siapa yang tidak mahu kulit muka cantik?
bohonglah kalau ada orang perempuan nak kulit muka mereka ada jerawat mahupun kedutan.
ema jenis yang tak suka pakai pencuci muka..
padahal malas yang lebih…(malas lagii)
sejak kena tegur pasal kulit muka nampak tua (umur dah tua pun)
baru tahun ini start pakai barang penjagaan kulit muka ini
dulu sekadar beli pencuci saja…
Produk Safi Rania Gold
sekarang ema beli satu set lengkap SAFI RANIA GOLD
lagipun ada orang yang bagi duit kan…
dari pencuci, penyegar, krim siang, krim malam dan serum
tiap-tiap hari ema pakai…
kot-kot boleh dapat kulis secantik Rozita Che Wan tu
selama ema guna ini..Alhamdulillah sesuai
tak adalah nak tumbuh jerawat besar-besar
ada jerawat halus-halus atau orang panggil jerawat pasir
kulit muka pun dah tak kering sangat..
harap-harap berpanjangan ema guna jenama ini.
teringin juga nak jumpa face to face duta produk SAFI RANIA GOLD – Rozita Che Wan tu.
bukan semua orang yang sesuai dengan mana-mana produk penjagaan kulit ini. lain orang lain kesesuaian produk pada kulitnya.