Legoland Malaysia
Aqeel Ayra Azwa Event KBBA9 Travel

LEGOLAND Malaysia Theme Park Explore Bersama Keluarga dan Team KBBA9, Yeay..Family Day.

Dalam komuniti KBBA9,  “Kita akan adakan Family Day 2018 yang pertama di LEGOLAND Malaysia”. Yeay…!!!! Family Day di LEGOLAND Malaysia,  Johor Bahru. Impian dah lama untuk ke sana akhirnya terlaksana juga. Alhamdulillah dan terima kasih KBBA9. Laju aku bagi nama untuk join family day kali ini.

Perjalanan KL-JB-KL

Awal perancangan akan bermalam 1 malam di Johor Bahru. Tapi kakak Azwa pula terpilih mewakili Sekolah Rendah Agama (SRA) dalam pertandingan syarahan pada hari keesokkannya. Demi anak, patah balik ke KL pada hari yang sama. Penat memang penat tapi adakah ianya berbaloi.

Tiket berada di tangan, tanpa buang masa memulakan pengembaraan bersama keluarga. Aktiviti free and easy, makanya semua bebas untuk meneroka dalam sana sampaikan hilang radar dengan team yang lain. Dah berada dalam tu, hilang arah nak pergi mana dulu. Besar wey, pamplet maps diberi..mudah sikit nak tahu berada di mana masa itu.

Destinasi pertama yang nampak shop LEGO. Nasiblah anak-anak jenis yang tidak meminta-minta untuk beli lego. Tapi bagusnya, ada pelbagai jenis lego yang dijual bersesuaian dengan umur anak-anak. Anak-anak pula lebih teruja untuk bermain dari membeli. Selamat duit mama ayah…eh.

Mengembara di NinjaGo World

Pakai cermin mata hitam 4D dan naik sejenis kereta yang berpusing kiri kanan. Mulalah berperang untuk mengalahkan Great Devourer melalui imbasan 4D. Kelakarnya, orang lain menggerakkan tangan untuk berperang, aku dan Mr. Ery beria tekan-tekan dan pijak-pijak kaki..tapi tak ada peluru keluar pun. Aku ingatkan macam main video games tu…. “Mama, mana peluru mama..abang tak nampak pun”. Anak lebih pandai dari kami. Silap sendiri tak baca instruction. Jawabnya, kalahlah aku dalam peperangan.

Legoland Malaysia Review

Kejar masa untuk elak dari bertolak lewat malam balik ke KL,  dapat bermain sekali sahaja untuk satu games, walhal boleh berulang-ulang untuk bermain. Anak-anak faham walaupun muka nampak sangat masamnya..hahaha. Nak buat macam mana.. memang perlu satu hari penuh untuk mengembara semua tempat.

LEGO Kingdoms

Di LEGO Kingdoms ada The Forestmen’s Hideout, Royal Joust, Dragon’s Apprentice, Merlin’s Challenge, The Dragon, Castle Stage, Castle Games, King’s Grill, Waffle Haus, Castle Fried Chicken, King’s Market, King’s Photo. Disebabkan ketinggian Ayra tidak melepasi ketinggian yang ditetapkan, aku, kakak dan Ayra yang naik Dragon’s Apprentice sejenis permainan keretapi. Aku ingat kelajuannya biasa-biasa jer, tengah keretapi bergerak laju turun naik..dengar orang sebelah azan.. Aqeel yang azan..hahaha..itu doa dia. Aduii.. Aqeel..Aqeel… sambil nak gelak dia duk berazan, sebelah tangan aku pegang dia…risau takut terpelanting. Itupun dia minta nak naik lagi sekali…

VR Coaster

Satu lagi permainan yang mengecutkan perut..perghh..memang jantung berdegup kencanglah…lebih-lebih lagi masa turun dan corner. LEGOLAND Malaysia menjadi legoland pertama di dunia yang melancarkan VR Roller Coaster bertemakan animasi permainan lego. Cara permainannya, menaiki rel permainan “The Great Lego Race (VR Coaster), dengan memakai VR. Sekali lagi aku yang kena temankan anak-anak, pandai sungguh Mr. Ery mengelak.

Legoland Malaysia Review

Aku di sebelah Aqeel dan kakak duduk seorang..seperti naik sebuah kereta. Aqeel seorang yang pakai VR, aku awal lagi memang tak nak pakai, kakak pula masa nak bergerak tetiba tak nak pakai juga. Betul-betul cemas naik VR Coaster ni, masa hendak menjunam turun..tak dapat buat apa-apa..aku mampu pejam mata… Aqeel dengan azannya..bercampur aduk  “mama..api kat bawah” “mama, langgar mama..langgar…naga tu” “mama…kita menang” kakak pula “mama…lajuuunyaaa”. Seram tapi menyeronokkan. Seronok Aqeel, kakak pula menyesal sebab tak pakai VR.

Merlin’s Challenge. aku yang tengok ia berpusing pun pening, apatah lagi orang yang naik. Kali ini Mr. Ery yang naik dengan anak-anak. Bukan main laju juga pusingannya.

TECHNIC Twister.

Yang ni pun best naik. berpusing-pusing. Banyak kosong, naik seorang satu. Ayra tak lepas sebab ada had ketinggian juga.

“Engkau naik apa tu, bang”..terkedek-kedek gaya geraknya macam naik kuda…seronoklah.. sebab dia seorang yang dapat main..kakak tidak lepas, Royal Joust hanya untuk anak yang berumur 4 hingga 11 tahun.

Legoland Malaysia Review

Cuaca memang panas, jadi pandai-pandailah cari tempat sejuk untuk rehat. samada berehat di pondok, tempat makan atau pergi tengok movie. Macam aku, dahlah tak bawa stroller untuk Ayra..payung pun tak bawa.. bergilir-gilir  pula dukung, bila Ayra tak mahu jalan… buat olok-olok tinggal pun, dah tak peduli apa..rela berdiri situ jer…upah aiskrim baru okey sikit.

Agak penat berjalan dan berpeluh…naik tower tengok persekitaran LEGOLAND Malaysia dari atas. Dapatlah rehat sekejap dalam tower ini. Aircond pun ada.

Tengok movie 4D.

Legoland Malaysia Review

Legoland Malaysia Review

Patutlah basah kerusinya.. dipancutnya air dan buih sabun..semburan angin…untuk berimaginasi seperti benar-benar berlaku. Menangis Ayra. Takut.

Legoland Malaysia Review

Star Wars pun masuk tengok movie..tapi aku tak masuk pun..sebab banyak tempat lagi yang belum pergi. Kejar masa…

Legoland Malaysia Review

MINILAND

Kagum aku tengok pembinaan mercu bangunan dari 17 buah negara Asia  seperti Malaysia, Singapura, Taj Mahal India yang dibina dengan 30 juta LEGO. Setiap ikon bangunan, akan mengeluarkan bunyi untuk menikmati suasana persekitaran sebenar dengan menekan butang yang disediakan.

Legoland Malaysia Review

Kemudahan Asas

Seharian berada dalam taman tema ini, tidak perlu risau apa-apa. Ada tempat makan, ada surau, ada tandas. Ini yang paling aku suka, bila masuk ke tandas.bersih dan wangi..tidak berbau hancing. Biasa tempat rekreasi macam ini, selalunya tandas tidak teruruskan..tapi tidak di LEGOLAND Malaysia.

Legoland Malaysia Review

Legoland Malaysia Review

Bayangkan ada 85 lokasi dan aktiviti disediakan dalam taman tema ini. Setengah hari memang tidak cukup untuk pergi semua tempat, apatah lagi nak ulang-ulang permainan. Belum lagi masuk water theme park. Jawabnya, kena datang lagi ke sini… stay dua hari..baru puas hati. Penutupnya, memang berbaloi sangat datang ke sini kerana ia adalah sebuah taman tema yang berbeza dan tiada di tempat-tempat lain.

Legoland Malaysia Review

Menang Kereta Nissan Almera

Nak menang sebuah kereta Nissan Almera? Ada tawaran menarik dari LEGOLAND Malaysia untuk menang sebuah kereta Nissan Almera dengan membeli, renew atau upgrade ke Annual Pass dengan harga tiket 1 hari. Kelebihannya, boleh pergi resort secara percuma dalam masa 365 hari, aktiviti menarik seperti Miniland, The Driving, LEGO V, The Great LEGO® Race dan banyak lagi yang dapat dikunjungi sebanyak mana yang mahu, diskaun harga untuk gambar, diskaun harga makan, dan dapat bermain permainan tanpa tunggu giliran. Lagi banyak beli Annual Pass, lagi besar peluang untuk bawa balik kereta Nissan Almera.

Apa tunggu lagi…Sila dapatkan maklumat lanjut di laman web LEGOLAND Malaysia atau di laman sosial facebook LEGOLANDMY

Legoland Malaysia Review

Terima kasih kepada pihak LEGOLAND Malaysia dan KBBA9, berjaya menganjurkan Family Day KBBA9 untuk tahun ini. Sedikit sedutan video yang sempat dirakamkan semasa pengembaraan kami anak beranak di dalam taman tema LEGOLAND Malaysia ini.

Sehingga jumpa lagi…..

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

16 Comments

  1. sian ema kena rush balik KL, semoga pas ni ada rezeki lagi datang sini.

    1. tulah…tak puas nak main games…apapun terima kasih pada team..dapat juga ke sini.

  2. beraninya Kak Ema naik VR Coaster…

    1. kecut perut naik…memang rasa tak bernyawa pun…hahahaha

  3. Syokkan? Nak repeat lagi… bnyk mainan xsempat explore

  4. Seronoknyaaa. Anak-anak pun happy

  5. Comel jer anak Ema siap azan masa. Naik VR coaster ngan Dragon. Pastu nak repeat. Hehee. …
    Tapi memang best giler laaa. .. Rasa nak repeat lagi masuk waterpark plak

  6. Seronok tgk diaorang happy kan ema.. insyaallah ada masa dan peluang blh la join lagi..

  7. Best kan Ema bila tengok anak-anak happy . Kita pun tumpang sekaki ..

  8. Tempat yang memang berbaloi untuk bawak anak2 ..

  9. Bestkan Ema naik VR Coaster tu.. Walaupun seram tapi seronok..

  10. Sebenarnya 2-3 hari pun tak cukup puas untuk menghabiskan kesemua permainan di dalam Legoland Theme Park. Itu belum lagi ke Legoland Water Theme Park yang terletak bersebelahan dengan Theme Park. Pasni dah boleh beli Annual Pass. Boleh pergi hari-hari selama 365 hari. Promo Annual Pass sedang berlangsung dengan harga yang sangat berbaloi. Boleh menang Nissan Almera pulak tu. Haa apa lagi. Grab jangan tak grab !!!

  11. berbaloi la,datang dari jauh demi legoland.. puashati lah,semua ahli keluarga boleh main game kat sana

  12. wah mesti seronok budak2 main kt tmpt tu

  13. wowww bestnyaaa….

  14. seronoknyaa.. dah lama nak bawak anak2 ke sini. belum kesampaian lagi..hmm
    tq entrinya, menarik! 🙂

    *lama tak berkunjung ke sini..he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge