Rezeki Ikan Bakar.

Hari selasa minggu lepas. janjilah dengan mr. ery hendak pergi ambil barang kat KL. alang-alang dah waktu makan tengahari dan masing-masing tengah kelaparan, so singgahlah kat kedai area kampung baru ni. gerai paklang namanya. pernah sekali singgah dulu beli nasi berlauk tapi bungkus. tapi bila sudah berdua tak kuasa nak bungkus baik makan kat situ jea. pelbagai jenis pilihan lauk-pauk ulam-ulaman dan banyak lagilah. kebetulan orang tak berapa ramai lagi kalau tidak mahunya beratur panjang nak ambil nasi. sebab dulu beli bungkus, tahulah kena pergi bayar kat kaunter. tapi kitaorang makan kat sini so ingatkan diaorang nie akan datang kira kat mejalah. sampai dah habis licin makan still lagi tak sampai-sampai orang datang mengira. pastu kitaorang terdengar orang sebelah menanya budak yang mengangkat pinggan mangkuk kotor nie nak bayar macam mana tak ada orang datang mengirakan. budak tue cakaplah hari ini makanan adalah percuma sempena menyambut bulan ramadhan. masing-masing tersenyum simpul…dalam hati ALHAMDULILLAH dapat makan percuma. rezeki masing-masing. semua tak perasan, ada banner lentang kat tempat ambil air.

inilah lauk-pauk yang kitaorang makan

orang ramai dah mula beratur panjang

nasib baik kitaorang cepat…

kat sinilah kitaorang langkah kanan… terima kasih kepada tuan empunya….

Ikan Bakar Masakan Ala-Kampung di Kampung Baru.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *