Pernah dengar nama Taco Bell? Kalau tak pernah dengar, suka untuk diberitahu yang restoran Taco Bell ini sering muncul dalam filem-filem Hollywood sebagai salah satu restoran makanan segera yang best!

Ia sangat terkenal di sana, sehingga terpilih sebagai rantaian makanan segera Mexico kegemaran Amerika. Anda boleh menemui logo loceng ungu yang terkenal ini di beberapa bahagian Asia, seperti China, Jepun, Filipina dan yang terdekat di Bangkok.

Menurut apa yang dilaporkan melalui Malay Mail, pada bulan Disember pada tahun lalu, Taco Bell dikhabarkan sedang mengintai peluang untuk pasaran di Asia Tenggara termasuklah untuk Malaysia. Dalam perancangan tersebut juga dikatakan selain pembukaan operasi di Malaysia dan Indonesia, antara negara lain yang turut mendapat perhatian adalah seperti di Myanmar, Vietnam dan Laos. Setakat ini, tujuh cawangan Taco Bell dilaporkan sudah dibuka di Filiipina dan enam cawangan di Thailand. 

Secara tak langsung, pembukaan Taco Bell dengan cawangan yang pertama di Malaysia ini benar-benar mendapat perhatian ramai orang. Tambahan pula, Taco Bell yang berasal dari Amerika Syarikat ini dicatatkan telah mempunyai lebih dari 7,000 cawangan sejak mula dibuka dan diperkenalkan dalam pasaran semenjak pada tahun 1962 dulu. Bayangkan sudah berapa lama Taco Bell ini bertahan.

Taco Bell Akan Dibuka Di Tropicana Gardens Mall, PJ Malaysia 

 

Terletak di Tropicana Gardens Mall, restoran ini dikatakan akan mendapat perhatian ramai pelanggan. Lagi pula, lokasi restoran ini dengan mudah boleh dikunjungi dengan menggunakan MRT Surian. Masih lagi tiada tarikh rasmi pembukaannya, namun Taco Bell ini merupakan salah satu jenama di bawah Yum! Brands yang juga merupakan pemilik kepada KFC dan juga Pizzahut.

Berita itu telah disahkan oleh Tropicana Gardens Mall sendiri, dan mereka juga telah mula menggoda pelanggan untuk datang ke Taco Bell nanti. 

“Tidak ada perincian lebih lanjut mengenai pembukaan kedai tetapi secara jujur ​​kami semua berharap ia akan segera dibuka! Ini secara rasmi akan menjadi outlet Taco Bell pertama di Malaysia.”

taco bell sedap

Taco Bell terkenal dengan pelbagai jenis makanan Mexico dan Tex-Mex yang membuatkan anda kecur air liur pada pandangan pertama. Taco Bell terkenal dengan taconya yang lembut, burrito, quesadilla serta nacho yang sedap. 

Tidak hanya itu, Taco Bell turut terkenal dengan menu Doritos Locos Tacos yang dari kerepek nacho Doritos yang terkenal. Terdapat juga rasa pedas yang hangat untuk para pencinta makanan pedas yang hot panas pedas berapi. Harap-harap menu ini akan turut berada di Malaysia supaya kita sama-sama dapat merasanya nanti. 

makanan segera taco bell

Foodpanda Sedia Untuk Membuat Penghantaran Taco Bell Secara Terus Ke Rumah Anda 

 

Sebagai salah satu pihak yang sudah terkenal dengan servis penghantaran makanan di sekiatar Kuala Lumpur dan Malaysia khususnya, sudah tentu pihak Foodpanda juga tidak mahu terlepas peluang untuk memudahkan urusan para pelanggan mereka.

Tiada kereta? Tiada masalah! Tropicana Gardens Mall dihubungkan terus ke stesen MRT Surian, dan jika tidak ada masa juga tidak akan jadi masalah kerana pihak Foodpanda akan sentiasa bersiap sedia apabila sudah tiba masanya nanti. 

Dengan adanya perkhidmatan seperti online food delivery seperti Foodpanda ini, anda dengan bebas boleh membuat apa jua pesanan mengikut selera anda sendiri. Anda juga tidak perlu menyusahkan diri sendiri demi untuk mendapatkan menu sedap di Taco Bell. 

taco bell online

Yang pasti, sentiasa bersiap sedia akan pembukaannya yang pertama ini kerana sudah tentu akan ada pelbagai tawaran menu yang hebat-hebat untuk bakal pelanggannya. Bagi yang belum pernah merasa makanan dari Mexico, inilah peluang yang boleh anda gunakan. Tak perlu lagi nak habis belanja bercuti ke Mexico kerana saat ini Mexico sendiri datang melalui Taco Bell kepada anda.

Sedap ke tak sedap Taco Bell ni? Adakah ianya boleh menawan hati dan citarasa rakyat Malaysia? Sama-sama kita nantikan dan sama-sama kita lihat apakah reaksi tindakbalas warga Malaysia terhadap Taco Bell ini nanti. 

Yang pasti, sentiasa bersiap sedia akan pembukaannya yang pertama ini kerana sudah tentu akan ada pelbagai tawaran menu yang hebat-hebat untuk bakal pelanggannya. Bagi yang belum pernah merasa makanan dari Mexico, inilah peluang yang boleh anda gunakan. Tak perlu lagi nak habis belanja bercuti ke Mexico kerana saat ini Mexico sendiri datang melalui Taco Bell kepada anda.

Sedap ke tak sedap Taco Bell ni? Adakah ianya boleh menawan hati dan citarasa rakyat Malaysia? Sama-sama kita nantikan dan sama-sama kita lihat apakah reaksi tindakbalas warga Malaysia terhadap Taco Bell ini nanti. 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Rangkaian Makanan Segera terkenal Amerika Syarikat, Taco Bell Dilancarkan di Petaling Jaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *