Assalamualaikum. Masih mood cuti Chinese New Year lagi ke ni. Maklumlah, aku tengok page view pun sendu semacam jer ni. Tak kisahlah, janji ada juga benda yang aku nak update kan dalam blog emarieys.com ini.

Rumah Sewa Selesa

Aku tahu, budak-budak sekarang memang nak cari rumah sewa yang selesa lebih-lebih lagi yang tengah belajar. Ada juga yang nak tinggal bersama geng diaorang saja sampai sanggup sanggup bayar lebih setiap orang. Apapun, pilihan daorang, kita sebagai tuan rumah semestinya akan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan. Hostel Haji Haris bukan gaya sebuah hostel yang mana tinggal ramai-ramai seperti dalam sebuah dorm. Tapi Hostel Haji Haris ini menyediakan bilik yang hanya diperuntukkan seramai dua orang sahaja bagi setiap bilik demi keselesaan bagi yang menyewa.

Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah almari, sebuah meja study, dua buah katil dan kipas.

Peralatan lengkap di dapur seperti peti ais, meja makan, dapur masak, sinki dan lain-lain

Di bahagian belakang hostel disediakan tempat untuk membasuh pakaian dan ampaian yang luas dan bertutup. Tidak perlu risau, jika berjemur kain semasa hujan.

Bilik mandi dan tandas yang selesa dan mencukupi.

 

Homestay Haji Haris

Selain dari sewaan hostel, turut disediakan sewaan menginap di Homestay Haji Haris. Bagi mereka yang jauh dan perlu menghantar anak-anak ke Uitm Machang bolehlah menginap di sini dengan tawaran harga yang murah.

 

 

 

 

 

 

Keistimewaan bagi yang menginap di Hostel Haji Haris akan menikmati talian internet secara percuma. Keselamatan yang ada adalah, kawasan berpagar dan ruang untuk pakir kereta sangat luas dan selamat. Jarak antara Hostel Haji Haris dengan UiTM juga dekat dan mempunyai dua laluan yang berbeza samada melalui jalanraya mahupun jalan kampung. Malah, bukan kawasan ditenggelami banjir.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah hubungi Hajjah Maimunah di 013-3110160.

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

6 Replies to “Rumah Sewa Murah dan Homestay Berdekatan UiTM Machang Kelantan”

  1. wah bagusnya.Semua kelengkapan ada dekat situ.Memang complete lah.Bagus betul yang empunya.Harap-harap penyewa dapatlah jaga barang dan kebersihan dalam rumah itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *