Kek Milo Moist Meleleh Sukatan Cawan No Mixer No Oven

Kek milo pulak dah. Mentang-mentang tengah viral kek milo 3 bahan kan.

Aku tak buat pun kek milo 3 bahan milo, susu dan telur tu.

Aku buat yang lain, tapi bahan-bahan lebih kurang sama hanya tambah sedikit bahan lain.

Yang ni lagi moist giler… sedap sungguh.

Tak pakai oven, tak pakai mixer, sukat pun pakai cawan.

Mudah sangatlah.

Bahan-Bahannya:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur (gred B)
  • 3/4 cawan susu full cream/susu sejat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Step 1

Satukan 1 cawan milo, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder. Ayak bersama dan gaul bagi rata.

Step 2

Masukkan 3/4 cawan gula perang, 2 biji telur, 3/4 cawan susu full cream/susu sejat, 1/4 cawan minyak masak dan 1 sudu teh esen vanilla dalam mangkuk yang sama (step 1). Kacau sehingga likat dan tiada ketulan. 

Uli kek tak penat seperti uli biskut ala Famous Amous.

Step 3

Curah adunan ke dalam bekas/mangkuk yang tahan panas. Kalau ada baking paper letaklah…Kalau tak ada sapu sedikit mentega sekeliling bekas/mangkuk.

Step 4

Tutup bahagian atas bekas/mangkuk adunan kek. Aku pakai aluminium paper jer.

Step 5

Masukkan dalam pengukus selama 50-60 minit. Cucuk dengan lidi kek. Kalau tak lekat pada lidi, tandanya kek dah masak.

Milo Granache (atas kek)

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan susu full cream/susu sejat

Aku gantikan milo dengan serbuk chocolate. Milo kat sini mahal..1 tin kecl pun dah USD5.

kek milo moist

Step 1

Masukkan 1 cawan susu pekat manis, 1 cawan milo dan 3 sudu besar mentega.  ke dalam kuali dan panaskan dengan api perlahan. Kacau sehingga mentega dah cair.

Step 2

Masukkan 1/3 cawan susu full cream/susu sejat dan masak sehingga sedikit menggelegak dan likat. Tutup api.

Step 3

Curah milo granache di atas kek. Hiasan : Tabur chocolate rice/chips.

Siap untuk dimakan.

Inilah resepi kek paling cepat dan senang nak buat.

Haih, kenapalah awal-awal lagi tak try buat..

Tagged : / /

Resepi Biskut Ala Famous Amos Rangup Sukatan Cawan Tanpa Mixer, Eh Senangnya

Biskut famous amos lah pulak yer.

Rajin juga anak pakcik Johari ni. Eh, terpuji sendiri.

Laki pun ada puji..sejak duduk sini dah pandai masak. Eh puji sendiri lagi.

Biskut ala Famous Amos pakai sukatan cawan dan tanpa mixer.

Gaul manual kudrat tangan jer.

Tak bawa mixer ke sini, nak beli mahal sungguh harga.

So, carilah resepi yang pakai gaul-gaul dengan spatula…yang mudah.

Aku follow resepi kawan blogger AjuMohit…Thanks Aju.

2 hari sebelum raya, baru aku mula.

Sebab aku tahu buat cepat, cepatlah habisnya.

Confident level kemain tinggi..

Itupun, Ayra dan Abang Aqeel merayu-rayu nak merasa.

Demi anak, terpaksalah mengalah..nasib baik dengan adunan ni dapat juga 2 balang (1 balang besar dan 1 balang kecil)

Dah kata, sekali hadap…licin terus 1 balang.

Bahan-bahan untuk resepi Biskut Famous Amos ni, boleh dicari kat Afrika, so, apalagi..jom menguli.

resepi biskut ala famous amos

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk biskut ala famous amos:

  1. 6 Cawan Tepung Gandum
  2. 1 Cawan Tepung Jagung
  3. 2 1/2 Cawan Gula Merah
  4. 2 Biji Telur
  5. 500 gram Mentega
  6. 10 Sudu Minyak Masak
  7. 1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  8. 1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder
  9. 1 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
  10.  Chocolate Chips / Rice (Lebih banyak lagi sedap)

Cara-caranya:

Bahan A

  1. Satukan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati.

cookies famous amos

Bahan B

  1. Satukan 6 Cawan Tepung Gandum, 1 Cawan Tepung Jagung, 1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat, 1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder. Ayak bersama dan gaul sebati.
  2. Masukkan 10 Sudu Minyak Masak. Gaul sebati.

Satukan Bahan A dan Bahan B, gaul sebati. Last, masukkan chocolate chips/rice. Gaul bagi chocolate chips/rice sama rata.

biskut chocolate rice

Aku punya Chocolate chips dah jadi chocolate rice :-). Entah pelik benar chocolate chips dari Cote d’Ivoire ni…sekali tuang ke bekas rupa serbuk..bukan seketul-seketul chocolate chips nya. Nasiblah ada beli juga chocolate rice.

Masukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.

Keluarkan dan bolehlah membentuk adunan ikut suka. Aku pakai sudu acuan.

adunan cookies

Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 darjah api atas bawah. Aku ada tambah masa sikit lagi, bakar bahagian atas sahaja lebih kurang 5 minit.

Siap!!!.

Kenapalah tak rajin dari dulu lagi yer.

 

 

 

 

Tagged : / / /

Kuih Orang Kelantan Pulut Sekaya di Bumi Afrika

Hye, berpulut sekaya lah hari ini.

Tak berkedut bahagian sekaya, rasanya tetap sedap.

Dulu, nak makan just beli.

Now, terasa nak makan pandai-pandailah masak sendiri.

Godek resepi yang paling senang dan cepat.

Yang penting ada bahan-bahannya kat bumi Afrika ni.

Ada bahan yang dibeli, ada bahan yang memang sedia bawa, ada bahan ambil free.

bahan untuk pulut sekaya

Resepi pulut sekaya yang mudah dan cepat:

Bahan-bahan yang sangat mudah:

  1. 2 Cawan Pulut
  2. 9 Biji Telur
  3. 2 Kuntum Bunga Cengkih
  4. 4 Keping Gula Melaka / Nise
  5. 1 Kotak Santan
  6. Daun Pandan
  7. 1 Sudu Kecil Esen Vanilla (Tiada Dalam Gambar)
  8. Garam Secukup Rasa

Beras pulut, gula melaka, bunga cengkih memang sedia bawa. Daun pandan tiada jual pun kat sini, hanya ada kat opis. Orang sebelum ini tanam. Cuaca kat sini tak jauh beza dengan Malaysia. Santan kotak tu memang belilah, itu pasal tertera bahasa French. Kan nak cari sebijik sama kat Malaysia, takkan jumpalah. Kan ada yang tanya nak pakai santan jenama ni ke? Apa-apa jenis santan pun tak apa..pakai santan fresh lagi best sebenarnya..kalau kotak beter pilih Kara.

Telur ayam itupun beli. Sini telur ayam memang ada dan mudah nak dapat.

Cara-caranya:

Step 1

  • Cuci bersih beras pulut, rendam lebih kurang 1 jam.

Step 2

  • Sedikit air (2 cawan), gula melaka, bunga cengkih, 2 helai daun pandan. Panaskan dan masak sehingga larut.

Step 3

  • Selepas 1 jam beras direndam. Toskan dan letak dalam loyang. Masukkan santan yang diletakkan sedikit garam.

resepi pulut sekaya senang

Tak ada loyang, isi dalam mangkuk yang tahan panas pun boleh. Aku punya mangkuk kecil sebab loyang pun kecil.

Step 4

  • Kukus lebih kurang 30 – 40 minit. Nampak santan dah kering, pulut dah berlemak.

Step 5

  • Keluarkan dari pengukus, dan biarkan sejuk selama 1 jam.

Step 6

  • Pecahkan 9 biji telur. Lebih baik pecahkan telur berasingan, elak terkena telur busuk. Masukkan sedikit esen vanilla untuk kurangkan bau telur. Kacau dengan sebati.

adunan telur

Step 7

  • Tapiskan air larutan gula melaka dan bunga cengkih ke dalam adunan telur.

adunan air gula melaka

Step 8

  • Tapiskan adunan (step 7) dan curah pada atas pulut.

Step 9

  • Kukus selama 30 minit.

Step 10

  • Dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk. Barulah dipotong.

Hasilnya, gambar di atas. Dengan bahan-bahan ini dapatlah aku share rezeki dengan jiran-jiran. Resepi pulut sekaya ni pun dari orang share kat facebook, aku tambah esen vanilla je.

 

 

 

Tagged : / /

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan Mamak Style

Aku kenal kari kepala ikan tanpa santan, sejak berkahwin. Masa bujang selalu mom masak kari atau gulai yang memang letak santan. Mr. Ery pula jenis yang suka makan kari tanpa santan, katanya lagi lama kuah kari lagi sedap dan nikmat rasanya. Panas..simpan..panas..simpan..

Beberapa kali juga, aku try buat kari kepala ikan ikut resepi yang ada kat google, tapi banyak yang tak menjadi. Ada rasanya tak menjadi, ada kuahnya pula cair..itu komen dari Mr.Ery bila aku masak kari. Satu hari, kat opis aku ada buat farewell untuk CC yang bersara. Hidangan nasi putih dan lauk pauk makan tengahari. Mr. Ery makan lauk kari kepala ikan dan katanya sedap..siap tapau bawa balik. Dan kari kepala ikan ni dimasak oleh saudara Kimi.

Lepas itu, aku pesan pada Kimi kalau nak buat masak kari kepala ikan di opis ni, sila panggil aku. Nak belajar resepi kari ikan mamak sedap. Harinya pun tiba…

Bahan-Bahan

  • Kepala ikan
  • 4 sekawan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah ratus/Halba Campur
  • Cili Boh
  • Belacan
  • Serbuk kari ikan Babas/Adabi
  • Daun Kari
  • Garam dan GulaResipi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Cara-Cara

  • Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus.
  • Panaskan minyak, masukkan tiga sekawan dan rempah ratus.

Resipi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

  • Masukkan bahan dimayang. Goreng sehingga naik bau. Masukkan beberapa helai daun kari
  • Tumis lama tapi jangan sampai hangit
  • Masuk pes serbuk kari.
  • Tumis sehingga pecah minyak.

Resipi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

  • Tambah air, masukkan belacan dan biarkan kuah memekat.
  • Ikan yang telah disalut sedikit garam dan kunyit dimasukkan.

Resipi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

  • Biarkan
  • Perisakan dengan garam dan gula. Tambah lagi daun kari.

Resipi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

  • Kuah dah menggelegak, masukkan bendi dan tomato.

Resipi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

  • Siap untk dihidang.

Kalau ada kari kepala ikan ni, tiga hari tiga malam makan lauk sama. Hehehehe. Jimatkan. Selamat mencuba. Terima kasih saudara Kimi, atas resepi ini.

 

Tagged : / /

Aku Masak Resepi Asam Pedas Banjar Romah Makan Terlajak Laris

Yeah, berjaya menyediakan asam pedas yang sedap gitu. Itupun selepas cuba resepi dari Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris..bukan nak kata resepi asam pedas lain tak sedap, tapi bila buat selalu tak menjadi. Yang nak cuba resepi terlajak laris ni selepas tertengok video di instagram @romahmakanterlajaklaris . Nak pergi makan di tempat dia entah bila boleh pergi kan..

Bahan yang mudah

Singgah kedai runcit beli bahan yang tak ada di rumah. Selesai solat masuk dapur. Mr. Ery tanya, nak masak apa? Nak masak asam pedas pari ni. Ermm, tak sedap mama masak asam pedas. Yea mama tahulah, tapi hari ini nak masak dengan resepi dari abang terlajak laris. Mana tahu kali ini sedap.hehehe.

Bahan-bahan yang diperlukan, maaflah main agak-agak saja ni. tak pandai nak sukat betul-betul..berapa ulas, berapa sudu bagai. Kena pandai-pandailah, nak makan banyak mana.

  1. Bawang merah
  2. Kunyit hidup
  3. Halia
  4. Cili Padi
  5. Belacan
  6. Cili Mesin/Cili Boh
  7. Asam Jawa
  8. Asam Keping
  9. Daun Kesum
  10. Ikan
  11. Bendi
  12. Limau Nipis

Asam Pedas Rumah Terlajak Laris

Blender semua bahan dari nombor 1-5. Panaskan minyak, masukkan bahan yang diblender, sedikit cili boh. Masak sehingga bahan sedikit kering. Tuang sedikit ais asam jawa, dah pecah minyak. Masukkan air, ikan, daun kesum, asam keping. Biarkan sebentar. perasakan dengan garam dan gula. Perah sedikit limau nipis.Siap.

Selesai masak asam pedas ikan pari. Jika sebelum ini, aku masak asam pedas hanya warna merah. Kali ini, warna kekuningan dan rasanya pedas-pedas sedap. Selang dua hari, aku dah masak asam pedas ni. Kalau korang tengok video ig romahmakanterlajaklaris, dia letak serbuk lada putih. tapi aku langsung tak letak pun.  Dia pakai belacan yang mahal dan sedap. Aku pakai belacan yang dah lama aku beli di Thailand. Sedap juga dan tak gatal hidung pun.

Bolehlah, korang cuba resepi ini. Nak pergi makan sana tak tahu bila. Dato’, mahu buat review tak?Ngeh..ngeh..

Tagged : / /

Cara Saya Perap Ayam BBQ Dengan Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum. Lusa dah masuk hari minggu, rasa baru saja lepas hari minggu. Minggu lepas bawa anak-anak berpicnic mandi-manda air terjun yang dekat dengan Kuala Lumpur. Bukan main happy mereka.

Punya plan pula last minute, malamnya pergi cari lauk untuk buat bbq esok hari. Tempat yang mudah nak cari lauk basah semestinya di Pasaraya NSK lah. Mr. Ery merempitlah dengan motor pergi dan bawa balik ikan, udang, dan ayam. Pecah rekod akhirnya sebab sudah bertahun-tahun tak beli ayam. Demi nak buat bbq.

Biasa, MamaEma perap dengan sos bbq jer. hahaha. kerja mudah. Lepas tu, kena perli dengan Mr. Ery…senangnya buat perapan. Yealah-yealah, buat perapan sedap sikit. Itupun ikut yang mana ada bahan-bahan di dapur. Bermulalah aktiviti membuat perapan untuk bbq dengan cara MamaEma.

Perapan Ayam BBQ

Bahan-Bahan Utama

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Serai
Lengkuas
Serbuk cili kering
Garam Gula

Cara Buat Sos Perapan

Mesin pakai blender semua bahan-bahan di atas kecuali serbuk cili kering, garam, gula. Tapi nak letak terus pun tak ada masalah pun. Selepas dah selesai, masukkan sos bbq dan letak madu sedikit (terpulang). Tuang ke dalam bekas, masukkan ayam/ikan/udang yang mana rasa nak perap dengan sos perapan yang dibuat. Kasi tutup bekas, dan goncang sepenuh hati bagi rata perapan dengan lauk. Lepas itu, masuk dalam peti ais.. dan bakar untuk hari esoknya.

Mudah tak cara sos perapan yang MamaEma buat? Korang patut cuba tau. Sedap. Eh, terpuji pula. Yang mana dalam bekas pink sebelah kanan tu, perap ayam dan ikan dengan  bahan perapan yang dibuat oleh MamaEma. Yang lain-lain, MamaEma perap dengan sos BBQ jer…tetap juga ada..  Yealah, perapan bbq pakai sos tak pedas, anak-anak boleh makan.

 

Tagged : / / / /