Loading...
Restoran

Aroi Thai Boat Noodle Berhantu Punya Kedai

Boat Noodles Aroi Thai

Ada satu restoran atas nama Aroi Thai Boat Noodle dekat Lake Field, Sungai Besi, Kuala Lumpur memang berhantu. Masuk nak makan makanan berharga RM1.90 satu mangkuk. Keluar dari kedai, berhuhuhu lah jadinya. Samalah kalau masuk kedai RM2 tu kan….

Aroi Thai Boat Noodle

Lama dah singgah sini, bila check kat blog ada gambar yang dah diupload tapi masih belum post..so keluarlah entri makan di Aroi Thai ini. Ingat-ingat lupa lah jugaknya.. Paling diingat pergi berdua dengan Mr. Ery. Dating sekali sekala. Lepas hantar anak-anak ke sekolah agama terus ke pekan Sungai Besi cari makan tengahari.

Dari situlah nampak kedai yang baru dibuka.. sebab nampak belon-belon tergantung dan jambangan bunga kat pintu kedai.. Terang-terang ada nama Thai, mesti masakan belah Thailand. Antara menu-menu yang ada… satu mangkuk berharga RM1.90.

Boat Noodles Aroi Thai

Restoran Boat Noodles lain yang selalu dengar tu, tak pernah aku masuk. Tak tahu nak beza yang mana ada banyak pilihan antara kedua kedai. Tunggulah aku pergi sekali try..Itupun entah bila akan pergi…hehehe… menarik juga dekorasi yang ada kat dalam ni..

Boat Noodles Aroi Thai

Menu yang dipesan.. tak banyak pun. Cukuplah nak rasa sedikit seorang…

Boat Noodles Aroi Thai

Eh kononnyalah kan…padahal tak cukup pun… tambah pesanan lagi ada… tengoklah banyak mana mangkuk yang bertambah.

Boat Noodles Aroi Thai

Mangkuk licin tandanya sedap. Kole besi tu pengganti gelas air. Harga air agak mahal sikitlah bagi aku. Kalau orang lain mungkin okey dengan harga tu. Terpulang pada individu lah kan.. Setahu aku memang ada banyak cawangan juga kedainya.. Yang aku pergi ni cawangan Sungai Besi sebaris dengan Burger King.

 

 

About emarieys

Ema has written 1171 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE