Merondalah Kita Tepi Pantai Aonang Krabi Ni

Dah hampir-hampir lupa pasal trip ke Krabi ni. Busy tak sudah-sudah, selepas bercuti ke Krabi tak lama jumpa bulan puasa lepas itu sambung pula raya. Kejap cerita pasal tempat berbuka, kejap cerita pasal raya. Jadi, bulan raya pun sudah habis, kita sambung balik pasal Krabi ni.

Aonang Beach Krabi.

Selepas jejak 4 pulau di siang hari, balik hotel rest. Lewat petang sambung pusing kawasan pantai Aonang ni. Nak ke pekan Krabi agak jauh juga walaupun ada van sendiri kan. Dah petang, masing-masing pun perut dah berbunyi. Ayra pun masih kepenatan. Orang syok jalan, dia syok tidur. Lenguh sebelah bahu dukungkan dia.

Krabi Trip 01 Krabi Trip 02

 

Air pun dah mula pasang. Alhamdulillah selesai juga jejak ke 4 pulau dengan cuaca yang sangat baik.

 

Krabi Trip 03

Yang lain entah ke mana meronda. Mamaema dah tak larat nak jalan-jalan. Berhenti dekat replika ikan sambil tunggu yang lain datang.

Krabi Trip 04

Time ni dah tak larat sangat. Terpaksa duduk terus kat tangga ni. Masih syok tidur si Ayra. Orang alih sana sini, tak sedar langsung.

Krabi Trip 05

Berapa ekor ikan kakak Azwa bawa ke darat tu?

Krabi Trip 06

Krabi Trip 07

Cuci Mata Di Kedai Pantai Aonang

Patutlah lama diaorang ni meronda. Cari survenior bagai. Lepas tu kena pula ‘pow’ dengan maknyah kat tepi jalan. silap diaorang beria ambil gambar dengan maknyah. sekali kena bayar…itulah cara mereka cari makan. nasib baik mamaema tak terjebak.

Krabi Trip 15

Dekat Pantai Aonang inilah, tempat sohor yang jual banana pancake. Memang sedap sungguh. Patutlah ramai yang suruh try bila sampai ke Krabi. So, wajiblah kena try siapa yang nak datang sini. Ada juga di Hatyai, tapi tak sama dengan Krabi punya.

Krabi Trip 09

Ais krim kelapa pun sedap

Krabi Trip 08

Baru lepas hujan. Ini menuju ke restoran untuk makan malam. Tak cukup makan banana cake dan ais krim semata.

Krabi Trip 10

Termenung tokey kita buat keluar duit.

Krabi Trip 12

Krabi Trip 13

Ramai orang datang makan sini. Harga pun kira okey juga.

Krabi Trip 14

Restoran Bangboo Seafood. Restoran halal. Senanglah cari restoran halal kat sini. Tak perlu risau.

Krabi Trip 11

Selain restoran halal banyak, hotel pun banyak. Datang terjah tanpa booking pun boleh dapat hotel merata-rata. tak perlu risau pun.

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(12) Comments

  1. Wah… Bestnya! Ada lagi sambungan percutian ke Krabi… Memang bercuti sakan ye dapat pergi ke Krabi hari tu… 😉
    Anuar recently posted…3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi JutawanMy Profile

  2. Bestnya..bila lah ada rezeki nk sampai ni
    Lynda recently posted…Posing Sakan Anak Dara !My Profile

  3. bestnya si kecik tu gi jejalan
    Raihanah recently posted…Asid Ellagic Bantu Kurangkan Kesan KemoterapiMy Profile

  4. Ada sambungan lagi tak…x puas la baca… 😉
    Suria Amanda recently posted…WW: Tumpang Sekaki Melayan Orang Preggy Mencicah Mangga MudaMy Profile

  5. rindu plak nak minum air kelapa bila tengok buah kelapa tu.

    lama gak tak minum air kelapa nih.
    titan recently posted…Satu SOALAN yang paling SUKAR untuk dijawab.My Profile

    1. sini air kelapa dah mahal kan. rm6 sejag
      Raihanah recently posted…Atlit Olimpik 2016 Dikuasakan Oleh ShakleeMy Profile

  6. seronoknya..tringin jgk ke sana

  7. Bestnya jln2…

  8. tertunggu2 episod krabi seterusnya, kalau ada
    Raihanah recently posted…Cara Rawatan Kayap Dengan BerkesanMy Profile

  9. Seronok baca…Part jalan-jalan yang best tu..

  10. Wah ais krim kelapa tu menarik perhatian ani 🙂
    Ani Haryani recently posted…Promosi Shaklee Ogos 2016 : OsteMatrixMy Profile

  11. haih bila nak merasa sampai ke krabi ni. asal duit nak cukup je tetiba ada projek lain pulak nak buat
    olaoli recently posted…Safety Harness untuk keselamatan anakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE