Sambutan Hari Keluarga. Ini adalah aktiviti yang kedua dianjurkan oleh keluarga Hajjah Wan Jah dan Allahyarham Haji Mat yang kini mempunyai keluarga yang besar iaitu sebanyak 9 Anak, 47 Cucu, 80++ Cicit dan 6++ Piut malah ianya semakin bertambah bilangan ahli keluarga dari tahun lepas. Dua hari selepas majlis ini, ada kelahiran kembar.
Apa yang menarik pada tahun ini adalah diselitkan dengan beberapa acara sukaneka untuk peringkat kanak-kanak sehingga peringkat lebih usia dan cabutan bertuah dengan hadiahnya yang lumayan.
Antara sukaneka yang disediakan :
1) Berebut Gula-Gula
2) Tiup Tepung
3) Getah & Straw
4) Boling Kelapa
5) Berebut Kerusi (Lelaki dan Perempuan)
6) Terompah Tempurung (tak dapat dilaksanakan kerana kesuntukkan masa)
7) Isi air dalam botol
8) Bawa bola pingpong dengan sudu
8) Belon Beracun (Peringkat anak saudara dan bapa/ibu saudara)
Pelbagai aksi dapat dilihat ketika sukaneka yang memang membuatkan semua gelak sakan.
Belon beracun kategori anak saudara |
Inilah yang paling mencuit hati semua bila tibanya kategori pakcik dan makcik saudara bermain bola beracun.
Belon beracun kategori pakcik dan makcik saudara |
Memang semua ada gaya dan skill tersendiri. Bersarung pelikat dan batik lain cerita. Yang penting untuk mengeratkan silaturahim semua.
Inilah caro ore kampung ambo sambut hari keluarga.