Penangan projek baru Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Brickfields. Website PPA1M terus under construction beberapa hari. Ramai yang berpusu-pusu untuk mengisi permohonan projek baru PP1M Brickfields, Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur walaupun tarikh tutup permohonan masih panjang sehingga 15/02/2018.

PPA1M Brickfields

Mana tak jadi rebutan, rumah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan harga dari RM90,000.00 hingga RM300,000.00. Tak lepas peluang, MamaEma pun isi permohonan juga. First time buka laman web PP1M, jadi agak lambat nak isi maklumat yang diperlukan. Itupun waktu dekat balik kerja baru boleh masuk dan daftar. Terpaksa draf dulu, tak cukup dokumen. Dokumen penting yang diperlukan cuma 3 dokumen sahaja iaitu salinan ic pemohon, salinan ic pasangan dan slip gaji terkini.

Ingin mohon rumah berharga RM90,000.00 tapi telah habis, MamaEma mohon rumah berharga RM150,000.00. Hanya mampu dan layak untuk beli rumah dengan dua harga berkenaan sahaja. Mudah-mudahan ada rezeki untuk memiliki rumah ini kerana permohonan ini akan cabut undi.

Penerangan Projek

PPA1M Brickfield terdiri daripada 2 blok 47 tingkat pangsapuri yang terletak di Jalan Ang Seng, Brickfield. Projek ini menawarkan 913 unit dengan 4 jenis keluasan iaitu 900kps, 1,000kps,1002kps dan 1,500 kps dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. PPA1M Brickfield dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sperti tadika, dewan serbaguna, surau, kawasan permainan kanak-kanak dan lain-lain. Lokasi pembangunan ini sangat strategik, hanya 10 minit dari Nu Sentral serta stesen KL Sentral, 10 minit dari Midvalley Megamall.

Kemudahan

  • Surau / Masjid
  • Kedai Runcit
  • Tadika
  • Dewan Serbaguna

*Mohon doakan untuk Ema ada rezeki untuk memiliki rumah PPA1M di Brickfields yer kawan-kawan*

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

21 Replies to “Rumah PPA1M Brickfields Jadi Rebutan”

  1. Bila kita ada ilmu dan kemampuan memang cepat saja hidu peluang kan ema

    Dari situ datangnya rezeki

    Semoga berjayalah dalam apa yang di rancang nya dunia akhirat

    Sebab agama islam pun sebenarnya agama untuk orang kaya, Allah kan suka dan mengasihi hambanya yang lebih kuat dan berkemampuan

    Sebab bila kaya dan tunduk patuh pada Allah

    Lagi banyak zakat dan sedekah kita boleh bagi

    Macam Abdurrahman bin Auf

    Salam Jumaat dari Ibu

    Terima kasih sebab singgah blog Ibu dan tinggalkan komen selalu

    🙂
    Ibu Zaid recently posted…Tempat Jalan di Melaka – 8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *