Selepas open house kat SINI. malamnya, ada open house tadika azwa yang bergabung dengan kawasan penduduk setempat. maknanya, besar-besaran punya open house.
Jemput pula imam muda nuri. best juga suaranya mendendangkan lagu ala nasyid tu. mula tu, ingat dia nak bagi ceramah ke apa kan.
Ada lagi booth tentang bantuan untuk rakyat Palestin. dipertontonkan juga rakaman-rakaman kesengsaraan rakyat palestin yang tidak disiarkan di televisyen atas sebab terlalu menyedihkan. mengerikan bila bayi dibunuh dengan tembakan di kepala, dada dan jantung. budak-budak adalah mangsa utama untuk dibunuh. MASYAALLAH. sangat kejam… sangat menakutkan..
Sambil kita bersukaria menyambut hari raya..sambil kita mendoakan rakyat Islam di sana.
Mengelip mata si azwa malam-malam…ngada-ngada nak make-up juga
Maklumlah ada persembahan dari mereka… nyanyi lagu raya
Saya ANAK MALAYSIA.
Ayat terakhir malam itu.
Di Palestin, solat Subuh memenuhi masjid
Di sini, ke manakah solat subuh kita?