Sambut Raya Aidiladha di Conakry.

First raya yang jauh di perantauan.

Dulu antara KL-Kelantan jer.. sekarang terus antara benua.

Tak dapat merasa daging korban tahun ini.

Sambut Raya Aidiladha

Raya kat sini pun sama…ada solat raya dan korban.

Pagi raya hanya breakfast roti canai segera produk dari Malaysia. Beli di pasaraya kat sini.

5 keping satu bungkus..jadilah buat alas perut sekeping seorang. Hehehe.

Tak masak apa, aku punya bekalan dalam kontena pun tak sampai-sampai lagi.

Bawa stok untuk 2 bulan pun dah lama habis.

Pagi raya, Mr Ery dan Aqeel pergi solat raya.

Besar juga masjidnya.

Aqeel jadi tumpuan gara-gara pakai baju melayu lengkap bersampin.

Baru pakai dengan kopiah, belum bersongkok mahupun bertengkolok.

conakry news

Diaorang ni first time kot tengok pakaian Baju Melayu..

Pastu ada pula yang tanya  “from Philippines?”

“No, from Malaysia (I’m Malaysian okey)”

Ada rupa orang Philippines ke dua beranak ni?

mosque conakry

Hahahaha… orang Philippines…kesian… Malaysia lah.

Selepas solat, KC ditemubual..Tak sure siaran apa…TV African kot.

interview Conakry news

Balik rumah, aku tanya Mr Ery takbir raya camana kat sini?

Tak mendayu macam di Malaysia.

Tapi..raya tetap raya.

Raya di Rumah KC

Inilah orang Malaysia yang ada di Conakry.

Berayalah kami semua di rumah KC.

Diraikan seperti 1 keluarga.

Walaupun beberapa kerat..meriah tetap ada.

Alhamdulillah…dan terima kasih tuan rumah menjamu nasi lemak dan laksa johor.

Pasal korban kat sini, harga sangatlah murah.

Seekor lembu, tiada kiraan ikut bahagian sepertimana 7 bahagian.

Terus  kiraan seekor…. 1 ekor lembu harga lebih kurang dalam 400USD.

Harga seekor kambing, aku tak pasti pula.. mesti lagi murah.

InshaALLAH, ada rezeki tahun depan korban di sini.

Rindu masakan mama (-_-)

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Sambut Raya Aidiladha 2019 Lain Dari Sebelumnya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *