Rumah Dan Bilik Sewa Machang Kelantan
Hostel Haji Haris kini menawarkan penginapan jenis rumah atau bilik kepada mereka yang berminat dengan harga yang amat berpatutan. Hostel Haji Haris ini kepunyaan keluarga mertua saya.
Di tingkat atas terdapat 10 bilik disediakan dan untuk keselesaan penyewa, satu bilik hanya terhad untuk dua orang saja.
Kemudahan Disediakan
Setiap bilik telah disediakan dua katil bujang yang berasingan, dua almari pakaian dan dua meja study. Setiap bilik juga mempunyai kipas syiling.
Keselesaan terjamin bagi pelajar-pelajar yang menyewa kerana keselesaan amat penting untuk pelajar menimba ilmu dengan tenang tanpa kesesakan.
Jarak antara setiap pintu bilik luas. Pelajar-pelajar boleh berkumpul di ruang legar untuk belajar secara berkumpulan.
Malah kelengkapan di dapur turut disediakan seperti dapur memasak, peti ais dan meja makan. Pelajar boleh masak mengikut citarasa masing-masing. Mesin basuh juga disediakan.
Dijamin tidak akan berlaku perebutan penggunaan tandas mahupun bilik mandi kerana kami menyediakan empat bilik air dan tandas. Di sini suasananya adalah kampung, setiap bilik hanya dipasang kipas syiling dan tidak dipasang penghawa dingin takut nanti anda tidak akan bangun kerana lebih sedap sambung tidur. Di sini, pagi hari sangat sejuk. Menikmati kopi panas beserta goreng pisang di depan rumah oh nikmatnya. Pelajar mahupun penyewa boleh merehatkan minda di waktu petang dengan melepak di kerusi-kerusi hiasan yang turut disediakan di luar. Ini adalah kelengkapan yang baru sampai.
Sambil menikmati kopi panas dan pisang goreng sambil mata segar menikmati keindahan menghijau di persekitaran. Bila tiba musim buah lagilah seronok. Nak manggis, langsat, duku, dokong, rambutan semua boleh merasa. InsyaALLAH. Nak tengok bila tiba musim buah setakat mana lebatnya buah-buahan di sini. Klik SINI.
Lokasi sebenar Homestay/Hostel Haji Haris hasil carian google
Lokasi GPRS : 5.758823,102.268901
Hostel Haji Haris turut menyediakan WIFI PERCUMA . Ya, yang ini paling digemari oleh pelajar dan penyewakan.
Inilah persekitaran Hostel Haji Haris. rumah warna kuning di kanan sekali adalah surau.
Sekarang dibuka untuk tempahan bagi pelajar dan penyewa.
Berminat untuk menyewa atau bermalam? Boleh hubung terus di talian:
Haji Haris : 013-6969279
Hajah Maimunah : 013-3110160
atau saya sendiri EMA : 0192496678
bagi senarai harga sewa untuk 1 malam..1 minggu..1 bulan..leh ke?
titan recently posted…Permulaan bulan Mei yang Lumayan.
dah letak harga untuk sewa bilik dan rumah di atas.
emarieys recently posted…Rumah Dan Bilik Sewa Machang Kelantan
Ok gak ni..Faility dia not bad. Kalau hotel full bolehlah singgah sini..
Raudzah recently posted…Motivasi Pagi: Kita Insan Kerdil
besar & bersih.. siap ada washing machine lagi tu..
Kalau Zaza ada tujuan nak kesana nnt boleh stay kat homestay ni.. InshaAllah
Zaza_MyMoon recently posted…Tekanan Dengan Panggilan JAH!
boleh2x, nanti contact ema..special prize lagi.
emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut Tempah
Menark Homestay ini… Sesuai untuk rombongan pengantin menyewa di sini..
Anuar recently posted…Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (fasa 1) 2014
bukan rombongan pengantin saja..nak buat wedding ala taman pun sesuai ni…
emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut Tempah
saya baru letak harga untuk sewaan bilik dan rumah di atas…terima kasih.
emarieys recently posted…Rumah Dan Bilik Sewa Machang Kelantan
okayh.nnt gie kelantan falsya tau dh nak kol sape utk penginapan..hehe
bersih tempat ni, kemas je ek
cik lily putih recently posted…Makan Salmon Di Jaya Grocer, Bangi Gateway
cantiknya homestay ni. kemas dan bersih.
dekat dengan UiTM Machang sis.
emarieys recently posted…Satay Bayar Ikut Cucuk Lidi Dimakan atau Bayar Ikut Tempah
Semua ada. Kalau akak la mmg ddk sni. Kt dgn surau lg.
sal ya recently posted…Pandora Inspired yang cun.
Nampak bersih dan kemas. Yang penting ada wifi 🙂
Mummydearie recently posted…The Liebster Award
dari hostel ni nak ke uitm jauh tak? Boleh jalan kaki je ke? Atau kena naik kenderaan nk pergi uitm tuu