Alhamdulillah kekenyangan…terima kasih bos tapaukan nasi untuk saya tengahari tadi…jimat duit saya bos…. tengahari saya tak keluar bos….
hari ini mr. ery minta tolong carikan info tentang ‘suapan’ atau erti kata lain ‘rasuah’…. bagus juga bila minta tolong ni…bab suapan/rasuah ni selalunya kita akan dengar saja…kali ini buat survey, baca dan ambil note..kita akan faham sebaiknya….
kesalahan yang amat besar sekali bagi penjawat awam yang makan ‘suapan’ ini… macam-macam kategori kesalahan kita boleh tahu…. sedikit info untuk saya kongsikan bersama…
SUAPAN dikenali juga sogokan, duit kopi, ‘under table money’ hulur, komisen malah angpow.
SUAPAN – suatu perbuatan oleh penjawat awam yang menyalahguna kuasanya bagi mendapatkan imbuhan atau ganjara dari orang awam’
SUAPAN – wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih.
SUAPAN – apa-apa jawatan, kedudukan, kebesaran, pekerjaan, perkhidmatan dan apa-apa janji untuk memberikan pekerjaan atau perkhidmatan atas apa-apa sifat.
SUAPAN – apa-apa bayaran, pelepasam, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, sama ada keseluruhannya atau sebahagian sahaja.
SUAPAN – apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, bonus, potongan atau peratusan.
SUAPAN- apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.
SUAPAN – apa-apa jenis perkhidmatan atau potongan lain seperti perlindungan daripada apa-apa penalti yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah sama ada atau tidak sudah dimulakan dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau kuasa atau kewajipan rasmi.
selalunya kita baca surat khabar, tengok tv, internet, radio… rasuah ini kebanyakkan berlaku pada golongan kakitangan awam yang bergaji rendah?
ramai berpendapat kalau hendak kerja kerajaan perlu ada ‘kabel’ yang kuat… kalau tak ada ‘kabel’ susah nak kerja dengan kerajaan… bagi saya… ada betul ada tidak… saya? berusaha sendiri… tak ada pun minta bantuan siapa-siapa… walaupun ada ber’kabel’ … bukan dapat dengan cara yang senang….kena interview juga…..apa yang penting boleh buat kerja… dan bukan yang MALAS BEKERJA…. sebab bila dah masuk kerajaan bukan senang nak diberhentikan selain dengan rela hati sendiri…..