Result UPSR dah keluar hari ini.
Tahniah kepada anak-anak yang cemerlang 6A.
Tahniah kepada anak-anak yang berjaya 5A.
Tahniah kepada anak-anak yang mencapai 4A / 3A / 2A mahupun 1A.
Tahniah juga kepada anak-anak yang tiada A, mereka juga telah berjaya melepasi sekolah rendah.
Ke mana hala tuju anak-anak selepas ini?
Sekolah berasrama?
MRSM?
Sekolah Sains?
Sekolah Menengah Kerajaan?
Sekolah Swasta?
Sekolah Agama?
Pilihlah yang mana terbaik untuk mereka.
Aku belum share lagi macam mana kakak dapat masuk sekolah asrama, dengan result UPSR 1A sahaja.
Seperti ibu bapa lain, semestinya nakkan yang terbaik untuk anak-anak.
Aku tahu, agak tipis untuk kakak dapat ke sekolah asrama ni.
Dengan harapan result UPKK dapat membantu.
Ujian kemasukan ke sekolah menengah sains, tidak berjaya.
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP), terlepas tarikh temuduga.
Hadir Temuduga Terbuka di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Hujung-hujung Disember, kawan bagitahu ada temuduga terbuka.
Untuk masuk ke sekolah menengah agama.
Tak tahu nak pergi ke tidak pada awalnya.
Last minute, balik juga ke Kelantan hari yang sama.
Ingatkan aku dah awal, rupanya ada lagi yang terawal.
Ramainya ibu bapa yang bawa anak-anak hadir temuduga.
Majoriti, anak-anak yang sekolah di Kelantan.
Ada yang pelik bila diberitahu aku datang dari Kuala Lumpur.
Yang mana ada surat panggilan temuduga, lajulah kaunter dia.
Yang mana tiada surat, datang walk-in, memang panjanglah kaunternya.
Kaunter memang banyak dibuka.
Sekolah menengah agama di Kelantan ini, ada dua naungan..satu di bawah JPN Kelantan satu lagi di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Naungan YIK seperti sekolah Maahad untuk anak-anak yang cemerlang UPSR 6A,5A,4A.
Naungan JPN seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL).
Antara sekolah yang tersohor di Kelantan, melahirkan pelajar yang cemerlang PT3 dan SPM.
Permohonan sekolah kakak adalah di SMKA Tok Bachok.
Sebab dekat dengan rumah saudara mara.
Memang kena sabar menunggu untuk melepasi temuduga setiap anak.
Anak akan dibahagi kepada group, setiap group ada lebih kurang 20/25 orang.
Diberi 1 helai kertas yang mengandungi beberapa kerat ayat untuk dihafal.
Tanpa gangguan ibu bapa, anak-anak ditempatkan di satu kawasan untuk menghafal dalam masa 20 minit.
Masuk ke dewan yang penuh dengan penemuduga.
Anak akan ditemuduga sorang-sorang.
Keluar dari dewan, muka ada senyum.
Satu masalah kakak, over confident.
Risau aku.
Menunggu keputusan penuh debaran.
Minggu demi minggu.
Hari demi hari.
Menunggu keputusan temuduga dari website JPN Kelantan.
Saat tiba, ia mengecewakan.. kakak tidak berjaya.
Aku dah putus asa.
Tak apalah kakak…sambung saja di SKDP.
Dalam berputus asa, aku tetap juga memohon rayuan.
Harapan terakhir.
Bermulalah kakak di sekolah SKDP.
Seminggu bersekolah di SKDP, aku dapat call dari JPN Kelantan.
Kakak dapat ke Sekolah Menengah Agama di Kelantan.
Bukan di SMKA Tok Bachok, tapi di SMKA Falahiah.
Terkedu sebentar, sebab aku tak tahu kat mana sekolah ini.
Ada asrama ke?
Jauh tak dari rumah keluarga.
Walaupun tiada rezeki untuk sekolah yang dimohon.
Alhamdulillah, akhirnya ada rezeki di sekolah asrama yang lain.
Janganlah cepat putus asa untuk berusaha.
Peluang masih terbuka.
tahniah! Masih banyak masa yang ada untuk kita tempuh lagi. USR bukan penentu segalanya, mana yang terkurang perlu dimantapkan lagi. semoga berjaya and gapai cita-cita ye
Untuk permohonan SMA, result UPKK pun akan dinilai sekali ke macam mana?
sekolah biasa pun ok juga..
yang penting suasana belajar cukup kondusif dan menyenangkan
mrhanafi recently posted…Cinta ikat mati depan tok kadi