As Salam Readers!

kesian sungguh melihat anak-anak ditinggalkan di sini..tapi apa boleh buat..bukan kerana dipaksa tetapi kerana terpaksa…

sepanjang seminggu saya bercuti di kampung…ada beberapa hari saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya kat sini…. setiap kali hantar anak-anak… setiap kalilah si adik akan menangis.. nasib baik si kakak okey saja…

disebabkan tak biasa dengan orang… si adik menangis sampaikan si kakak tak dapat nak main.. bila masa saya hantar sini…si adik dah nampak pagar terus menangis tak mahu pergi….

hah, sinilah tempatnya… dah hari cuti sekolah… ramai yang tak hantar anak-anak..hanya saya dan beberapa orang saja yang hantar anak kat sini…sunyi dan sepi…lagipun anak-anak tidak diajar gara-gara musim cuti sekolah…hanya dikasi tengok tv dan main playground kecil saja….


nota jari : ku terpaksa kerana dikau yang merasa….

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *