Loading...
Perkhidmatan

Mana Nak Cari Bilik Sewa Murah dan Selesa Dekat UiTM Machang

Selesa sangat rumah untuk di sewa dekat kawasan UiTM Machang Kelantan. Kini dibuka untuk disewakan kepada mereka yang ingin sambung belajar di UiTM Machang. Mana lagi nak cari rumah yang selesa sebegini. Rumah baru siap dan berpagar. Disediakan dengan pelbagai kemudahan-kemudahan asas di dalam rumah.

Bilik Sewa Murah dan Selesa Dekat UiTM Machang.

Rumah sewa ini mempunyai ruang tamu, 6 bilik tidur, tandas, dan ruang dapur. Setiap bilik dilengkapi dengan katil, locker dan meja study bagi setiap seorang. Antara 6 bilik tidur berkenaan, 2 Bilik untuk 3 orang dan 4 bilik untuk 2 orang. Di ruang tamu, ada disediakan sofa dan televisyen. Lepas study tu, bolehlah bersantai dengan kawan sambil makan cekedis dan tengok siaran tv.

Rumah Sewa Machang4
Rumah Sewa Machang2

Depan bilik tidur pun masih ada ruang untuk bergosip dengan kekawan. Jangan bergosip lebih tau. Di ruang ini boleh buat study group sambil cecah biskut dan teh o panas. tetiba mamaema teringat kenangan masa study dulu. Rumah sewa mamaema tidaklah semewah sekarang. Dulu semua kena sediakan sendiri, tidur pun atas toto.

Rumah Sewa Machang6
Rumah Sewa Machang8

Tengok, ruang dapur pun luas. Seronok ni nak masak ramai-ramai. Penyewa dibenarkan untuk masak di ruang dapur yang disediakan. Jangan risau, kemudahan peti ais pun ada. Malah, mesin basuh pun ada. Yang penting rajin dengan tak rajin saja.

Rumah Sewa Machang1
Rumah Sewa Machang3

Sekarang dibuka untuk penyewa bagi pelajar UiTM Machang dengan tawaran RM750 bagi satu semester setiap seorang. Jika ingin maklumat lanjut mengenai rumah sewa atau bilik sewa ini, sila hubungi terus di talian 013-9426003 (Cik Has). Siapa terlambat maka terlepaslah. Call terus tau.

 

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

8 comments
  1. Orang Kelantan Suka Berniaga Dan Ini Perniagaan Mereka - EmarieysDotCom

    […] Siapa Hasmawaty Haris? Has ni adik ipar MamaEma. Fulltime kerja makan gaji. Partime berniaga batik sutera Kelantan, Emas 916 dan rumah untuk disewa di Machang. Dia pandai berniaga atas talian ni. Mesej di handphone berbunyi saja. Kejap orang tanya pasal kain batik sutera la, kejap orang tanya harga emas la. Kain batik sutera dia dah sampai ke Brunei Darussalam pun. Kalau bulan puasa, nak serunding daging/ayam/ikan boleh order dengan Has ni. Serunding dari Kampung Laut, Kelantan yang femes tu. Nak tengok koleksi kain batik sutera kelantan dan emas 916 boleh klik link facebook. Nak tengok rumah untuk disewa di Machang, Kelantan. Boleh klik SINI. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE