Tempat Tumpuan Geng Bikers Selalu Berkumpul di Tanah Aina Fareena Cafe – The Bridge Under The Bridge

Fareena Cafe – The Bridge Under The Bridge

Duduk di negara orang nak tengok siaran TV Malaysia memang tak dapat.

Tak dapat layan TV, kita layanlah neflix.

Tengok neflix hari-hari, naik bosanlah pula.

Lepas tu, kita layanlah channel YouTube yang ada.

Yang rajin bagi penyumbang view YouTube ni, Mr Ery lah salah seorangnya.

Sekejap layan YouTube pasal camping, camper van, bikers, travel, tempat makan, pancing dan banyaklah.

Dua tiga hari ni tengok dia melayan channel tanaman pula dah. hehehe.

Perancangan hari tua agaknya. Dah itu jea yang dia boleh habiskan masa sambil jaga anak-anak.

Fareena Cafe & Restaurant

Dapat tahu ada Fareena Cafe & Restaurant ni pun melalui channel bikers seperti Whyzul, Sketsa Rider.

Lokasi Fareena Cafe tepi highway karak. Cuma jalan nak masuk agak keliru lah sikit.

Kalau pakai maps google, arahnya belah kanan jika dari Kuantan.

Memang betul ikutkan Cafe ni dari kanan, tapi pintu masuk belah situ tutup.

Tak sure sentiasa tutup atau masa aku pergi itu tutup.

So, jangan ikut sebiji google maps, kan terlepas macam susah nak patah balik..sebab highway kan.

Entah, tak sure kot ada jalan kampung ke apa.

Lagi mudah, ikut laluan dari Kuala Lumpur.

Itupun pakai juga google maps…cuma jangan terlepas simpang sudah.

Sebab kita akan park kereta seberang highway dan berjalan kaki melintasi bawah highway.

Mungkin sebab itu dipangil The Bridge Under The Bridge

Tak dinafikan tempatnya sangat cantik.

Berjalan kaki menuju ke restoran, sambil jamu mata dengan air sungai mengalir.

Berhenti kejap..posing ambil gambar.

Begitulah kalau dah jumpa tempat lawa kan.

Dari segi makanan memang setandinglah dengan restoran yang gah ini.

Kitaorang makan memang kena dengan selera tekak kami semua.

Sedap dan tak sedap ni sangat objektif..sebab lain orang lain citarasanya.

Better try sendiri dan nilaikan.

Harga pun tidaklah mahal.

Mereka ada standard mereka sendiri.

Beli jiwa anak-anak tidak perlu dengan barang mahal, bawa ke tempat makan seperti ini pun mereka dah rasa seronok.

About emarieys

Ema has written 1314 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *