Rumah sewa untuk pelajar perempuan sahaja.
Assalamualaikum. Alhamdulillah, Casa Emarieys dah dilengkapi dengan perabot. Dua hari cuti hari minggu pulun tenaga hanya untuk Casa Emarieys ini. Gerak dari KL selepas habis event, jumpanya hari sabtu siang terus ke malam dan hari ahad esoknya..bergerak balik semula ke KL. Nasib baik ada minuman tenaga yang baru dilancarkan ini iaitu KOPI BADANG menemani sepanjang perjalanan kami.
Rumah Sewa Pelajar Perempuan, Lengkap Peralatan
Kelengkapan terkini yang telah dimasukkan ke Casa Emarieys adalah seperti berikut:
- Kipas setiap bilik
- Lampu dalam rumah dan luar rumah
- Katil single bagi setiap orang
- Tilam bagi setiap orang
- Sofa dan Bean bags
- Meja makan
- Almari TV
- Set lengkap meja makan
- Penyidai pakaian
- Rak pinggan
Ruang Tamu
Master Bedroom
Bilik untuk 2 orang
Bilik untuk 2 orang. Tilam belum sampai lagi.
Area ruang tamu. Rak TV dah ada..TV otw.
Dapur masak… tuan sendiri pun kalah tau.dapur menghadap sawah padii
Kenalah rajin masak
Meja Makan
Setiap bilik tidur akan dilengkapi dengan sebuah katil dan almari. Setiap bilik hanya akan ditempatkan dua orang sahaja kecuali bilik utama, 3 orang sahaja.
Masih ada beberapa kelengkapan yang masih belum dibeli. Sedang diusahakan segera. Kelengkapan yang masih belum seperti berikut:
- Almari pakaian – sudah ditempah tapi belum siap
- Mesin basuh
- Televisyen
- Peti ais
- Meja Study
- Langsir – Sudah ambil ukuran, belum beli kainnya lagi 🙂
- Karpet
- Bantal
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penyewa di Casa Emarieys boleh hubungi direct ke talian 019-2496678 (Ema). Casa Emarieys dibuka tempahan hanya kepada SISWI sahaja. Bagi mengelak sebarang masalah, bayaran DEPOSIT akan dikenakan untuk tempahan.
Kawasan Luas Boleh Main Bola
Sebelum ini, selalu tengok di bahagian dalam Casa Emarieys. Di sini, MamaEma sertakan beberapa gambar di kawasan persekitaran Casa Emarieys. Bagi siapa yang biasa lalu lalang dari Pasir Puteh ke Machang atau sebaliknya, akan perasan di mana Casa Emarieys ini berada. Sangat menjadi rebutan kerana jarak dari Casa Emarieys ke kampus sangat dekat.
Boleh nampak laluan utama Pasir Puteh-Machang dari Casa Emarieys. Kawasan luas memudahkan penyewa untuk parking kereta di depan. Dua beradik Kakak Azwa dan Abang Aqeel syok main boleh time panas membahang..larang pun tak diendahkan.
Pandangan Depan
Pandangan Sisi Dari Belakang . Ada nampak tak ada budak kecik tergedek-gedek jalan tepi tu..hehehe.
Pandangan Belakang dari Dapur
Sawah padi di belakang, sisi kiri dan kana
Hah, inilah budak yang kedek-kedek jalan.. Orang sibuk nak ambil gambar, dia sibuk juga nak ngekor kat belakang.
“Okey, kakak-kakak yang nak sewa kat sini, kena cepat call mama tau…nanti boleh jumpa Ayra”
sebuah rumah di tengah sawah,napa laaa time study pasir mas dulu tak de umah sewa gini hahahha
design rumah macam ni nampak lawa la
waaah… ni nanti dah tua tua balik kelantan yer ema. tanam pokok besaq sikit dpt tu.. mesti cantik
azni recently posted…Day 4 Menjejak Amerika – Penangan Jet Lag! kisah papa & iman
nampak selesa, untung pelajar
RAIHANAH AHMAD recently posted…Ketua Saintis Shaklee Menjawab Salah Faham Tentang Landmark Study