Lama dah pergi makan di Restoran Abah & Son. Pergi masa kena serang demam berjangkit 4 beranak. Lepas seorang..seorang kena..kecuali Mr. Ery..antibodi dia kuat time tu. Tak kena jangkit. Baru nak kongsi, sampaikan lupa nak taip apa ni.

Restoran Abah & Son, Sungai Besi.

Setiap kali kalau lalu depan restoran Abah & Son ni, memang penuh meja. sampaikan terfikir apalah yang special sangat ada kat sini… orang sentiasa penuh. satu hari tu, Mr. Ery offer jom pergi Restoran Abah & Son, abah cakap air kopi O dia sedap.. alang-alang orang dah ajak.. badan lemah dah tolak ke tepi..sampai sana, nak dapat meja kat dalam tak payah cakaplah. memang tak ada… so kita dapat meja di luar. masa order makan, tu tiba-tiba semerbak ada ‘bau’ dari BBQ Bar kat hujung bangunan. Tunggu tak lama nampak ada customer dari dalam baru keluar..akhirnya dapat juga meja kat dalam.

abah & sons 4

abah & sons 3
Air Epal Limau

Air kopi O yang pekat dan likat. Minum konpem tak tidur.. tak cukup pula biskut dua biji jer..

abah & sons 2
Kopi O

Menarik di Restoran Abah & Son ni adalah deko di dalamnya. Ada macam-macam benda yang tergantung. Motosikal, basikal, patung, kereta sorong, barang antik segala..kalau datang orang dalam rancangan the picker tu, mesti nak beli barang yang ada kat sini.

abah & sons 1

Keunikan kaunter yang tersendiri

abah & sons 5

abah & sons 6

Aku order nasi goreng kampung. Mr. Ery order nasi goreng seafood, kakak Azwa makan makanan ringan, Abang Aqeel tengah merajuk…tak mahu makan. Disebabkan nasi goreng aku pedas sangat dan nasi goreng Mr.Ery tak pedas terpaksalah tukar nasi goreng.. Masakan nasi goreng aku bagi 3/5 bintang..ada kurang ada lebihnya. Disebabkan ramai customer, air yang panas dah jadi sejuk..

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Restoran Abah & Son Sungai Besi”

  1. Apa menu special kat restoren tu? Barbecue tak try ke? Mungkin nasi goreng tu bukan special menu dia kot. Yang penting, mcm comel je bagi biskut dua ulas je dgn air kopi tu. Heheh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *