cara hilang dark circle

Rawat Lingkaran Gelap (Dark Circle) Bawah Mata Dengan Eye Treatment Gel dari Cosmoderm

Susah hati anak demam, diri sendiri pula tak cukup tidur. Nak tidur pun kena tidur-tidur ayam, risau suhu panas anak makin tinggi…selepas 3 hari anak dah baik. Alhamdulillah. Bila anak dah sihat, tapi mamanya pula datang penyakit lain. Tidaklah penyakit bahaya, tapi penyakit mata panda iaitu lingkaran gelap (dark circle) bawah mata makin nampak jelas.

cara hilang dark circle

Dengan umur dah nak masuk 40-an ni, memang kulit banyak ke arah sudah tua. Eh, memang kita mengakulah yer.. Dahlah jenis yang berkaca mata…lagi nampak mata ke dalam..semakin nampak mata panda nya. Oh, risau sangat.

Punca Dark Circle

  1. Keturunan
  2. Penat
  3. Selalu tidur lewat malam
  4. Alergi
  5. Terdedah kepada cahaya skrin PC, Hp atau Laptop.
  6. Kurang darah dan zat besi (anemia)
  7. Toksin

Merawat Dark Circle dengan Gel Rawatan Mata

Memang kalau di google banyak cara untuk merawat dark circle ni..ada secara tradisionalnya..ada cara modennya. Lagi cepat cara modenlah, hanya beli saja gel rawatan mata. Salah satunya dari Cosmoderm. Kalau produk dari Cosmoderm memang aku yakin 100%. Sejak aku mula pakai gel rawatan mata dari Cosmoderm ini, kawasan gelap semakin berkurangan. Happylah aku… bukan lagi mata panda tapi mata singa pula…hahahaha…gurau jea.

cara hilang dark circle

Kenapa Kena Pilih Eye Treatment Gel Cosmoderm?

  1. Bantu anjalkan struktur kulit dan mengurangkan sembap serta lingkaran gelap di sekeliling mata
  2. Gel yang tidak melekit dan mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis.
  3. Sesuai untuk kulit lembut dan sensitif.
  4. Co-Enzyme Q10 dengan vitamin A membantu mengurangkan kesan penuaan.
  5. Halal.
  6. Ada kelulusan dari GMP.

cara hilang dark circle

Hanya sapu pada waktu pagi dan malam..waktu korang tengah berehat. Bila korang sapu, sekeliling mata korang akan rasa segar dan sejuk…yang mengantuk pun tak jadi nak tidur.

 

Apa-apa penggunaan produk pun bukan terus dapat kesan. kena sabar yea.. saaabaaarr.. Hari ini pakai, esok nak dapat kesan, memang apa pun tak dapat..mulalah cakap produk tidak berkesan…haishhh.

Yang mana ingin merawat dark circle tu, memang aku suggest sangat dengan Eye Treatment Gel dari Cosmoderm ini. Untuk dapatkannya, silalah ke :

Website : www.cosmoderm.com.my

 

About emarieys

Ema has written 1254 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

5 thoughts on “Rawat Lingkaran Gelap (Dark Circle) Bawah Mata Dengan Eye Treatment Gel dari Cosmoderm

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge