Sambut hari lahir kakak Azwa tahun ini di tempat berbuka puasa Restoran Cina Muslim. Tiga tahun berturut-turut, hari lahir kakak Azwa jatuh di bulan puasa. Sampaikan dia pun cakap “kenapa mama lahirkan kakak bulan puasa”. Kakak Azwa ingat, bulan puasa tak boleh sambut hari lahir.

Tak nak kecewakan anak dara sorang, belikan kek sebiji. Kebetulan hari lahir kakak Azwa 19 Julai 2014, hari sabtu. Dan sabtu malam tu memang dah plan nak berbuka puasa ramai-ramai di luar.

Dua meja bulat untuk keluarga belah mertua. Semua berkumpul termasuk pakcik dan makcik sebelah mr.ery.

Kek sebiji dari King’s Bakery, beli yang kecil ada yang tak merasa… apapun budak-budak suka. Ada nak tambah pun tak dapat.

Selamat hari Lahir untuk Kakak Azwa, mama sentiasa mendoakan kakak Azwa. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Kami semua sayangkan kakak Azwa.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

13 Replies to “Hari Lahir Bulan Puasa”

  1. Selamat Hari Jadi, Azwa! Semoga termakbul segala doa Mama ya!

    Samalah macam Abang juga. Tiga tahun pertama, sambut harijadi di musim raya. Seronok bukan main dapat potong kek bila semua keluarga ada bersama menyambut raya.
    Mummydearie recently posted…Persiapan rayaMy Profile

  2. happy belated B’day Azwa..moga jadi anak yg solehah & cemerlang dunia akhirat..bestnya sambut ramai2.,meriah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *