lain kali cakaplah awal-awal..lagipun kita pun tanya dulu sebelum order.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
yang tak puas hati sebab cakap tak serupa buat…ini yang buat geram.
emarieys recently posted…Gulai Kalut
x baik la macam tu kan…x jujur namanya tu…
suriaamanda recently posted…Fakta Anak No 2
Tawaran yang mengelirukan. Lepas ini tentu pangkah tak datang lagi.
akubiomed recently posted…Pencegahan kanser payudara dengan pemeriksaan percuma mamogram
Baru aje pekena sate kat Satay Station semalam. Kalau kat BP ada juga dulu yang kira berapa yang kita makan. Yang tak habis tak perlu bayar. Ada juga yang bungkuskan bawa balik. Di KL ni takdalah kot. Semua bayar siap-siap ikut berapa nak.
Mummydearie recently posted…The Liebster Award
Salam. Saya juga menjual sate di dengkil. Tp saya jual lain dari yg lain. Haaa nak tahu apa kelainan sate saya? Meh sini nak habaq kat hangpa. Pakai loghat kedah la nooo kami nie org perak, parit buntaq tp kampung kami dah betoi betoi border seberang prai penang dan border bandaq baru kedah. Ni nak habaq kat hangpa nie nama sate kami SATE POWER tag line kami “SEDAP HABAQ HANG”. Sebenaqnya sate kami macam biasa gak la tp yg powernya pasai apa kami juai waktu makan pagi. Bekpes kata org lanie….ya betoi waktu perniagaan kami start kol 8pagi hingga 3petang setiap hari kecuali jummat. Jumaat cotila cheq noooo. Nie nak habaq kat hangpa jugak kami jugak ada juai mee bandung muar…pun sama ja waktu perniagaannya. Kalau hangpa nak tau power tak power mai la singgah. Berdekatan taman cabaran putrajaya.
Rasai kelazatan Sate dan Mee Bandung Muar dipagi hari. Hanya satu2nya di sini yg menjual Sate dan Mee Bandung Muar morning2. Alhamdulillah. Morning2 kami dah on Sate dan Mee Bandung Muar.
Temui kami di Sate Power,
? Kg Tok Aminuddin,
Jalan P5, 43800,
Dengkil, Selangor.
Opening hours
08:00-15:00
Friday off
Atau hubungi kami,
☎ ………0182091815
☎ ………0183552106
✉………. satepower@yahoo.com
FB……….SATE POWER
Instagram…Sate Power
Kami juga sedia menerima tempahan bg majlis anda dan kami juga boleh bakar “LiVe” dimajlis anda.
Huhuhu..dlu kedai yang admin pgi tu famous sebb hak milik kak mah sate..skarng kak mah sate berpindah betul2 stesen minyak petron..ramai coustomer masih keliru..n admin singgah bukan origanal satay kak mah..nak inpo wassap no 01137476233..