Kita beraya di Safari Park, Gambang, Kuantan. Nak elak dari jem balik ke KL raya kelima gerak ke Kuantan, Pahang. Bawa anak-anak bercuti ke Gambang Waterpark, hadiah untuk kakak azwa yang dapat cemerlang dalam ujian. Barulah dia bersemangat sikit. Jarang kalau jalan jauh pakai baju kurung atau setaraf dengannya, selalu lebih selesa berseluar. Kali ini aku berjubah Cala Qisya untuk singgah beraya rumah mak cik pakcik di Jerteh dan Kuala Berang. Yealah, sejak pakcik aku kemalangan belum sempat untuk melawat. Alhamdulillah, pakcik dah dibawa balik ke rumah. Tak tahan tengok dia asyik meng’aduh’ dan menggosok paha kesan masukkan besi di paha.
Ke Kuantan
Dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuantan, baru sibuk buat tempahan hotel. Punya nak cari yang paling murah, ingatkan nak pakai agoda mahupun booking.com. Akhirnya memilih terus dari laman web gambang waterpark. Lain-lain web kurang 24 jam tak boleh. Kira dapat harga murah kurang RM 300 untuk dua orang dewasa, dua orang sarapan, dan dua tiket safari park dan gambang waterpark. Tambah harga tiket untuk anak-anak saja.
Disebabkan tak tahu, tiket safari park ada dua sesi, jadi kerugian sebab tak dapat nak tengok binatang liar sebelah siang dulu. Check in agak lewat sebab pergi makan tengahari di tanjung lupur dulu. Hanya boleh pergi tengok night jungle sebelah malamnya. Kalau nak pergi dua sesi, kena pergi hari esoknya. Tak boleh pergi malam sebelum dan siang esoknya. Perlu pergi hari yang sama untuk dua sesi.
Dapat pula bilik hujung-hujung, nasib baik setiap bangunan ada jejantasnya. Jadi tidaklah penat untuk kaki melangkah nak naik tram. sempatlah mengintai dari jauh tengok budak-budak mandi kolam.
Pantang nak gambar berdua, pasti ada yang menyibuk
Kena kerat itu kepala baru lepas dapat tiket free.
Safari Night
Kami sampai jam 5.30 petang di hotel last entry untuk Wild Savannah jam 5.00 petang. Jadi melepaslah nak tengok binatang liar dengan menaiki tram.
Night Jungle pun bukan semua tempat dapat pergi, hanya beberapa kawasan saja. Pergi Night Jungle, perlu jalan kaki lebih kurang 2KM
Pintu masuk ke dalam mesti akan melalui gift shop. Kalau berkenan mesti beli, kalau tak berkenan baik jalan terus.
Ini binatang apa anak-anak? Nasib baik kenal ini kambing.
Aqeel pantang jumpa ayam. Kalau dah nampak tu, memang kejar habis-habisan.
Kandang kuda tak menahan bau busuk yang amat. Nak pergi dekat-dekat takut. Takut kuda lompat dapat lepas palang.
Lebih kurang jam 8.00 malam, ada show ala-ala tarzan. Adalah tiga binatang yang berlakon sekali. itik, monyet dan anak beruang. Dalam 20 minit juga show diaorang ni. Tapi kalau ada anak kecil hati-hati sebab ada adegan letup mercun.
Bila malam, binatang apa sangat yang buka mata, semuanya lena membuta.
Lepas show ala tarzan, sambung kat luar show main api. sedut api, keluar api bagai. Kuat bau minyak gas.
Penatlah juga, masuk 2KM pusing balik 2KM. Nak kejar pula tram terakhir. Terlepas tram, jalan kaki pengsan tengah jalan.
Tak suka buat entri part by part, jadi terus penuh gambar dalam satu entri. Berjela-jela satu entri dengan gambar. Ayat ringkas tak sampai 100 perkataan pun.
Best dapat jalan-jalan ya…tempat ni agak luaskan…banyak aktiviti boleh buat. Yang penting sediakan duit aje…
mana-mana tempat duit juga perlu difikirkan terlebih dahulu.
emarieys recently posted…Birthday Boy
bestnye gi Gambang Waterpark…walaupun dekat saya baru sekali pegi..huhu..macam seronok je tengok,rasa nak pegi la plk…hehe…anak-anak yg seronok kan…
NOREHAN SAAD recently posted…RAHSIA JERAWAT DAN PARUT SEMAKIN PUDAR
memang best..lebih-lebih lagi anak-anak.
emarieys recently posted…Birthday Boy
akak ada pergi hujung tahun lepas
boleh lah, seronok juga pi dgn anak2 buah 🙂
Ok..ini memang hadiah yang paling mengembirakan hati anak..emm saya pun dalam perancangan nak ke sini..orang kata best..cuma masanya belum tiba lagi..hehe
Hafizul recently posted…Top Komen Julai 2014 â Review Blog Juara
seronoknya.. kami tak pernah sampai lagi Gambang.. bebudak suka la dapat main air kan..
kesoma.rai recently posted…Pelekat sticker road tax yang trendy
kalau tak ramai..memang rasa seronoknya….kalau crowded dengan manusia..nak mandi pun tak selesa.
emarieys recently posted…Birthday Boy
kami x pernah sampai…
macam best je.
macam nk pegi jewwww… ;p
best-best..kena pergi tau EB.
emarieys recently posted…Birthday Boy
belum berkesempatan sampai sana, ramai orang review boleh tahan bestnya,
Denaihati recently posted…Anwar mengecewakan harapan rakyat
bestnya jalan-jalan bersama keluarga…Aqeel memang suka posing ye sis…macam-macam aksi dia…comel 😀
puteri kasih recently posted…Laman Sosial Dan Applikasi Yang Paling Kerap Diguna
kalau mood yang baik macam-macam lah posingnya…kalau tak baik….. tak dilayannya.
emarieys recently posted…Birthday Boy
Tengok macam tak ramai orang. Mungkin sebab musim raya kan kak. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted…Beli Whey Protien Dymatize ISO 100 Di MyProtein Shop
Memang best jalan jalan dengan keluarga.
2 tahun leaps dah sampai kawasan gambang ni.
Ada event company
Harga tiket pun kira berpatutan
Mazni Azmi recently posted…Cara Kira Waktu Subur Untuk Hamil Tanpa Kalkulator
Dah lama juga teringin nak ke sini bawa anak-anak. boleh jadikan panduan untuk kami. tq puan
Raihanah Ahmad recently posted…Suplemen Fitosterol vs Makanan
haritu pergi gambang tak masuk pun safari park..
nxt time bleh try
Zaza Abdul Latif recently posted…Top Komentator & Kad Hari Raya
Wah, sempat lagi Ema bawa anak-anak berjalan-jalan ke Gambang Waterpark. Ni kira adhoc planlah ya. Nasib baik ada tempat penginapan. Saya asalnya plan nak terus gi Legoland tapi belum apa-apa dah kena sound dengan my eldest sis. Katanya mengada-ngada je. Dahlah cuti seminggu, balik beraya 3 hari je pastu ada hati nak gi Legoland daripada ikut menziarah saudara mara kat BP. Cancelled itu plan!
Mummydearie recently posted…Di pagi raya …
tak apa mummy, jangan sedih-sedih…next time boleh pergi kan…kena plan baik-baik.
emarieys recently posted…Birthday Boy
Pengalaman yang sangat menarik dan bermanfaat untuk anak-anak.
hanari recently posted…Jenis-jenis Sakit Kepala
mmg bagus lah cara bagi hadiah kat anak2 dgn bawa bercuti… tentu bersemangat kak azwa dan adiknya berlajar lebih kuat nanti 😀
Hairul Hissam recently posted…Tips Keselamatan Hadapi Kebakaran Di rumah & Kisah ‘Thumb Up’ Dari Pembeli DVD Roti Canai
belum pernah ke sana lagi. nampak sangat menarik. tapi malangnya, saya bukan pengemar tengok haiwan di safari/zoo 🙂
Zuan recently posted…Burger Kita Satay Chicken @ BK
Asalkan anak2 happy, kita ok je kan.. 😉
Myra Jay recently posted…Restoran Bara Grill, Taiping
rugi la tak dpt pegi sesi siang tu kan. akak ni dah lama teringin nk gi gambang safari park ni. cuma payah skit sbb kalo menghala ke pahang tu, takkan tak balik kampung kan. dah tu kalo nak balik kg, kena la lama plak cuti. serba salah.
LydSunshine recently posted…Tetamu-tetamu Kecil
wau…memang best safari park gambang ni.. kenali binatang yang ada hehehe
semestinya best bercuti dengan family
sempat lagi ke taman safari tu…
sal ya recently posted…~ WW #87 ~ Sayang Adik.
Nampak macam menarik betul, tapi kena ada kids la kalu pergi tua2 macam saya ni maybe tak syok sgt kan
Siti travelog recently posted…Ausable Chasm, New York
Bila vacation macam ni anak2 yang paling happy….
suriaamanda recently posted…Kudapan Di Office…
Tercari-cari gambar Safarinya. Apabila scroll ke bawah barulah nampak. 🙂
akubiomed recently posted…Percutian keluarga ke tempat menarik di Melaka
Wahhh seronoknya kak Ema holiday dgn family. Nad tak pernah lagi sampai ke sini 🙂
Nad recently posted…Apa Yang Menarik di Busan?
tempat mesti pergi nih 🙂
siti hazreen recently posted…Seminar Kerjaya Murid Bersama Ibu Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2014
menariknya. masa kami pergi dulu belum ada lagi safari park ni. ada yg water theme park tu je. harus pergi ni
Huda recently posted…Cara Candle Light Dinner Di Rumah ( with kids )
saya pernah stay kat Carribean Suite nie..haha..pakat naik bridge kita.. bilik pun selesa..tp terlepas nak masuk safari sbb dh tutup.