Buang lemak di perut? Perut oh perut kenapa engkau membuncit? Bila badan kau dah kurus cantik, tapi bila pandang di bahagian perut, engkau mula rasa tidak selesa. Nak bergaya dengan baju cantik-cantik pun engkau akan fikir dua puluh kali. Mulalah engkau cari jalan nak pakai korset mahupun sapu ubat hilangkan lemak di perut. Tapi berbaloikah?
Masalah Lemak Di Perut Selepas Kelahiran Anak
Aku dalam kategori berat badan ideal. Tidak kurus dan tidak juga gemuk. Tapi aku tidak suka bila setiap kali nak keluar, nak bergaya bahagian paling menonjol adalah perut. Terus mood jadi tak baik. Hahaha, orang lain pula kan terkena tempiasnya.
Sejak anak dah tiga, walaupun aku rasa dah berpantang elok-elok tetap juga bahagian perut yang menjadi masalah. Engkau pakailah bengkung sampai ke paha, macam itu jugalah keadaan perut engkau. Ini masalah perut aku lah..bukan perut orang lain. Nak pergi jogging, buat senaman, makan ubat benda yang aku malas nak buat.
Ada kawan sarankan pergi ke Premier Clinic untuk membuat rawatan pembekuan lemak. Mula itu, aku risau juga.. ini pembedahan plastik ke? Pembedahan buang lemak ke? Sakit ke? Semua benda bermain-main di fikiran aku. Selagi tidak pergi, selagi itu pemikiran aku negatif. Akhirnya, aku set appointment dengan Premier Clinic Puchong sebab paling dekat dengan rumah.
Dap Dip Dap..berdebar-debar rasa di hati. Sampai sana, aku jumpa dengan Dr Vanessa Leow yang memberi penerangan tentang proses pembekuan lemak dengan rawatan yang dinamakan Clatuu. Sungguh jelas dan terang penerangan tersebut sehingga aku pula yang tidak sabar-sabar nak buat.
CLATUU Fat Freezing
CLATUU Fat Freezing ialah satu rawatan untuk menghapuskan lemak degil yang tersimpan lama dalam badan. Dengan menggunakan teknologi pendinginan yang dipanggil Cryolipolysis, pembekuan lemak pada 9 darjah Celsius untuk 1 jam bagi setiap sesi. Sel lemak dikumpulkan dan akan dihilangkan dari badan secara beransur-ansur. Simpanan lemak akan mengecut, tetapi kulit dan tisu badan sama sekali tidak akan terjejas. Sedutan berkuasa memegang lapisan lemak manakala kawasan rawatan didedahkan dengan tenaga pendinginan.
Prosedur CLATUU
Selepas aku berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan Doktor Vanessa, aku dibawa ke satu bilik khas untuk menukar pakaian yang disediakan. Selesai tukar pakaian, aku diminta ke bilik lain untuk mengambil gambar di bahagian perut sahaja. Setiap penjuru perut mengikut pusingan 360° . Siap bergambar, sekali lagi aku dibawa ke bilik, dan doktor akan mengukur kawasan dan menandakan tepat di bahagian perut untuk prosedur CLATUU.
Aku dibaringkan dan diletakkan beberapa keping lapisan gel khas untuk melindungi permukaan kulit. Dua aplikator kiri dan kanan diletakkan di atas lapisan gel dan kemudian menyedut lemak perut yang bertanda. Semasa lemak disedut, 5-10 minit pertama akan rasa sejuk. Kemudian, kawasan rawatan menjadi kebas seterusnya tidak rasa apa-apa. Rawatan selama 1 jam ini, sangat selesa dan tenang. Sambil membuat rawatan, sambil aku melayan facebook dan instagram.Sempat juga aku lelap seketika.

Ada masa setengah jam, sempatlah aku lelap dulu.
Selepas satu jam berlalu, aplikator diangkat dan kawasan yang disedut berasa kebas dan kelihatan benjolan lemak yang disedut. Serius aku tengok lemak perut sendiri fobia..hehehehe. Doktor gosok perlahan-lahan di bahagian benjolan selama 5-10 minit dan benjolan tadi akan beransur surut.
Sakit? Langsung tidak sakit tau. Selesai prosedur, tukar balik pakaian aku. Aku pergi berborak dengan Kak Saidila yang juga membuat rawatan di Premier Clinic Puchong yang sama. Tapi rawatannya berbeza dengan aku. Dia membuat rawatan snoring laser kerana mengalamai masalah dengkur.
Gembira aku dapat hilangkan lemak di perut ni. Tunggu lagi result 3 bulan, aku akan kembali ke sini untuk mengukur perut. Rawatan CLATUU ini bukan sahaja boleh dilakukan di bahagian perut sahaja…malah lemak di paha, lemak di belakang, lengan, dan bahagian rusuk pun boleh.

Rawatan Lain di Premier Clinic
Banyak lagi rawatan-rawatan lain yang ada di Premier Clinic antaranya:
- Fat / Weight Loss
- Acne Scar
- Active Acne
- Wrinkles / Fine Lines
- Pores & Texture
- Pigmentation / Age Spot
- Redness / Sunburn
- Facial Sculpting / Contouring
- Under Eye
- Body Contouring
- Birthmark
- Permanent Hair Removal
- Skin Lightening
- Dull Skin
- Saggy Skin
- Cellulite
- Hair Loss / Balding
- Nail Fungal Infection
- Tattoo Removal
- Stretch Marks
- Keloid Removal
- Millia / Oil Seeds / Mole / Wart Removal
- Fine Vines / Spider Veins
- Anti Aging
- Vaginal Rejuvenation
Dah tahu rawatan apa yang dicari-cari dan teringin untuk mendapatkan rawatan di Premier Clinic dengan harga istimewa? Korang sebut sahaja nama aku Ema/Ema Junaiha, korang akan dapat tawaran istimewa tau. Ingat, jangan lupa sebut nama aku.
Sebelum aku lupa, aku senaraikan lokasi dan alamat Premier Clinic yang ada di sini:
TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur. *Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre
BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall.
PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor. * Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant.
KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur. *Opposite new China Embassy (China Visa application place).
Quick Contact:
General Contact Details : +6012-6625552
Websites: www.premier-clinic.com
Email Address: contactus@premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/Premier-Aesthetic
Instagram: premier_clinic
Tumblr: http://premierclinickl.tumblr.com
Twitter: http://www.twitter.com/PremierClinicKL
Google Plus: http://plus.google.com/+PremierclinicKL
Youtube: http://www.youtube.com/user/PremierClinic
Dr Kee Yong Seng: http://www.KLaesthetic.com
Dr Chen Tai Ho: http://www.drchentaiho.com
Whatsapp: http://premierclinic.wasap.my
Boleh la cuba bagi mereka yang berminat nak buang lemak kan.Barulah nampak kurus selalu.Terima kasih atas info yang amat bermanfaat kepada semua.
banyaknya rawatan dia.semua best2 kalau airah pergi pun nak buat jugak fat freezing ni hihi. caiyok sis harap berkesan
aida rasa memang aida perlu la buang lemak kat perut ni. diet and diet tapi tang perut still buncit tau. solusi nyer memang kena buat rawatan gini la.
Samalah kita kak..kalau nak kelaur gi mana mana time pakai baju tuh menyampah betul tgk bahagian perut.apa degil benau lemak kat perut tuh.rawatan akak buat nih nampak menarik je.nak try jugak la.
Menariknya ema sebab tak sakit langsung kan. Nampak ema selesa sgt masa rawatan tu. Siap boleh terlelap. Nak try lah nanti sebab ana pun ada masalah lemak degil kat perut ni.
Brp kos rawatan tu
boleh whatsapp direct pada nombor di atas.
emarieys recently posted…Resepi Biskut Ala Famous Amos Rangup Sukatan Cawan Tanpa Mixer, Eh Senangnya
me on the same boat…since i have not been there…i am always having negative thoughts…i am always advised to get facial treatment to tighten up my pores and lighten the dark spots…i hope premiere clinic can help…
Liez pun actually nak buat clatuu but fikirkan it will take time N my kids left with my neighbour so i try carbon laser. Its works and my skin become smooth. Premier clinic i recommended
ni first time dengar tentang beku lemak.
Dulu masa memuda dulu memang teringin sangat nak hilangkan pewot boncit ni tau, tapi tak ada lagi proses menghilangkan lemak yang canggih camni
Yang ada waktu tu, entah apa nama nya, dia sedut kot lemak2 tu, tapi gerun waktu tu dengar hehe
Lahni dah masuk 5 seris, dia dah kempis ngan
sendiri nya Alhamdulillah
Terima kasih atas perkongsian, so pada sesiapa yang masih muda remaja nak hilangkan boncit, boleh lah ke pusat yang berdekatan
Cara Nak Buat Duit Dengan Blog Walaupun Orang Tak Membeli Apa2 Dari Kita
wah menariknyaa baru tau ada rawatan untuk lemak macam ni! Excited pulak baca haha! Thank you for sharing the details, best bila tau details for these kind of things. Bila temgok list rawatan yang ada pon dah macam rasa nak buat itu ini pulak hehe. Would love to go there and try at least for pigmentation tu lah nanti 😁
Ros baru tahu adanya rawatan macam ni.. kalau tak sakit, bestlah kan.. tak perlu sampai lakukan pembedahan rupanya ya. Boleh dikatakan sekejap juga masa untuk buat rawatan tu kan..
Bukan cakap akak je yang mengalami proses melahirkan dan sebagainya, saya yang lelaki ni sendiri yg tak melahirkan pun membuncit. Hahaha boleh la try treatment dkt sini, buat facial ke kan acne treatment ke
Boleh la cuba!! Memang geram kalau nak pakai lawa-lawa pastu bila tengok kat cermin bahagian perut yang menonjol dulu huhu terus xda mood
Sis dah pernah cuba treatment ni di area Mid Valley. Memang bagus treatment ni untuk buang segala lemak-lemak yag degil, tapi tak leh buat sekali kalau nak betul-betul menjadi…kena ambik package jugaklah
I heard that this treatment is very effective to get rid of the stubborn fats. I wish to try that too,
I can’t wait see the end result. I need to cut all the fat in my tummy and tights. This is the hardest place to lose weight. See the pictures feel scary but hear from you seem a safe treatment.
Wah first time dengr bung lemk dengan cara ni. Boleh try ni. Eh hahaha
Agaknya berapa harga treatment utk buang lemak yer?
Bila tengok lemak dekat perut nie, terasa macam sayang je nak buangkan.. Penat kot nak kumpul dia hahahaha