Loading...
Event

Reunion Geng Otai X-Taring PPATM di D’Chalet, Kampung Setiawan, Perak

Xtaring Family Day

Geng-geng otai dari X-Taring PPATM atau nama penuhnya Perkhidmatan Pergigian Angkatan Tentera Malaysia (PPATM). Abah mertua bekas askar di bahagian pergigian. Reunion di D’Chalet, Kampung Setiawan, Perak. Perjalanan 3 jam lebih dari Kuala Lumpur. Abah tak berani nak pandu kereta jauh-jauh, jadinya dia suruh kami sekeluarga ikut sekali.

Moh kiter ke Perak.

Tiga hari 2 malam di D’Chalet. Chalet di kawasan perkampungan, nak rasai suasana betul-betul kampung bolehlah stay sini. Tak ada pool, tak ada pantai..hanya ada muara di belakang chalet. Nak mengail bolehlah. Dewan makan, tempat BBQ ada.

Xtaring Family Day

Muara betul-betul belakang chalet. Mr. Ery malam hari sampai itu juga keluarkan pancing. Layan anak laki seorang Abang Aqeel ni…beria-ia ajak jom ayah..jom ayah… berapa banyak boleh ikan? Seekor jer…itupun ikan apa entah.

Xtaring Family Day

Banyak juga aktiviti yang diatur tapi tidaklah terikat sangat. Siap pergi ronda-ronda Lumut dan masuk supermarket TF kalau tak silaplah cari pampers Mek Ayra. Kerap sangat kencing waktu malam..sejuk tidur dalam chalet ada aircond dan kipas.

Respect Dengan Otai

Hari pertama memang banyak rest, ada yang belum sampai dan ada yang sampai dari jauh. Paling jauh dari Johor. Hari kedua ada sukaneka. Acara dari kanak-kanak hingga orang tua. Tapi mula agak lewat sebab hujan itupunĀ  kanak-kanak punya acara dibuat dalam dewan makan. Wow, memang respect giler dengan sorang geng otai lama ni, semangat dia lain macam. semua acara dia kendalikan. Kalah orang muda. Pagi itu semua nampak purle.

Xtaring Family Day
Abah sponsor baju

Xtaring Family Day

Dari pagi hingga tengahari memang semua acara sukaneka. Yang join pun bukan anak-anak tapi cucu-cucu belaka. Sebab kakak Azwa tinggi, dia kena masuk dalam kategori acara anak dewasa. Mana-mana sukaneka, acara baling belon berisi air pasti ada.. masa ini lah nak tunjuk skill pandai sambut ke tidak dan siapa hebat dan siapa yang banyak basah.

Xtaring Family Day
Baling kasih untuk orang-orang lama

Malamnya, pemberian hadiah bagi yang menang sukaneka dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah semua dibawa keluarga masing-masing. Hari ketiga semua free time. Sempatlah pergi cari ikan segar bawa balik KL. Bergambar kenangan sebelum semua balik ke destinasi..

Xtaring Family Day

Mek Ayra pun nak juga bergambar sambil tunjuk gigi taring yang memang dia sendiri tak cukup gigi pun. Banyak sangat gigi rosak.

Xtaring Family Day

“Memang beria yer ko dik”

Xtaring Family Day

Untuk kenangan abah mertua bersama kawan-kawannya. Katanya setiap tahun akan buat.. Tahun depan di Kelantan pula.

Respect!!!!
 

 

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE