Release Baby Turtle
Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Pengalaman sendiri untuk melepaskan anak-anak penyu. Kena hati-hati memegang anak penyu yer. Bukan boleh sebarangan pegang anak penyu ni, perlu pegangnya di sisi cengkerang.
Hahaha, masa pegang anak penyu, rasa geli juga bila kakinya menggelepar kiri kanan. Tak sabar nak masuk laut yer penyu. Bila tersentuh kaki penyu dengan kulit tu, rasa kasar-kasar tapi lembut. Risau takut terlepas.
Anak-anak pun dapat peluang melepaskan anak penyu juga. Pesan MamaEma pegang baik-baik..anak penyu ni sensitif. Jangan pegang bawah badan dia…situ lagi lembut tempatnya.
Kehidupan anak-anak penyu mudah terancam. Dalam 100 ekor dilepaskan, hanya beberapa ekor sahaja yang dapat survive. Anak-anak penyu terancam dengan ancaman dari burung, ancaman dari ikan besar, ancaman dari obor-obor dan ancaman dari manusia sendiri.
Bye baby turtle.. Moga umur kamu panjang yer. Untuk mengalami sendiri pengalaman melepaskan baby turtle ini, bayaran sebanyak RM20 bagi seekor baby turtle akan dikenakan. Boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan oleh Pihak Legend Cherating. Rugi sangat kalau tak alami pengalaman seperti ini.
Turtle Sanctuary
Sebelum aktiviti melepaskan baby turtle, kami dibawa ke Jabatan Perikanan Negeri Pahang atau Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu.
Masuk adalah percuma. Di sini, boleh dapatkan maklumat tentang kehidupan penyu. Dalamnya ada kolam yang berisi penyu dan anak-anak penyu yang bakal dilepaskan.

Terima kasih pada KBBA9, terima kasih pada Legend Cherating. Pengalaman yang sama sekali tidak akan dilupakan. Banyak aktiviti yang disediakan untuk kami dan keluarga.
Kali ini tidak berkesempatan untuk melihat penyu bertelur kerana agak lewat malam dan jarak untuk berjalan kaki ke tempatnya lebih kurang 1KM melalui pasir pantai.
wah…. best nya kalau dapat pegang anak penyu ni…
salah satu spesis yang terancam…
Bestnya.. Dapat peluang lepaskan anak penyu…
Anak-anak saya tentu suka aktiviti macam ni..
Anuar recently posted…Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
seronoknye aktiviti camni.. anak anak pun sukaa
Norliza Nordin recently posted…Department’s Birthday Celebration & Pot Luck Raya
Satu pengalaman yang sangat berharga!
mas saari recently posted…Belajar Scuba Diving bersama Muck Dive Scuba
Dapat pegang sendiri anak penyu adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Mudah-mudahan penyu yang dilepaskan berjaya survive dan datang semula bertelur.
Gum Arabic Al-Manna recently posted…Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
bestnye ada pengalaman lepaskan baby turtle tu. Tapi risau gak takut terpegang dengan kuat plak
comel betul..rugi tak join
nadia johari recently posted…TAK BOLEH BERENGGANG LANGSUNG..