Rambang Mata di Baby Manjaku

Tempat untuk mencari barang-barang keperluan bayi dan ibu mengandung. Yang banyak pun untuk bayi seperti pakaian, toiletries, stroller, katil dan macam-macam lagilah. sampai rambang mata nak pilih semua. Kebetulan ke Bangi tempoh hari. Alang-alang dah sampai sini, yang tak plan nak beli apa-apa pun berhabis juga duitnya untuk penambahan. Harganya memang munasabah walaupun tiada sale besar-besaran.

Baby Manjaku, Bangi.

Sempat juga rembat beberapa pasang pakaian bayi, mandian, pampers, kelambu, besen mandi dan bra menyusu. Balik rumah sesal rembat sehelai, sebab ada jual di online mahal sangat. Kedai baby manjaku di Bangi ni boleh dikatakan besarlah juga. selesalah nak berjalan jika sesak pun dan dua tingkat pula tu.

Selain di Bandar Baru Bangi, cawangan lain baby manjaku ada di tempat korang juga. Antaranya:

1. Bandar Baru Bangi, Selangor
2. Ampang, Selangor
3. Gombak, Selangor
4. Kajang, Selangor
5. Klang, Selangor
6. Sri Gombak, Selangor
7. Sg Buluh, Selangor
8. Wangsa Maju, Selangor
9. Parit Bundar, Perak
10.Setiawan, Perak
11.Taiping, Perak
12.Senawang, Negeri Sembilan
13.Kota Bharu, Kelantan
14.Kuantan, Pahang
15.Melaka
16.Kemaman, Terengganu
17.Sg Petani ,Kedah
18.Dataran Wangsa,Wangsa Melawati,Selangor
19.Silibin,Jelapang,Ipoh (confirmed to be opened in 2013)
20.Seri manjung,Perak (coming soon)
21.Kuala Terengganu ,Terengganu (coming soon)
22.Kota Tinggi ,Johor (coming soon)

Nak lebih detail terus klik link Baby Manjaku.

 

baby manjaku

Di tingkat atas ada pelbagai jenama stroller, katil bayi, permainan, beg, walker. Geram sangat nak beli stroller yang tiga tayar sebab harganya murah sangat tak sampai tiga ratus pun. Tapi mr.ery pula geram nak beli katil 3 in 1. Dia tak kasi beli stroller, aku tak kasi beli katil. Last-last bawa turun dari tingkat atas, beli besen. hahahaha…sengal.

 

kedai manjaku

Sekarang dah 36 minggu, dap dup dap dah tak lama lagi nak bersalin. Terasa masih ada lagi keperluan bayi yang nak dibeli. Harap sempat untuk pergi serang Pureen Stock Clearance Promotion pada 7 hingga 8 Mac 2015 di Shah Alam nanti.

 

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

26 thoughts on “Rambang Mata di Baby Manjaku

  1. wah dah tak lama lagi nak meletup
    moga dipermudahkan utk ema dan baby

    shopping barang baby ni mmg la rambang mata dibuatnya
    mau terlajak shopping selalu
    aku yang tak de baby lagi ni pun
    kalau dah masuk kedai2 brg baby
    mau ralit dibuatnya
    cute2 semua
    ellynadyra recently posted…Q-Dees Konsert 2014: Part 5My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge