Roume Island (ile de roume) antara Pulau Yang Ada dan Pergi Setakat Ini

Ada yang panggil Roume Island (ile de roume). Ada yang panggil Los Island (ile de los).

Kepulauan yang sama.

Pergi sebelum Covid-19, selepas itu terus tak pergi bercuti ke mana.

Plan nak ke Sierra Leone terpaksa cancel.. border tutup. Now, border dah buka semua tak berani nak berjalan.

Keluar hanya pergi opis, beli barang basah dan pergi makan ramai-ramai.

Sekarang musim hujan, nak masuk ke pulau pun dah tutup.

Rasanya cukuplah sekali pergi ke sana.

Yang uruskan semua pergerakan kitaorang adalah staf.

Yang pergi hanya komuniti kami sahaja.

Untuk ke sana, perlu daftar maklumat diri kepada pegawai pelancongan yang ada kat situ.

Memang kawasan yang agak sibuk. Mereka yang dari pulau keluar masuk.

Ada yang datang untuk berniaga, ada yang datang untuk mencari barang.

Naik Bot Nelayan

Seriau juga bila kena naik bot nelayan bukan bot laju.

Tapi ada disediakan life jacket..

Perjalanan ke pulau lebih kurang 45 minit.

Berpeluh jugalah atas bot tu…cuaca panas.

Sampai sana,  kena berjalan kaki sikit untuk kawasan pantai yang lebih menarik dan sesuai untuk mandi.

Ada bayaran juga.

Kami pergi awal pagi, orang pun tak ada lagi.

Pondok pun masih kosong.

Pondok semua dibuat dengan daun-daun sahaja.

Ada chalet untuk menginap.

Kat sini bolehlah anak-anak mandi dengan aman.

Pasir pantai sangat halus.

Walaupun depan rumah ada laut, tapi tak sesuai untuk mandi sebab kawasan berbatu.

Kat sini pun ada, tapi tidaklah sebanyak dengan pantai depan rumah.

Memang seafood akan dapat yang fresh.

Lauk hanya bakar-bakar sahaja…makan kering tanpa berkuah..

Nak tunggu siapkan ini lama sungguh. nasib ada bawa bekal.

Tunggu lama tapi sedap okeylah kan….diorang bakar pakai dapur arang jer.

Dah puas anak-anak mandi dan masing-masing dah penat kami dibawa ronda-ronda kampung yang ada dalam pulau.

Ikut sahaja walaupun kaki sangat penat nak jalan.

Bila lagi nak tengok suasana kampung diaorang kan.

Macam kampung nelayan.

Ada sekolah, ada surau.

Nampak tak keunikan pokok ni?

Korang nampak apa?

Bertambah penat sebab sandal aku dan wife KC kena kebas orang.

Orang yang bawa bot bagi pakai selipar hijau dia.

Dalam kampung, ada orang jual selipar belilah yang hitam.

Macam mana boleh kebas orang?

Aku sendiri tak tahu..padahal sandal biasa-biasa saja.

Masa itu tengah ramai orang.

Adalah tu yang terambil sebab pasir pantai panas… masuk kawasan pantai pakai melawa..

Memang cuaca agak terik.

Anak-anak kepenatan mandi air laut dan ronda kampung.

Habis sakit segala urat sendi.

Pengalaman serba sedikit mandi laut di Roume Islands.

Ada satu lagi tempat mandi yang kami rancang nak pergi.

Tapi entahlah.. dengan keadaan sekarang rasanya simpan dulu lah.

About emarieys

Ema has written 1322 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *