Loading...
Hotel

Review : The Royale Bintang Resort & Spa Seremban

Kali ini bermalam di hotel Seremban. Tak jauh pun dari rumah ke Seremban. sejam dah boleh sampai. Ada kawan pejabat hari-hari ulang alik Seremban-KL pergi kerja . naik komuter, rileks jea. Yang buatkan jem pun sebab traffic light. pastu jem di KL luar biasa, jem di Seremban biasa-biasa laa kan.

Yang seronoknya, anak-anak laa, tak sabar nak mandi kolam. Sebelum tengok kolam hotel, kita tengok dulu tempat nak tidur. inipun penting juga, mesti nak bilik bersih dan selesa. first, memang puas hati sangat dengan bilik. kira luas laa juga. muat untuk kami lima beranak walaupun seorang terpaksa tidur atas sofa…janji selesa.

Royale Bintang Seremban1

The Royale Bintang Resort & Spa Seremban.

sama mana-mana hotel pun. ada free mineral, coffee, teh, gula dan krimer. tang gula kena selalu tambah. aku satu cawan kena tiga paket gula..tak cukup tu.

Royale Bintang Seremban4

tandas pun bersih dan luas…ada bath tub lagi. tak puas mandi kolam sambung mandi dalam bath tub. pastu bilik mandi dan tandas asing-asing.

Royale Bintang Seremban2

dia punya shower wangi. ada berus gigi dan dalam kotak biru tu ada cotton bud. berebut si kakak dan abang nak kan kotak ni.

Royale Bintang Seremban3

hah, inilah kolam hotel nya. “alaa, kecik jer kolam”. tunggu, kecik ni untuk anak-anak. yang besar ada di sebalik pohon tu. memang besar dan luas kolam dia. anak-anak mandi kena perhati betul-betul. tersalah masuk kolam besar terus tenggelam. dalam sungguh kolam orang dewasa tu.

Royale Bintang Seremban5

Kelebihan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban.

Tiga hari stay di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban ni memang puas hati sangat. Ada juga baca blog pasal kekurangan hotel royale bintang ni, tapi bila sendiri alami ada perubahan yang dah dibuat. Dah ada sejadah, ada ion dan ion board dalam bilik tanpa perlu diminta. TV pun dah pakai yang flat screen. Wifi memang tip top lah..laju jer layari internet.

Bahagian lobi hotel pun luas. Nak check-in siap ada drinking water lagi. kira baguslah kan, hilangkan haus dan dahaga. tak gitu. Nak buat seminar pun okey, sini ada banyak bilik seminar. cuma lift parking dengan lift bilik lain-lain. Dari bilik naik lift kena turun lobi dulu, baru naik lift lain pergi ke parking kereta. Bayaran parking tak pasti kena charge ke tak? masa parking kereta ada tulis kena bayar RM 3, tapi selama bermalam di sini, tak pernah lah kena bayar walaupun setiap masa keluar masuk.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

9 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge