Plus Highway
Event

Revolusi Hentian R&R PLUS Bekerjasama Dengan 10 Jenama Terkenal

Perjalanan yang jauh sangat memenatkan. Terasa penat untuk meneruskan perjalanan, berhenti sebentar di kawasan rehat & rawat (R&R).  Apakah pilihan yang ada di R&R? Medan selera dan pelbagai kiosk jualan.

10 Jenama Terkenal

Hari ini PLUS telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama terkenal seperti Starbucks, Krispy Kreme, Harold’s Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Nasi Kandar Line Clear.

Tahniah PLUS, ini adalah pembaharuan yang mengikut trend masa kini. Medan selera yang biasa bukan lagi menjadi pilihan pelanggan.

hentian R&R

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS “Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa.  Kami telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya. Strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar dan akan lebih banyak jenama lain akan beroperasi di R&R kami”.

R&R Sebagai Hub Komuniti

Menyedari tabiat pemakanan masyarakat masa kini lebih tertumpu kepada makanan yang ringkas dan pelangggan lebih suka membeli ‘pengalaman’ berbanding ‘produk’, PLUS menawarkan pelbagai variasi dan pilihan makanan dan minuman di hentian R&R. Tranformasi hentian R&R sebagai pusat atau hub komuniti untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

PLUS akan menaiktaraf beberapa kawasan rehat terpilih. Projek pertama yang telah dilaksanakan di R&R Rawang (Arah Utara) di mana kawasan rehat tersebut telah menjalani pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis. Pengubahsuaian ini turut akan dijalankan di hentian R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pembinaan infrasktruktur dengan konsep dan tema yang baharu akan dilaksanakan di R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) pada tahun 2019.

Tak sabar untuk singgah di hentian-hentian rehat dan rawat ini. Perjalanan yang selamat adalah memilih tempat yang selesa dan tenang untuk berehat seketika . Sekali lagi tahniah diucapkan kepada PLUS atas transformasi ini.

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

13 Comments

  1. wah. jenama bes2. x la bosan balik kampung..

  2. wahh bestnya nt rasa mcm nak singgah dekat semua rnr hehe
    permatabiru recently posted…TIPS DAN PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAANMy Profile

  3. Dah seronok dah nak balik kg lepas ni….

  4. Balik pantai timur ada tak kikiki memang suka berenti rehat pun , dah la ganu jauh macam london

  5. Woww lepas ni boleh makan kat Mohd Chan otw nak balik kampung.

  6. Nak dim sum, starbucks, a&w…heeee abes duhet kat r&r haa. Tak smpt sampai kmpung

  7. Baru tak bosan singgah RnR camni, banyak pilihana makanan best².

  8. Makin banyak pilihan lepas nie. Seronoknya!

  9. info yg berguna thank you 😊

  10. Memng kena berenti RNR untuk rehat, kencing dan makan..hehee..tak sabar nak tau dia buka katne je..semua sedap2 pulak tu..

  11. pembaharuan yg baguss. seronok lepas ni nk berhenti rehatt

  12. Wahh…. Pasni seronok meriah laaaa hentian rehat R&R. Banyak pilihan
    Nina Mirza recently posted…Alhamdulillah… Mimpi ngeri berakhir sudah! Shampoo CADEAU berkesanMy Profile

  13. wahh syiok.makin bnyk pilihan mknan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge