Loading...
Restoran

Restoran AnJ Burger Grill Makan Western Dalam Dulang

anj burger gril

First time makan western dalam talam segabak besar camni. Kenyang giler malam itu..Thanks angah, belanja.

Kisahnya tak tahu arah tujuan nak makan mana. Kereta bergerak ke Bangi. Duk main tanya nak makan mana..nak makan mana…last-last berhenti tepi jalan baru google “makanan sedap di Bangi”.. “western sedap di bangi”. Itu yang keluar A&J Burger Grill tapi di Sungai Buloh. Jauh sangat. Baca lagi, ada cawangan dekat di Sungai Merab. Ok, jom!

anj burger gril

Western Dulang Macam-Macam Ada

Pergi walk-in kira nasib baik ada juga meja kosong. Kalau tidak tak merasalah makan western kat sini. Tanya pekerja situ, katanya lebih baik booking dulu. Talam bersaiz besar kitaorang ambil. Menu kat tengah itu, ada dua pilihan sama ada nak nasi goreng atau spaghetti.

Dengan talam besar ini, makan 7 orang pun tak berhabis wey.. Giler banyak. Lepas itu, tambah satu menu sampingan…nak try..

Sedap ke? Jawapannya memang sedap sangat. Tak rugi pun sanggup tunggu meja kosong. Boleh jer, makan di luar diaorang pasang meja lain..tapi tak nak.. Bilik dalam ada aircond…hehehehe.

anj burger gril

Patutlah malam itu ramai sangat orang, ada celebrate birthday family. Dengan kami-kami sekali nyanyi lagu birthday sekali. Meriah.

anj burger gril

Kenyang perut aku sekeluarga. Thanks angah belanja. Moga bertambah rezeki untuk adik-adik ku. Korang pun patut juga datang singgah sini dan rasa..konpem tak menyesallah.

Aku pergi di cawangan Sungai Merab. Ini alamatnya Lot A24549ARMA, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang. Nak cepat booking lagi senang 60193236424.

About emarieys

Ema has written 1213 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE