Aku memang jenis hantu durian. Pantang orang ajak “jom, makan durian”..tak sanggup aku nak tolak. Masa pregnant orang cakap tak elok makan durian..tetap juga aku makan sampai 5 biji belasah seorang. Dulu, nak dapat durian tak berkira sangatlah sebab ada durian yang dijual selonggok. Sekarang, nak jumpa orang jual selonggok memang tak nampak dah. Semua main timbang. Kalau timbang sekilo beberapa ringgit, okeylah..ini timbang sekilo pun kira dah berbelas ringgit..berpuluh juga harga untuk sebiji. Pejam mata juga nak membayarkan.


 

Durian BB Park

Kira dah dua kali aku makan di Durian BB Park ni. First, aku punya ex-boss belanja kat sini sebab ini kedai kawan baik dia. Kan aku dah cakap, aku pantang diajak..terus on. Kedua, aku dapat lagi makan di sini atas sebab aku punya ex-boss ini juga. Aku buat muka tak malu wey…hahaha. peduli apa, janji aku dapat makan durian. Macam mana aku dapat makan sini?

 

 

Memang aku tak tahu pun akan ada hari pembukaan Durian BB Park. Dalam group whatsapp, ada kawan blogger  post satu gambar tanyakan siapa ada terima jemputan hari pembukaan event ini. Bila aku download gambar, aku tengok macam tempat yang aku kenal. Aku tak dapatlah jemputan, blog aku tak ada orang kenal pun.

Aku teringat kat ex-boss aku lah. Mesti dia terima jemputan dari kawan baik dia kan. Aku postlah gambar pada ex-boss, tanyakan ini tempat kawan dia kan. Ex-boss mengiyakan dan bagitahu dia tak pergi sebab hari pembukaan Durian BB Park, dia outstation di Myanmar. Pastu ex-boss mesej tanya aku nak pergi ke? Pucuk dicita ulam mendatang..segan tapi mahu..gitulah perasaan aku masa tu. Rezeki kan.. dapat aku pergi untuk satu keluarga.

 

Durian Gred Kampung Hingga Gred Paling Sedap Dinikmati

Ada 2 slot. Slot pertama jam 4-6 petang slot kedua jam 6-9 malam. Aku ambil slot awal, jam 4-6 petang. Ngam-ngam sampai tepat jam 4 petang..itupun orang dah ramai. Aku nak cari dulu Mr. Ken iaitu kawan baik ex-boss tapi tak nampak kelibatnya lagi. Aku nampak orang yang pakai t-shirt sama, aku cakap nama dan bilangan orang yang aku booked. Terus duduk dimeja, dan datanglah pinggan panjang dengan 5 ulas durian pelbagai jenis gred depan mata. Dalam fikiran pertama yang keluar “makan 5 ulas jer, mana cukup. tak puas nak makan” . Bengong tak. Dahlah dapat makan percuma..ko berkira pula. Hehehe.

 

 

 

Nak mula makan perlu makan yang belah kiri ke kanan. Dari gred kampung ke gred D197 yang paling sedap. Setahu aku durian kampung, musang king, D24 itu jer gred durian yang ada…tapi tidak…ada banyak gred nombor ni. Menikmati isi durian perlahan-lahan. Takut cepat habis. ngek tak aku. Lepas dua ulas isi durian aku makan, terus ada orang datang tambah lagi isi durian. Oh…diaorang tambahkan lah…memang sakanlah aku makan.

Makan durian sampai kenyang, sampai tak boleh nak telan lagi. Sedap sangat. Setiap kali isi durian dah kurang atas pinggan, setiap kalilah mereka datang tambah. Hingga aku cakap, stop dulu.. Biar habiskan yang ini dulu. Kalau nak tambah lagi, aku panggil. Ada dalam 5 @ 6 kali diaorang datang letak isi durian. Dahlah, aku kena perhabiskan dalam pinggan anak-anak. Anak-anak makan 4 ulas dah kenyang. Aku makan 4 biji pun tak cukup. Eh.

 

 

 

Dapat makan durian memang tak pandang kiri kanan

 

Durian BB Park Tempat Makan Durian Yang Selesa

Selalu tempat makan durian, kalau bukan di rumah mesti di gerai-gerai durian tepi jalankan. Tapi, makan durian di Durian BB Park tempatnya memang sangat  selesa. Santai-santai makan dengan kawan-kawan menikmati buah durian yang sedap. Kalau kata makan durian ini panas badan, duduk di bawah kipas bahang panas tidak hilang tak mengapa sebab di Durian BB Park ada ruang makan dalam bilik penghawa dingin. Best kan. Bukan buah durian sahaja disediakan, ada makanan yang berasaskan durian seperti aiskrim dan biskut. Sedap tau. Memang pure durian. Bab harga memang tak ada beza dengan tempat lain walaupun ada privacy tersendiri.

 

Kontena kuning bilik makan penghawa dingin

 

Tengah aku kusyuk makan, baru nampak kelibat Mr. Ken ke hulu hilir..dari meja ke meja. Nampak dia busy melayan tetamu. So, aku nikmati dulu durian sampai kekenyangan.. sampai tahap ko rasa jemu nak makan durian lagi selepas tu. Kononnya tahap jemu bertahan berbulan.. padahal esoknya rasa nak makan lagi. Sebelum balik, aku tetap jumpa Mr.Ken untuk bergambar dan ucapkan terima kasih. Tanpa ex-boss tanpa Mr.Ken tak merasalah aku kan… itulah namanya rezeki. Peramahnya Mr. Ken, sampai tanya-tanya aku meja mana yang aku duduk. cukup ke makannya. Terima kasih Mr. Ken..terima kasih ex-boss.

 

With Mr.Ken

 

Korang tak jeles ke tengok aku makan durian sedap kat sini. Kalau korang jeles, korang kenalah pergi. Tak jauh pun. Ini alamat dia No.15, Jalan Kamuning, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

14 Replies to “Rezeki Dapat Makan Durian Gred Kampung Hingga Gred Paling Sedap Sampai Kenyang”

  1. Untung la dapat makan banyak species durian. I suka durian tapi tak gila2…. tapi memang hendak datang ke Durian BB Park.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *