Loading...
Event

Revolusi Hentian R&R PLUS Bekerjasama Dengan 10 Jenama Terkenal

Plus Highway

Perjalanan yang jauh sangat memenatkan. Terasa penat untuk meneruskan perjalanan, berhenti sebentar di kawasan rehat & rawat (R&R).  Apakah pilihan yang ada di R&R? Medan selera dan pelbagai kiosk jualan.

10 Jenama Terkenal

Hari ini PLUS telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama terkenal seperti Starbucks, Krispy Kreme, Harold’s Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Nasi Kandar Line Clear.

Tahniah PLUS, ini adalah pembaharuan yang mengikut trend masa kini. Medan selera yang biasa bukan lagi menjadi pilihan pelanggan.

hentian R&R

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS “Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa.  Kami telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya. Strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar dan akan lebih banyak jenama lain akan beroperasi di R&R kami”.

R&R Sebagai Hub Komuniti

Menyedari tabiat pemakanan masyarakat masa kini lebih tertumpu kepada makanan yang ringkas dan pelangggan lebih suka membeli ‘pengalaman’ berbanding ‘produk’, PLUS menawarkan pelbagai variasi dan pilihan makanan dan minuman di hentian R&R. Tranformasi hentian R&R sebagai pusat atau hub komuniti untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

PLUS akan menaiktaraf beberapa kawasan rehat terpilih. Projek pertama yang telah dilaksanakan di R&R Rawang (Arah Utara) di mana kawasan rehat tersebut telah menjalani pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis. Pengubahsuaian ini turut akan dijalankan di hentian R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pembinaan infrasktruktur dengan konsep dan tema yang baharu akan dilaksanakan di R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) pada tahun 2019.

Tak sabar untuk singgah di hentian-hentian rehat dan rawat ini. Perjalanan yang selamat adalah memilih tempat yang selesa dan tenang untuk berehat seketika . Sekali lagi tahniah diucapkan kepada PLUS atas transformasi ini.

 

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

14 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE