Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Tahun ini, konsep makanan tradisional masih dikekalkan malah diwarna warnikan lagi dengan selera terkini mengikut zaman ke zaman.

‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri Malaysia bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Terdapat juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India.

Bufet Ramadhan

So, semalam bawa kakak ikut sekali pergi review untuk bufet ramadhan. Memang sejak berzaman lagi hotel Seri Pacific Kuala Lumpur ini memang terkenal dengan sajian buka puasa yang sangat memuaskan hati bagi yang datang. Tahun ini lokasinya adalah di Tingkat 4, Atrium sehinggalah kolam renang dan juga Restoran Zende, di aras lobi.

Keluar saja dari lift terus bau Kambing Bakar Abang Burn menusuk hidung, selangkah lagi bau sup Gear Box “Power”. Masuk lagi ke dalam bau sambal belacan, cecalok, budu..perghh memang tak sabar nak jamulah. Ditambah lagi hidangan panas-panas lauk-pauk ikut negeri. Ayam Panggang Percik (Kelantan), Udang Rendang Daun Kunyit (Perak), Telok Itik Masak Lemak Rembau (N9), Asam Pedas Ikan Pari Merlimau (Melaka), Ikan Pating Masak Tempoyak Temerloh (Pahang), Nangka Masak Lemak Gelang Patah (Johor), Ayam Pongteh Padang Kota (P.Pinang), Terong Goreng Belacan Kuala (Perlis), Nasi Kuning KK (Sabah).

Kegemaran Kakak Ada Di Sini

Kakak Azwa makan Asam Pedas Ikan Pari Merlimau sampai 7 ekor…eh 7 ketul… memang feberet kakak Azwa ikan pari ni..dah kenyang makan dengan nasi…dia ratah macam itu jea.

Di tepi kolam renang pula, ada stall Fried Kway Teow Teluk Ansin, Warong Mee Padang Tembak, Sushi Abang Sai, Sup Gear Box Power & Sup Ekor Bakar – Jalan Putra, Shell in Pantai Remis, Kambing Bakar Abang Burn

Jangan ketinggalan pekena Shell in Pantai Remis ni yer…pergh memang sedap.. sudu garfu tolak ke tepi..sising lengan makan terus dengan tangan…kiri kanan dah tak pandang orang.

Tidak lupa juga Fried Kway Teow Teluk Ansin

Desserts

Set Ulam-Ulaman

Kemain masing-masing kan… kak Nina, blogger resepi memang tak terlepas dengan dessert…UN kusyuk menghirup lemak-lemak sup gear box..kak Dila dengan popia yang tak sempat aku nak rasa.

Harga Bufet

Dengan beraneka jenis sajian ini harga bufet kat sini sangat berbaloi yea. Sebelum 15 April 2019, harganya cuma RM90 bersih untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Selepas tarikh itu, harga RM120 dan RM60. So, better grab baucar awal.

Untuk datang ke sini pun sangat mudah, tak perlu bersesak bawa kereta sendiri pun kerana hotel ini dikelilingi infrastruktur moden dan canggih. dekat dengan kemudahan LRT di Stesen PWTC dan KTM Komuter di Stesen Putra..depan hotel pusat beli belah terkenal Sunway Putra Mall.

Untuk tempahan bufet ramadhan korang boleh hubung talian 03-4042 5555 atau laman sesawang www.seripacific.com

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Bufet Ramadhan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *