Inilah kampungnya yang akan kami pergi setiap kali beraya mahupun setiap kali balik kampung. Rumah kampung di Bachok, Kelantan. Rumah tokwe (nenek mr. ery). Di sinilah semua mak dan pak sedara berkumpul. Jika semua ada termasuk cucu, cicik, ciat, miut memang meriahlah. Itu yang seronok kalau buat family day.
Kampung di Bachok.
Tahun lepas beraya masih kena berdukung, tahun ini beraya dah boleh jalan. so, kita lepaskanlah si Ayra ni teroka kawasan kampung. Bukan main seronoklah dia, terkedek-kedek jalan.
Kat KL mana nak jumpa sawah bendang segala kan.. kampung sangat tenang. Nak posing atas jalan ni pun kena laju-laju. Kereta lalu macam nak racing kat trek.
Si Ayra ni ratu selfie sebenarnya. Pantang cakap ‘selfie’ bukan main menyengetlah kepala dia gayakan.
Dah petang, badan rasa segar lepas tidur sekejap tengahari nya. Baru feeling nak beraya.
Syawal pun dah hujung-hujung, minggu lepas penuh jemputan open house, minggu ni pun masih ada jemputan open house dan kenduri kahwin. Mana yang menjemput dan tak sempat kami nak singgah. Nak minta maaf banyak-banyak. Singgah open house, makan-makan bukan lama benar, tapi yang lama masa dalam perjalanan, traffic jem. Hope tak serik nak jemput lagi yea.
Puas betul beraya kali ni kan? Tentu seronok dapat bawa anak-anak berjalan… 😉
Anuar recently posted…Pendaftaran MUET dan Tarikh Exam MUET 2016
Yelah tahun lepas masih kena dukung papanya kali ini dah pandai posing lagi
Kalah kakaknya. Tapi sukalah kakak tengok – cute sangat:)
Comelnya ayra.. mesti dapat banyak duit raya kan si ayra nie.. ehehe
Afif Rayyan recently posted…Biodata Dan Gambar Arissa Afrina
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ya
Khairul Zamri recently posted…Jus Bidara Syifa
Biasanya rumah yang mempunyai orang tua akan diserbu saudara mara. 🙂
akubiomed recently posted…Sambutan Hari Raya di kampung
Kanak-kanak la yang paling riang berhari raya kan
Noriza Rahman recently posted…Kisah Cancer Survivor Nikmati Kebebasan Masa, Kewangan dan Kesihatan Bersama Shaklee
best kan bila dapat balik kampung dan makan best2.. hehe
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Suicide Squad
Seronoknya tengok Ayra…kakak pun dah besar dah…punya lama x jengah blog u dear sampai dah ada anak no 3 dah kan….
Suriaamanda recently posted…Shahida Bajrangi Baijaan…
tahun ni saya kali terakhir beraya beramai2 camni sebab arwah nenda telah pulang ke rahmatullah 19 Julai 2016 lalu.
Raihanah recently posted…Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
memang balik kampung biasanya bila raya.
wajib jumpa nenek dan emak.
titan recently posted…The pain of being IGNORED.