Sambut Tahun Baru Dengan Abah.
Masih mood tahun baru lagi kan. Baru nak kongsi sambut tahun baru. Kali ini dapat sambut tahun baru dengan abah. Last minute balik kampung. Ambil peluang cuti tiga hari sebelum sekolah bermula. Antara dua nak balik ke tak balik sebenarnya. Yealah, bajet dah banyak habis untuk kelengkapan sekolah anak. Nasib baik, jumpa tempat yang murah. Jimatlah.
Dah lama tak jumpa abah. Syukur Alhamdulillah, abah cepat sihat dari serangan strok. Abah kena serangan strok sebelah badan. Sekarang, dah boleh bawa motor, dah boleh solat. Cuma, percakapan saja tak berapa clear.
Balik Kelantan pun dah bertahun tak pergi Kota Bharu. Malam tahun baru, bawa abah ke Kota Bharu tengok adik buka booth di KTC selama 2 hari. Malam tahun baru, malam last.
Sambut tahun baru di Gle’wak Cafe
Malam tahun baru, makan di Glewak Cafe (glewak maksud sibuk). malam tu memang penuh orang. memang glewaklah. sesuai dengan nama cafe. Inilah abah kesayangan kami adik beradik. Sedih, tengok abah. Banyak benda yang abah pendam sebenarnya.
Abah dikelilingi cucu-cucu. 2 cucu sulung tak join. tolong jagakan booth. Abah, bila dengan kami semua dia akan sedih. Kami adik-beradik yang kena happy-happy kan abah.
Menu Gle’wak Cafe
Abah makan nasi lemak pandan. Mamaema pun makan nasik lemak pandan. Nasi lemak pandan di sini memang sedap. First time, makan nasi lemak warna hijau. Mr. Ery makan lamb chop. Licin. Kak (adik bongsu) order set western. Lupa nama menu. Banyak sangat sampai tak berhabis kami semua makan. Kekenyangan semua. Terima kasih angah. Belanja makan.
Harga makanan pun berpatutan. Nak buat majlis hari jadi pun sesuai di Gle’wak Cafe ni.
Lokasi Glewak Cafe
betul kan ema…abah2 ni jenis banyak pendam dari nak bercerita…kadang runsing yang bukan2 pun ye jugak sampai jejaskan kesihatan…sama la ngan pak mertua saya tu…huhu…
wahida recently posted…Bismillah Cendol, Taiping
Semoga ayah Ema bertambah sihat..kita memang walang kalau orang tua kita jatuh sakit kan…
Suria Amanda recently posted…Faiz Subri Wira Negara Harumkan Malaysia!
Mesti ada sebab kenapa abah sedih bila anak-cucu semua berkumpul
Mungkin terharu sebab ada kasih-sayang di situ
Bila bersama apa pun hidangan pasti sedap terasa.
Kakzakie Purvit recently posted…Ragam anak menagih kesabaran
bju merah tu win sangat hehehehe
Lynda recently posted…DASHING ELITE SHAMPOO LELAKI BERSIH DAN SIHAT DENGAN SATU CUCIAN
Fuhh best tengok juadah tuuuu hehe… anyway.. seumur hidup baru sekali saja penah sampai kelantan.. ntah bila lagi akan dapat peluang hehe
dapat makan bersama memang seronok, nak pula menikmati menu yg sedap nyummeh
ajumohit recently posted…Aktiviti Pembuka Tirai 2017 | Berpiknik di Fantasi Land, Putrajaya
Semoga abah awak bertambah sihat…sy ni abah dah dijemput Allah pada umur 61 memang sedih dan selalu terkenangkan dia..
Elih Japahar recently posted…Bisnes Jual Aiskrim Atas Motosikal
kalau dapat spend masa dengan mak ayah ni memang best
Selamat Tahun Baru, Ema!
Biasalah orang tua bila dapat berkumpul dengan anak cucu, mulalah akan terasa sedih di hati. Bukan mudah nak merasai suasana berkumpul anak beranak macam ni selalu. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak masing-masing di perantauan.
Menu western set tu memang nampak sedaplah, Ema. Banyak betul, mana nak habis kalau makan sorang.
nama cafe tu takleh blah. so mmg glewak ke kat cafe tu. tp food dia nampak sedap
menarik menu dia
LYAfrina recently posted…Resepi Udang Buttermilk Mudah & Ringkas