Ayra Azwa Family Putaran Masa Special Day

Pusat Ayra Dipotong Dua Kali

Pusat bayi yang baru dilahirkan perlu penjagaan yang teliti dan bersih. Tapi bagi Ayra, pusatnya dipotong dua kali kerana berlaku pendarahan. Bukan sebab tidak dijaga dengan baik. Tapi atas kecuaian hospital sendiri semasa memotong dan mengepit pusat selepas Ayra dilahirkan.

Kecemasan

Patutlah malam pertama bawa balik ke rumah, Ayra menangis tak nak tidur. Inilah sebabnya, pusat Ayra berdarah. Doktor kepit pusat Ayra tak betul, di bawahnya tak tertutup. Ngeri tengok pusat Ayra.

Esoknya, bawa Ayra ke PPUM semula dan terus pergi ke klinik pediatric. Tunjuk keadaan pusat Ayra yang berdarah. Doktor cakap ini biasa, lama-lama tertanggal juga pusatnya. Mak mertua cakaplah “saya ada anak dan cucu ramai ni, tak pernah lagi pusat berdarah camni dan tahu pusat akan tanggal, tapi cucu saya menangis mungkin sakit sebab pusat yang berdarah dahlah tak tertutup kat bawah ni, terkepit sikit je”. Akhirnya, doktor bawa Ayra masuk ke bilik untuk tukarkan kepit dan pusat Ayra kena potong sekali lagi. Aku yang kat luar ni dengar suara Ayra menangis.

 

potong pusat
Keadaan pusat Ayra yang berdarah

 

Selepas, betul dan tukarkan pengepit pusat, Alhamdulillah, Ayra tak menangis lagi. Kini, Ayra ada dua pengepit pusat dan telah aku simpan untuk tunjuk padanya bila besar nanti. Inilah dugaan untuk aku dan Ayra tapi bukan setakat ini saja, masih ada lagi dugaannya..nanti aku kongsikan.

 

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

12 Comments

  1. Ya Allah, kesian Ayra

    Moga Ayra cepat sembuh Amin
    Ani Haryani recently posted…Jadual Waktu Sistem Tubuh Badan Manusia Yang Semua Mesti Tahu!My Profile

  2. perkara begini tak sepatutnya berlaku..kasihan budak tu.
    mrhanafi recently posted…Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ke-13My Profile

  3. anak gua..bila letak ubat kat situ..memang nanges kejap. bila dah pakai lampin..dia gelak plak.

    pelik kejap aku nengok budak nih..
    titan recently posted…Abang, nurse kata nanti bawa GL untuk buat bayaran bersalin kat hospital.My Profile

    1. Alongxp says:

      itu pun ko nak pelik, yg dia boleh tidur dengan pampers penuh tahi tu ko tak pelik ke? hahahaha
      Alongxp recently posted…Cara menyamar di internetMy Profile

      1. tu normal beb.

        masa gua bayi dulu pun..gua buat gak. apa nak heran. haha
        titan recently posted…TIGA sebab orang akan cari dan bagi KITA kerja.My Profile

  4. Alongxp says:

    Nasib baik ada emak kat situ boleh bagi hujah yang kukuh, kadang pihak-pihak tersebut saje nak lepaskan diri, tak nak mengaku yg tu silap mereka.

    terganggu emosi bila baca benda-benda macam ni di pagi hari… hahahaha
    Alongxp recently posted…Cara nak baca whatsapp orang lainMy Profile

  5. adui.. sakitnya bile terbayang tali pusat tu berdarah2.
    LydSunshine recently posted…Keber’ada’anMy Profile

  6. Allah, kesian baby. U pulak tengah berpantang. Mujurlah ada mak boleh tolong tengokkan. Apapun saya doakan baik-baik saja untuk baby ayra dan
    Raihanah Ahmad recently posted…Alergi / Resdung Hilang Dalam Masa 3 Hari Dengan ShakleeMy Profile

  7. Khadeejah Hasmad says:

    Kesiannya ke baby Ayra. Banyak betul cabaran. ;(
    Khadeejah Hasmad recently posted…5 Tips Penyusuan Susu Ibu Semasa BerpuasaMy Profile

  8. ctfand says:

    kesian kat Ayra.. menjaga baby baru lahir ni memang banyak cabarannya.. setiap baby pula berlainan pengalamannya…

    apapun saya doakan semoga semuanya baik2 saja..dan dipermudahkan semua urusan penjagaan Ayra. Take care to you too kak ema..
    ctfand recently posted…Salam Ramadhan 1436H / 2015My Profile

  9. Alolo ciannya..pedih pula tengok pusat tu :/
    Shaima recently posted…#Humor – Amalkan Ini Bila Datang Ke Rumah Untuk Beraya My Profile

  10. Ya Allah.. Kesiannya.. Sabar ye kak…
    azlan recently posted…Bocor : Gambar LG Nexus 5 (2015) Tertiris di InternetMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge