Saiz Kepala Bapak Dengan Anak Beza 1 Inci

As Salam Semua!!!

Alhamdulillah, hari ini dah masuk pejabat setelah mc dua hari.

Terima kasih pada yang mendoakan kesihatan ema.

Rindu nak bertandang rumah u all..kejap lagi ema pergi.

U all, dah setel semua barang raya untuk anak-anak atau diri sendiri ke?

Ema setakat ini kira dah cukup, tapi nak cari Baju Melayu si Aqeel ni…susah benar nak jumpa kaler yang nak…frust sangat..semalam pusing jalan TAR pun tak ada…pekan sungai besi pun tak ada..oppppss…dalam mc pun pergi jalan..hehehe… mata yang sakit..badan tak sakit pun…huhuhuhu.

Mana lagi nak cari Baju Melayu si Aqeel ni..nak kaler hijau baju pengantin scha dan awal tu.. kalau tak ada juga..nampaknya, kena pakai Baju Melayu tahun lepas ler…kaler hijau juga..tapi jauh sangat bezanya..

Itu baru bab baju tak setel lagi.. satu lagi belum setel bab songkok..hah, ini sebab atas tajuk entry hari ini…semalam pergi cari songkok sekali, cakap kat orang kedai itu..nak songkok budak..orang kedai tu tanya..saiz berapa… ema cakaplah “saiz 22”..orang kedai itu pun cakap itu saiz orang besar…last-last ema tak beli pun “saiz 22”..ema belikan songkok “saiz 23” untuk mr.ery.

Besar sangat ke kepala si Aqeel ni?

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge