Bisnes Restoran Review

Review : Restoran Sri Bamboo Pasir Puteh

Restoran Sri Bamboo Pasir Puteh Kelantan. Lima hari berturut adik bongsu check-in di Restoran Sri Bamboo. Si kak long yang duk jauh ni tanyalah “restoran baru ke?” “jual gapo” “sedap ko?”. “ho, tempat baru, mace-mace ado, sedap long”. Kak long pun setlah dengan adik “okey, along balik, kak open table”.

Balik kampung baru ni, memang tak lepaslah peluang nak try jugak. Betul ke sedapnya. Masa kami pergi memang ramailah orang. Nak dapat meja, kena cari orang yang dah nak habis makan. si adik siap pergi kaunter bayaran lagi nak tahu meja mana yang dah setel. Memang tak bolehlah nak pilih-pilih tempat lainlah kalau anda sanggup tunggu turn nak makan di dalam pondok bamboo.

Disebabkan ramai orang dan kami pula malas nak menunggu lama, kami order yang ringan-ringan. Menu kat sini ada masakan panas dan jualan di gerai-gerai. Ada roti arab, mee celup, pulut ikan bakar, aiskrim nyor, roti bakar telur meleleh, rojak, somtam, air nyor, ais krim dan lain-lain. Nak makan masakan panas, boleh order terus. Nak makan yang jual di gerai, kenalah jalan sendiri. order dan bayar terus atau order tunggu makanan sampai lepas tu bayar pun boleh.

Roti bakar telur sedap. Memang sedap, sorang-sorang aku yang habiskan.

Roti Bakar Telur Meleleh

Rojak buah pun sedap cuma mangganya terlalu masak je.

Rojak Buah

Lain kali nak merasa masakan panas pula. tunggu orang reda sikit. Entah bila nak reda ni, aku balik pun time cuti. Biasa time cutilah, pakat semua yang duk luar balik bercuti.  Kedai ni baru buka, tukang masak baru seorang masa kami pergi. InshaAllah akan bertandang lagi.

Lokasi restoran mudah bagi yang biasa di Pasir Puteh. Tapi yang luar kawasan kena cari Kampung Sri Aman. Tepi jalan besar dari KB ke Kuala Terengganu sebelah kiri sebelum by pass. Zaman teknologi, pakai je GPS, Waze tak pun Here. Apa susah.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

11 Comments

  1. hah yang roti bakar tuh nampak sedap…
    zik recently posted…Sajak, Perjalanan hidup ini.My Profile

    1. memang sedap 🙂
      emarieys recently posted…Review : Restoran Sri Bamboo Pasir PutehMy Profile

  2. sedapnya roti bakar telur meleleh tu
    Raihanah Ahmad recently posted…Kepentingan Anti penuaan untuk kesihatan regeneratifMy Profile

    1. sedap kak..sebab garing lagi.
      Ema recently posted…Review : Restoran Sri Bamboo Pasir PutehMy Profile

  3. perghh… tengok roti tu memang nampak sedap…

    1. baru tengok pun sedap…belum lagi rasa.
      emarieys recently posted…Review : Restoran Sri Bamboo Pasir PutehMy Profile

  4. makanan tu macam memang sedap dan konsep yang diketengahkan oleh restoran bamboo memang kena la..
    mrhanafi recently posted…Beli Buku Motivasi Zig ZiglarMy Profile

    1. berebut orang nak cari tempat…nak special dalam pondok bamboo tu…tapi selalu full laa.
      emarieys recently posted…Review : Restoran Sri Bamboo Pasir PutehMy Profile

  5. dah lama juga tak makan rojak buah.

    ngidam plak rasa.
    titan recently posted…Langit tak selalu mendung, Malam juga tak selalu cerah.My Profile

    1. asyik duk makan cendol jer kan…
      emarieys recently posted…Review : Restoran Sri Bamboo Pasir PutehMy Profile

  6. Menarik. Sudah lama tidak ke Kelantan. Selalunya kalau ke sana akan cari sup daging dan nasi kukus. 🙂
    akubiomed recently posted…Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge