Resepi Biskut Ala Famous Amos Rangup Sukatan Cawan Tanpa Mixer, Eh Senangnya
Biskut famous amos lah pulak yer.
Rajin juga anak pakcik Johari ni. Eh, terpuji sendiri.
Laki pun ada puji..sejak duduk sini dah pandai masak. Eh puji sendiri lagi.
Biskut ala Famous Amos pakai sukatan cawan dan tanpa mixer.
Gaul manual kudrat tangan jer.
Tak bawa mixer ke sini, nak beli mahal sungguh harga.
So, carilah resepi yang pakai gaul-gaul dengan spatula…yang mudah.
Aku follow resepi kawan blogger AjuMohit…Thanks Aju.
2 hari sebelum raya, baru aku mula.
Sebab aku tahu buat cepat, cepatlah habisnya.
Confident level kemain tinggi..
Itupun, Ayra dan Abang Aqeel merayu-rayu nak merasa.
Demi anak, terpaksalah mengalah..nasib baik dengan adunan ni dapat juga 2 balang (1 balang besar dan 1 balang kecil)
Dah kata, sekali hadap…licin terus 1 balang.
Bahan-bahan untuk resepi Biskut Famous Amos ni, boleh dicari kat Afrika, so, apalagi..jom menguli.
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk biskut ala famous amos:
- 6 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Tepung Jagung
- 2 1/2 Cawan Gula Merah
- 2 Biji Telur
- 500 gram Mentega
- 10 Sudu Minyak Masak
- 1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
- 1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder
- 1 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
- Chocolate Chips / Rice (Lebih banyak lagi sedap)
Cara-caranya:
Bahan A
- Satukan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
Bahan B
- Satukan 6 Cawan Tepung Gandum, 1 Cawan Tepung Jagung, 1 1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat, 1 1/2 Sudu Kecil Baking Powder. Ayak bersama dan gaul sebati.
- Masukkan 10 Sudu Minyak Masak. Gaul sebati.
Satukan Bahan A dan Bahan B, gaul sebati. Last, masukkan chocolate chips/rice. Gaul bagi chocolate chips/rice sama rata.
Aku punya Chocolate chips dah jadi chocolate rice :-). Entah pelik benar chocolate chips dari Cote d’Ivoire ni…sekali tuang ke bekas rupa serbuk..bukan seketul-seketul chocolate chips nya. Nasiblah ada beli juga chocolate rice.
Masukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.
Keluarkan dan bolehlah membentuk adunan ikut suka. Aku pakai sudu acuan.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 darjah api atas bawah. Aku ada tambah masa sikit lagi, bakar bahagian atas sahaja lebih kurang 5 minit.
Siap!!!.
Kenapalah tak rajin dari dulu lagi yer.
SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/