Purple Walk
Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Rohani, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kena hadiri majlis ini, atas arahan Ketua Jabatan. Paginya Purple Walk, petangnya kena outstation.
Purple Walk
Purple Walk ini kali kedua dianjurkan pada tahun ini. Tahun lepas di Putrajaya tahun ini di Kuala Lumpur pula. Dah namanya Purple Walk, sudah semestinya kena pakai baju warna purple.
Walaupun menyambut hari wanita, tidak semestinya lelaki tak boleh sertai sekali. Ramai juga lelaki-lelaki yang turut serta. Ditambah pula pengacara yang gila-gila, si Helmi Gimik dan Yasmin Hani. Memang tak kering gusi pun lagi-lagi dengan Helmi Gimik ni.
Elok aku sampai dah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita. Lepas daftar dan makan nasi dari kupon daftar, aku jalan ke stage nak tengok apa lagi aktivitinya. Sekali aku tengok ramai juga artis yang ada. Sebelum berjalan, kenalah buat senaman dulu. Kan nanti ada yang sakit-sakit. Nampak tak siapa artisnya?
Lepas buat senaman panaskan badan, barulah mula berjalan. Berjalan bukan berlari. Tapi mereka berjalan dah macam berlari. Laju sungguh. Dari Dataran Merdeka ke Sogo lalu depan Jalan Tar balik ke Dataran Merdeka.
Tujuan utama untuk Purple Walk. Sambil Purple Walk sambil kejar artis nak bergambar. Bila lagi kan bukan senang nak jumpa artis.
Ramai artis yang turut serta.
Tiz Zaqiyah ni memang lawa orangnya. Putihlah juga. Alahai anak dara aku sorang terselit kat belakang pula. Kita kasi zoom sikit.
Tak sangka pula Datin Tiara pun ada. Aku tak naklah ganggu dia berborak kan. so, aku jalanlah tepi dia dan minta kawan ambilkan gambar.
Sebab bukan main lajulah juga diaorang ni berjalan, aku suruh kakak Azwa pergi depan sekali baru tak tertinggal. Dalam berjalan tu, nampak pula Aunty Kasmah ni berjalan sorang. Masih bertenaga dan masih muda. Beza bila tengok drama yang dia berlakon.
Aktiviti Menarik
Jalan tak jauh tapi boleh buat ketiak basah. Berpeluh sebab jalan kejar artis bukan berpeluh sebab Purple Walk ni. Lepas dah sampai penamat, ingatkan dah habis ke, tapi Menteri nak buat tarian poco-poco. Aku berpoco-poco juga tapi terpijak kaki-kaki orang, berhimpit depan stage.
Antara artis veteran yang turut serta memeriahkan Purple Walk.
Ada pula soal jawab dengan Tiz. Dapat jawab dapatlah hadiahnya. Aku tak ada pun nak jawab, sebab tak tahu jawapan pun. Bukan tak minat dia, tengok juga drama lakonan Tiz.
Ada persembahan fesyen muslimah sekali. Mak aii, tinggi gila tumit kasut model-model ni. seriau bila model ni melangkah turun dari stage.
Ada fesyen muslimah koleksi dari Farah Adeeba sebab nampak belakang stage dia sibuk dengan model-model ni.
Memang gila-gila si Helmi Gimik ni. Orang menyanyi lagu cina, dia pergi bantai pakai cheongsam, orang menyanyi lagu india dia siap berjambang.
Yasmin Hani pun lawa juga orangnya. Kuning langsat kulit dia.
Dah agak lama kat sana, aku pun kejar masa nak pergi kerja dan orang pun beransur-ansur balik, aku pun ajak kakak Azwa balik.
Sempat juga tunggu hingga cabutan bertuah. Tak bertuah pun, nombor yang dipanggil banyak orang dah balik. Sekali diaorang pun tak larat nak sebut nombor satu persatu, last-last diaorang bagi hadiah ikut umur kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya. Kalau tunggu sampai malam pun tak selesai, 400 hadiahnya.
Dapatlah juga bawa balik buah tangan sekotak coklat cadbury. Tapi hingga kini, tak makan pun. Walaupun bukan cadbury yang disahkan ada lemak babi tu, tetap tak berani nak makan. Nampaknya, kena bagi pada kawan bukan Islam. Tak dapat makan coklat tak apa, dapat juga payung dari CIMB. Aku minta dari urusetia yang angkut hadiah-hadih tepi stage. Kan untung duduk tepi stage. Ada peluang minta saja hadiahnya. Hahaha.
dalam ramai2 retis tu akak suka auntie kasmah tu
suka style suara dia time berlakon kat tv tu 🙂
dalam lakonan nampak macamdah berumur kan..tapi di luar layar perak masih muda tau…katanya sebab make-up.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
Meriahnya. Bestlah dapat bergambar dgn retis ☺
Fiza Rahman recently posted…Salam Israk dan Mikraj
bila lagi nak bergambar dengan retis kalau tak ambil peluang time ni…hehehe.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
semua gambar artis, tuan tanah pun dah macam artis.
memang sanggup ku kejar diaorang ni..tuan tanah jadi artis blog sendiri jer.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
wah.. seronoknya bergambar dan berjalan dgn artis…
psst: saya dari kecil mmg tak makan coklat cadbury sbb masa saya kecik lagi dah diberitahu..
Hairul Hissam recently posted…Tips Menghias Rumah Kelihatan Lebih Besar & Testi Pembeli Rahsia Bun “Nak Ke Kursus atau DVD jee?”
biasa-biasa jer..tp jadi excited lah dah jumpa artis depan mata kan.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
wahh retis you!! yasmin tu maintain je ye, dah kata retis semuanya lawa2 kan
ini baru beberapa orang artis yang terlibat…kalau lagi ramai..lagi banyaklah gambar aku tepek kat sini.. memang slim pun dia,
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
Seronoknya tengok awak bergambar sakan dengan retis… Sambil berjalan, sambil bergambar… 😉
Anuar recently posted…Kalau saya menang DiGi WWWOW Awards 2014
seronok tu memang seronok…hilang rasa penat dari purple walk ni.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
wah happening gitu..popular kejab ya..
Raudzah recently posted…Sekadar Peringatan Sebelum Tidur
popular apa kak…lainlah kalau ada tawaran jadi pelakon…hehehe.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
Bestnya dapat jumpa artis. Enjoy the day.
Logeswary recently posted…Men’s Vital Health Set
tq logeswary.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
Ramai artis terlibat bagi menarik ramai pengunjung tu Ema
Semuanya serba purple ye. Menarik juga:)
Kakzakie Purvit recently posted…Tat Bengkulu
kena pakai baju purple kak…itulah dinamakan purple walk kak. nasib baiklah ada juga t-shirt warna purple kat rumah.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
aura kak ema menenggelamkan retis-retis itew..hihi
ctfand recently posted…Ke Butik Gene Martino, Plaza Metro, Kajang
amboi, sampai gitu sekali ke…taklah biasa-biasa jer.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
sebab ada artis tu rasa happening sis… jalan sikit meleleh peluh menitik.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
yup Yasmin Hani…dia jadi pengacara pun best.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
Asal dapat kejar artis, ketiak basah pun takpalah, Ema! Bukan selalu pun 🙂 Dah lama betul tak berlari, berjalan macam berlari ni tau. Kalau join sekaki mahu dapat gak hadiah ni – untuk tempat paling corot 🙂
Mummydearie recently posted…Hadiah daripada kawan-kawan …
betul tu…peluh boleh lap..artis nak jumpa susah. bukan berlumba pun MD…jalan suka-suka jer.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
ahli sukan pun femes juga…hehehe.
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
fazura tak ada…busy agaknya….
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
Bestnyer…
Ai like pepel..
Nampak lembut je..
Syok tengok bergambar dengan retis plak ;D
Myra Jay recently posted…Stokin Kaki Scholl untuk Tidur
Hahaha.. comel je kejar-kejar artis.. dah sebaris dah tu dengan artis tu.. =)
Moms Avenue recently posted…Segmen Mencari Teman Momsavenues.com
nampak meriah tu..seronok la sis sambil berjalan dapat bergambar dengan artis 🙂
puteri kasih recently posted…Khasiat Peria
bak kata upin ipin..seronok..seronok..seronok..
emarieys recently posted…Colour Blocking Dari Guru
bestnya kak.. meriah… best je baca part kejar artis tu.. hihi
IntaNBerliaN recently posted…Senarai peserta Mini Giveaway #25
Slimnya Yasmin Hani. Suka tgk dia. Lawak je ema ni, org berpeluh sbb pepel walk, dia peluh sbb kejar artis. Makcik kasmah sorang2 je ke, takde bwk geng.
LydSunshine recently posted…Cerewet Membeli Baju Untuk Budak Yang Dah Toddler Ni
huh…huh…huhhhh jelesnya…seronok sakan nampaknya..hehe
Hafizul recently posted…Bila Dapat Duit Banyak Jiwa Jadi Senang
kenapa apa2 majlis mesti cabutan bertuah di buat akhir sekali..biasanya orang mesti dah balik sebab letih menunggu..heheh
diana recently posted…CHEF WAN:DAH TAHU HARAM DIAM SUDAH LA..
Wah untungnye akak dpt jumpa rmi retis
Mimie recently posted…Resipi sambal asam puri yang sedap
lama tak komen kat sini… entry dah tak up kat blogspot… tak perasan dah banyak entrynya…
tukang karut recently posted…Fakta karut Tentang Isnin…