raya kat rumah – Part 1

penat sungguh rasanya buat open house dengan pergi open house. penat makan dan penat badan. tapi yang penting perut kenyang dan semua hepi. aku buat open house kat rumah FIL. kalau buat rumah aku sendiri mahu makan kat mana pulak. rumah kecik aje. lainlah rumah FIL aku ni. kebetulan adik ipar aku ajak kekawan dia datang beraya maka aku pun tumpang sekaki ler.

yang kat tengah2 tue aku punya bapa mertua.

dan yang nie aku punya mak mertua. yang selalu gaduh dengan si kakak tue. mak mertua akulah yang jaga kakak selepas balik ke sekolah. ‘orang kuat’ time open house nie. lincah betul mak mertua aku nie biarpun kaki masih lagi terasa sakit akibat jatuh tergelincir kat surau masa bulan puasa dulu.

Jamuan Makanan

inilah makanan yang kitaorang jamukan. nasi dagang dengan lauk pauk dan asam laksa hasil dari air tangan mak mertua dengan adik2 ipar aku. aku hanya buat kuah kacang dan nasi impit serta koktel. gambar koktel terlupa nak ambil.

ini tetamu dari satu tempat kerja yang pertama sekali sampai kat rumah aku. namanya zatul-iffah, datang bersama keluarganya termasuklah mamanya dan neneknya. macam mana beb? best tak makanan yang aku hidang?

terima kasih aku ucapkan kepada bos yang datang bersama keluarganya. kedatangan korang semua amat2 dihargai. tidak lupa juga terima kasih kepada saiful dan pak usop.

bergambar bersama dengan aqeel yang baru bangun dari tidur.. still lagi dalam moody.

ini amsyar. anak kepada adik ipar aku yang kedua.

manja pulak dia dengan pak tehnya. jeles si amsyar.

gambar censored pulak nie.. korang berdua nie tengah buat apa yea…

alamak air hidung dah terkeluar tue. kat bawah mata dah merah2. budak demamkan.

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge