Berdiri Sejam Lebih Layan Rock Bro Di Mines

Penangan wayang Rock Bro di Mines.

28 Okt 2016, Mr.Ery ajak tengok wayang Rock Bro dengan geng Urban Crewz. Pucut dicita ulam mendatang. Orang nak belanja, kita pun setujulah. Lagipun tarikh itu, hari lahir mamaema. Kiranya hadiah hari lahirlah kan. dah dapat present dari Mr.Ery tepat jam 12.00 t/mlm sebelumnya. Surprise kan isteri nyaris nak luruh jantung. yang pergi kejut macam ada kes kecemasan. Mamaema dah lena sangat malam tu, baru balik dari outstation.

 

rock-bro

 

Entah bila minat filem rock-rock bagai ni. Dengar lagu rock pun bingit telinga. Filem rock sebelum ni yang mamaema tengok pun cuma kat siaran astro jer. Tapi bila mamaema tengok Filem Rock Bro ni, mamaema kasi 5 bintang. Best sangat. Ada kelakar, ada sedih, ada happy. Kisah perjalanan sebuah kumpulan bernama Rimba Bara.

Budak-budak pun sakan gelak tengok Rock Bro. Mereka yang terlebih seronok. Ayra, awalnya okey dalam panggung wayang. Bila time dia nak tidur, mulalah dia merengek-rengek. Terpaksa bawa Ayra keluar kejap. dodoi-dodoi sambil berdiri di luar panggung. Tak sampai 10 minit, Ayra dah lena. Dari luar bilik panggung terdengar orang gelak sakan, mamaema masuklah balik. Nak ke tempat duduk sendiri, segan pula nak lalu-lalu depan orang. so, mamaema berdiri sahaja di line belakang sekali. seat memang penuh malam tu. Fuhh, memang sakit segala urat sendi dukung mek Ayra ni. Sejam lebih berdiri sambil berdukung Ayra layan sampai habis ceritalah.

Habis cerita, keluar panggung Ayra terus celik mata..sengih-sengih. Sabarlah wahai anak.

 

Sinopsis Rock Bro [kredit: myinfotaip]

Filem Rock Bro! mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan. Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop pada awal 90-an.

Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan, menyara hidup dengan melakukan kerja sambilan dan menjayakan gig di tapak ekspo tani. Mereka dibayar dengan durian dan sayur-sayuran termasuklah petai dan terung daripada penganjur. Mereka hilang taring apabila Zul Kapan menyertai kumpulan rap 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu menyayangi Ella hingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota.

Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air?

Korang dah tengok ke belum filem Rock Bro? Kalau belum, pergilah tengok. Tak rugi korang bayar tiket tau.

 

Tagged : / / / / /

Review : Restoran Sri Bamboo Pasir Puteh

Restoran Sri Bamboo Pasir Puteh Kelantan. Lima hari berturut adik bongsu check-in di Restoran Sri Bamboo. Si kak long yang duk jauh ni tanyalah “restoran baru ke?” “jual gapo” “sedap ko?”. “ho, tempat baru, mace-mace ado, sedap long”. Kak long pun setlah dengan adik “okey, along balik, kak open table”.

Balik kampung baru ni, memang tak lepaslah peluang nak try jugak. Betul ke sedapnya. Masa kami pergi memang ramailah orang. Nak dapat meja, kena cari orang yang dah nak habis makan. si adik siap pergi kaunter bayaran lagi nak tahu meja mana yang dah setel. Memang tak bolehlah nak pilih-pilih tempat lainlah kalau anda sanggup tunggu turn nak makan di dalam pondok bamboo.

Disebabkan ramai orang dan kami pula malas nak menunggu lama, kami order yang ringan-ringan. Menu kat sini ada masakan panas dan jualan di gerai-gerai. Ada roti arab, mee celup, pulut ikan bakar, aiskrim nyor, roti bakar telur meleleh, rojak, somtam, air nyor, ais krim dan lain-lain. Nak makan masakan panas, boleh order terus. Nak makan yang jual di gerai, kenalah jalan sendiri. order dan bayar terus atau order tunggu makanan sampai lepas tu bayar pun boleh.

Roti bakar telur sedap. Memang sedap, sorang-sorang aku yang habiskan.

Roti Bakar Telur Meleleh

Rojak buah pun sedap cuma mangganya terlalu masak je.

Rojak Buah

Lain kali nak merasa masakan panas pula. tunggu orang reda sikit. Entah bila nak reda ni, aku balik pun time cuti. Biasa time cutilah, pakat semua yang duk luar balik bercuti.  Kedai ni baru buka, tukang masak baru seorang masa kami pergi. InshaAllah akan bertandang lagi.

Lokasi restoran mudah bagi yang biasa di Pasir Puteh. Tapi yang luar kawasan kena cari Kampung Sri Aman. Tepi jalan besar dari KB ke Kuala Terengganu sebelah kiri sebelum by pass. Zaman teknologi, pakai je GPS, Waze tak pun Here. Apa susah.

 

 

 

Tagged : / / /

Minyak Pelincir Polytron

Minyak Polytron ni sejenis minyak pelincir untuk kenderaan dan jentera. Hal-hal pasal kereta memang failed. Tahu start enjin, kereta hidup, tekan minyak terus jalan. Yang selalu perati kat dashboard, meter air dan meter minyak je. Dah namanya pemandu perempuan. Datang bengkel anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari, wakil Polytron Melaka turun padang. Bagi penerangan dan demo secara live kelebihan minyak Polytron.

Apa yang disampaikan oleh wakil Polytron Melaka minyak Polytron ini digunakan di seluruh dunia seperti Israel, Eropah, Arab Saudi dan Singapura. Di Malaysia, PDRM telah menggunakan minyak Polytron pada kereta peronda lancer. Penjenayah pecut lari dengan ferrari pun, PDRM dah mampu nak kejar. Putih mata lah penjenayah oiii.. tak sempat lari terus masuk lokap. Banyak jugalah penerangan yang diberikan beserta video, tapi adatlah perempuan kan nak juga ada demo nya.

Ini demo secara live pada motor. Nampak tak air keluar dari enjin tu? Suka motor ni minum air sirap. Masa demo, enjin motor tengah hidup yer.

Siap tambah lagi dengan sirap bandung. Tuang lagi dalam enjin. Bertuah kau motor, sirap kau belasah, bandung kau belasah, air yeos pun kau belasah. Memang tak mati pun enjin motor. Semua terpegun. Wow hebatnya.

Masuk sirap bandung, keluar pun sirap bandung tak kan nak keluar kopi kan.

Hebat kan minyak Polytron. Enjin smooth dan langsung tak ada bunyi.  Rahsia disebalik kehebatan semua jenis pelincir polytron, jawapannya polytron MTC! Semua produk polytron mengandungi MTC yang merawat permukaan logam yang bergesel dalam enjin untuk mengurangkan geseran sehingga 95%.  Tanpa minyak hitam pun, kenderaan boleh gerak sejauh 200km. Ada berani?

Balik ke bilik..pot pet pot pet bercerita sakan pasal minyak Polytron kat Mr.Ery. Esoknya, aku ajak sekali Mr.Ery tengok dengan mata sendiri. Bertuah hari itu, blogger yang bawa kereta berpeluang mengisi minyak Polytron dalam enjin kereta masing-masing. Dalam whatsapp pakat cerita bawa kereta sampai tak sedar diri. Alhamdulillah, semua selamat sampai ke rumah.

Antara produk keluaran Polytron. Yang hujung sekali sesuai untuk diguna pakai di dalam rumah. Contoh, kalau ada tingkap nako yang susah nak buka tutup, boleh spray kat besi tetingkap. Ditanggung beres, nako boleh buka tutup tanpa ada geseran lagi.

Terima kasih Polytron Melaka. Berminat untuk merasai kehebatan minyak Polytron ini boleh pm tepi (0192496678 -whatsapp only). Ambo dah jadi agen Polytron. Nak butiran lanjut pasal minyak Polytron boleh layari  Facebook dan Instagram Polytron.

 

 

Tagged : / / / / / / / / /

Pembersih Khusus Lelaki Dari Nanafa Beauty

Pembersih Khusus Lelaki keluaran Nanafa Beauty. Satu-satunya produk kelakian yang pertama di Malaysia keluaran Nanafa Beauty. Yang selalu kita dengar produk baru diperkenalkan kebanyakkan untuk wanita sedangkan lelaki pun ada kepentingan tersendiri. Nanafa Beauty telah memperkenalkan satu produk khas untuk lelaki demi ‘masa depan’ nya. Lelaki pun penting untuk jaga kebersihan dan kesihatan, takkan hanya wanita sahaja yang perlu jaga kan. Itu tidak adil namanya.

Heroes Men Wash merupakan pencuci bahagian ‘kelakian’ yang diekstrak dari bahan-bahan semulajadi untuk daerah kelakian. Digunakan untuk mencuci, menjaga kesegaran serta memberi khasiat yang baik.

men wash
Sukalah laki I, ada produk untuk dia.
Fungsi Horeos Men Wash:
  • Mengandungi antiseptik untuk membunuh kuman
  • Menghilangkan kegatalan
  • Membantu mengatasi masalah mati pucuk
  • Mengurangkan kanser prostas
  • Meningkatkan pengaliran darah
  • Bertahan lama
  • Meningkatkan saiz
Ramuan Horeos Men Wash:
  • Beatine
  • Sireh
  • Glycerine
  • Sea Salt
  • Catuba Extract
  • Menthol Crystal
Nak sihat, nak gagah, nak bertahan… tak payah tunggu la…try dulu baru tahu.

Nana Beauty Blanco Set

Untuk wanita, jangan risau. Nanafa Beauty pun ada keluarkan produk untuk wanita. Kalau tanya wanita, siapa nak cantik? Mesti semua angkat tangankan. Mana ada wanita tak nak cantik. Try tengok orang perempuan Kelantan. Cantik ke tidak. Comel ke tidak. Nak comel lotte macam orang Kelantan, kena la pakai Nana Beauty Blanco Set. Dalam satu set ada sabun pencuci dan serum. dua benda yang perlu ada untuk kulit muka cantik. Dengan tagline “Licin Monne Putih Seppo” sesuailah sangat. Lepas ni, mesti ada yang pandang tak berkelip mata…tak caya menyesal tak sudah.

Produk Nanafa Beauty

Sesuai juga dijadikan sebagai hantaran.

Produk NanafaBeauty
Pembersih Khusus Lelaki
Kelebihan set Blanco ini ialah :
  • Menghilangkan jerawat pasir.
  • Menghilangkan jerawat batu.
  • Mencerahkan kulit secara sekata.
  • Memudarkan parut jerawat.
  • Memudarkan jeragat.
  • Mengekalkan kelembapan wajah.
  • Mengecilkan pori kulit.
  • Menganjalkan dan menyegarkan kulit.
  • Membuang toksin.

Testimoni dari pengguna pengguna Nanafa Beauty Blanco Set seawal 7 hari.

Testimoni Nanafa Beauty1

Menarik dan tergoda kan.. Dah tergoda jangan duk tunggu lama. Hubungi terus talian 016-4126546 / 016-9806500 atau Facebook Nanafa Beauty dan Instagram Nanafa Beauty.

Tagged : / / / / / / /

Bengkel Fotografi Bersama Adhadi Mohd Anjuran KBBA

Bengkel Fotografi bersama Adhadi Mohd anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari. Bila KBBA maklum ada bengkel fotografi di Agrofarmstay Resort, Melaka cepat-cepat bagi nama nak join. Pasti tak akan lepaskan peluang ini lebih-lebih lagi dapat timba ilmu dengan bro Adhadi Mohd. Ekceli, ini kali kedua Ema belajar fotografi dengan Bro Adhadi. First, belajar shoot gambar outdoor di Taman Tasik Perdana tahun 2011. Masa tu, baru berjinak-jinak dengan DSLR, pakai nikon D60.

Walaupun pernah belajar, ilmu itu tetap perlu dicari tanpa jemu. Lagipun tugas mengambil gambar salah satu tugas tambahan bila Ema outstation. Sebagai sekretariat kursus, Ema perlu ambil ‘group photo’, gambar dalam kelas, gambar lawatan, gambar peserta dan sebagainya. Jadi, inilah peluang untuk belajar teknik  mengambil gambar yang betul. Ada juga sekali sekala ambil gambar kahwin, itupun bila balik Kelantan dan mom tak cukup ‘wedding photographer’.

Di sini, kami diajar cara mengambil gambar potret, gambar produk, apa itu bokeh, background, posisi, pencahayan, kawalan kamera, ISO, Aperture, Shutter Speed dan cara untuk dapatkan gambar terbaik. Pakai kamera DSLR, tapi letak kawalan kamera dekat auto, sangat merugikan laa tak guna kawalan dan fungsi pada kamera yang ada kan.

Teknik pencahayan yang betul.

Mereka yang duduk jauh dan susah hati tak dapat belajar fotografi dengan Bro Adhadi Mohd, janganlah menangis bucu katil pulak. Bro Adhadi Mohd ada sediakan CD pembelajaran mengetahui secara asas tentang fotografi, photoshop dan lightroom.

Isi kandungannya mudah untuk difahami. Ini antara contoh yang ada di dalam CD. Nak tunjuk dua jer, nak lebih kenalah dapatkan CD dari Bro Adhadi Mohd. Belanja sikit untuk ilmu berkat tau.

Bagi yang berminat untuk belajar tentang fotografi boleh join Kursus Asas Fotografi yang dijadualkan pada bulan Januari dengan harga yang berbaloi. Boleh hubungi Bro Adhadi Mohd melalui Facebook dan Instagram atau layari blog beliau Adhadi.com

Tagged : / / / / / / / / / /

Rasai Suasana Desa Di Agrofarmstay Resort Melaka

Resort Agrofarmstay@Skill-Tech, Durian Tunggal Melaka. Peluang bersama Kelab Blogger Ben Ashaari menginap di Agrofarmstay 2H 1M dalam suasana desa yang jauh dengan kesibukan kota terasa sungguh tenang dan nyaman. Resort Agrofarmstay boleh dijadikan satu destinasi percutian yang indah sekali. Bagi yang tinggal di kota, di sinilah pilihan yang tepat untuk menikmati percutian anda kerana resort Agrofarmstay ini di kelilingi pokok-pokok yang menghijau dan bertemakan alam semulajadi.

 

 

Selain sebagai satu destinasi percutian, resort Agrofarmstay ini juga sesuai untuk ahli korporat mengadakan mesyuarat, majlis kenduri kahwin, teambuilding mahupun hari keluarga. Bagi syarikat yang selalu bermesyuarat apa kata sekali sekala bawa ahli mesyuarat dalam suasana yang berbeza. Bila suasana berbeza, maka outputnya pasti berbeza. Dari setiap hari memandang dinding pejabat yang sama lebih baik memandang persekitaran hijau pula.

Kemudahan yang disediakan

Pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh resort ini antaranya Bilik Mesyuarat Eksekutif, Bilik Seminar, Dewan Tertutup, Dewan Terbuka, Dewan Makan dan ‘Business Centre”. Kemudahan untuk santai-santai seperti Kolam Mandi Berbumbung, Bilik Karaoke, “Pet House”, Memancing, Padang Permainan, dan Surau juga disediakan.

Dewan Lily
Dewan Tertutup

Bagi yang meminati aktiviti lasak, anda boleh berkayak dan mandi lumpur.

Agrofarm menyediakan beberapa jenis penginapan antaranya sebuah Villa yang mempunyai 7 bilik tidur yang selesa. setiap bilik dilengkapi penyaman udara dan mandian alat pemanas. Ada ruang tamu, ruang makan dan dapur. Nak berBBQ pun boleh sambil melayan bunyi cengkerik. Penginapan Riverview dan Gardenview untuk mereka dari keluarga atau kumpulan yang kecil. Bagi yang sukakan ‘advanture’, boleh menginap di chalet yang boleh memuatkan seramai 8 orang.

 

 

 

Riverview

Semestinya akan merindui pengalaman menginap di Agrofarmstay ini bila pulang ke kota. InshaAllah akan datang lagi.

 

Anda berminat untuk merasai penginapan suasana desa, boleh hubungi Encik Bari 012-202 5647.

Facebook Agrofarm

Websitehttp://agrofarmstay.my/

 Lokasi:

Resort Agrofarmstay@Skill Tech

Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap

76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tagged : / / / /