hari sekolah

Sambut Tahun 2019 Dengan Berita Yang Mengejutkan

Masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Di awal tahun ini, tak tahu nak mula dari mana..walaupun banyak benda nak share…buka chrome klik link blog…login..lepas itu blur…idea terus hilang.. logout.. login balik…tup tup…keluarlah post lewat petang ini..

Sebelum jejak tahun 2019, aku terima berita yang mengejutkan…sangat buat aku terkejut sampai gigil lah… Berita apa? Bila dah confirm InshaALLAH aku share yer.. Kalau itu jalan terbaik untuk aku dan keluarga aku.

Bermulalah Hari Persekolahan

Hari pertama persekolahan, aku ambil cuti. Kakak dah masuk sekolah menengah abang pula darjah 4, Ayra stay rumah pengasuh. Kakak tak ada rezeki untuk bersekolah asrama yang dipohon, Ayra pula tak ada rezeki untuk masuk sekolah tadika permata perpaduan. Aku terima dengan redha..Bukan rezeki anak-anak aku.

hari sekolah

Abang ke sekolah naik van seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma, kakak agak merunsingkan aku pada mulanya sebab tak ada van nak hantar ke sekolah menengah. Lagi pula kakak sekolah petang. Terpaksa antara aku dan Mr Ery kena korban masa dan tenaga untuk balik dan hantar kakak pergi balik sekolah. Tapi tak lama, hari pertama balik sekolah, van sebelum ini ada mengambil dan menghantar anak sekolah menengah. Terus call untuk confirm… Alhamdulillah, bermulalah kakak naik van yang sama.

Segala pembayaran buku untuk abang setel terus. Tapi kakak aku hold kan dulu. Bukan terlalu berharap sangat untuk dapatkan tempat di sekolah berasrama tapi perancangan aku untuk kakak adalah biar dia tinggal di asrama. Tak dapat sekolah kawalan pun tak apa, yang utama ada asrama.

Nak tunggu keputusan sekolah mana pun makan masa.. buku tulis tetap kena beli.. Terpaksa juga beli beberapa buah buku untuk belajar ikut jadual. Baru hari pertama sekolah dah ada kerja rumah yang diberi cikgu. Kakak juga dilantik Penolong Ketua Kelas walaupun cikgu sendiri tahu yang dia akan bertukar sekolah.

hari sekolah

Anak kita sekelas yea kak.

Boleh pula anak satu kelas dengan anak member PIBG sekolah rendah..anak member pula jadi Ketua Kelas….asyik korang berdua jea pegang jawatan ni..

Kalau anak yang form 1 nak sekolah pagi kena pandai bermain alat muzik dan menyanyi. Ada 2 kelas form 1 di waktu pagi…lagi 10 kelasĀ  waktu petang. Masa hari orientasi, aku ada isi borang untuk uji bakat sebab nak sangat kakak sekolah pagi. Balik rumah, aku terfikir macam tak perlu sangat sebab latihan muzik diadakan belah petang..Masa lagi banyak di sekolah… Nampaknya, biarlah kakak maintain waktu petang hinggalah dapat sekolah lain.

About emarieys

Ema has written 1187 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

1 Comment

  1. Sekejap je dah sekolah menengah kakak ye..sama ngan Dania dulu la..takde rezeki sekolah asrama..apapun dia ok jer belajar kat mana- mana..janji kena focus..pening kan nak tunggu jawapan mana- mana sekolah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge