Lambat lagi ke ni nak habis PKP?
Rasanya dah tak lama, kerajaan mula dah melonggarkan beberapa syarat SOP.
Tak lama boleh rentas daerah dan boleh rentas negeri.
Perniagaan pun dah boleh beroperasi. Alhamdulillah.

Bila Kerajaan dah mula membenarkan rentas negeri, dah boleh plan pergi bercuti
Tapi kita kena ingat dan sentiasa mengamalkan SOP dan ikut norma baru masa kini.
Erm, ke mana destinasi nak pergi ni?

Sejenis yang suka laut dan mandi pantai, ke pulau lah kita cari.
Yes, I need a vitamin sea. Original!!
Pulau mana yang best ni?
Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Pinang?
Amboi, mentang-mentang nama depan Pulau…habis negeri ke nak kena pergi.
Tidaklah, pilih salah satulah dulu.

Cuti pun cuti juga, kita pergi dulu destinasi pertama.
Ada yang dapat teka ke aku nak pergi mana?
Aku plan nak pergi ke Pulau Pangkor.
Kenapa?

Aku pernah sampai Pangkor tapi tak pernah sampai ke Pulau Pangkor.
Macam mana tu?
Tak pernah seberang laut Pangkor laa.
Setakat pergi Lumut cari ikan bilis, sotong kering jea..itupun menyinggah.
Tak tidur bermalam pun.
Eh, teringat pula kedai Makcik Jamilah jual ikan bilis mata biru tu.
So, kali ini plan beberapa hari… 3H 2M pun cukupkan.

My Plan – Itinerary to Pulau Pangkor

Date –Plan nak pergi berapa haribulan dan bulan berapa, kan pilih musim tengkujuh tak mandi laut jawabnya, mandi air bah terus.

Apply cuti. Orang yang kerja makan gaji ni, bukan boleh cuti suka hati. Kenalah apply cuti dengan majikan dulu.

Bajet – Bajet untuk family sendiri. Bajet untuk adik beradik, ma abah yang follow sekali. Kategori bajet (Bilangan orang, kenderaan, makan minum, petrol, tol, tiket dan lain-lain perbelanjaan)

Penginapan – Hotel, homestay atau resort.

Pakej – Ambil pakej atau persendirian

Cenderahati – Mesti beli untuk kenangan dan buah tangan untuk kawan-kawan.

Day 1

Berkumpul dan bertolak dari Kelantan. Tolak tambah perjalanan, berhenti makan, berhenti solat. Mahu juga sampai petang.

Sampai bandar Lumut, parking kereta di tempat yang selamat.

Beli tiket feri di kaunter dan tunggu feri sampai

Teksi ke hotel.

Check-in hotel

Hitung punya hitung..1 hari dah burn. Tapi tak apa, tak perlu stress bagai. Kita nak enjoy.

Day 2

Breakfast

Aktiviti snorkeling, mandi air laut

Island hoping

Lawat tempat seperti Kilang Sate Ikan, Batu Bersurat, Pantai Bogak, Masjid Terapung

Day 3

Check-out

Ronda-ronda bandar Lumut. Beli cenderahati. Beli ikan bilis, makanan kering dan sebagainya.

Jika sempat boleh singgah Taman Paya Bakau dan lain-lain tempat menarik yang ada. Sepertimana peribahasa yang menyebut  “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan?”.

Bertolak balik.

Ringkas saja dulu my itinerary to Pulau Pangkor, hari nak pergi mesti banyak lagi.

Survey Hotel

Tertanya-tanya tak hotel mana kami nak stay? Plan nak stay di hotel yang mewah tapi harganya murah. Dah survey untuk hotel ini Pangkor Laut Resort.


Cantik sangat resortnya..Erm, mahu tak balik lah nanti.

Mestilah adik-adik dan ma abah akan happy.

Sekali sekala berbelanja untuk mereka dan dapat membantu negara menjana ekonomi.

Hah gitu….

Dengan biliknya yang mengadap laut

Dengan angin sempoi-sempoi masuk ke ruang tidur

Tenang sangat.

Baru berangan dah rasa nikmat. Belum lagi yang betul-betul kejadiaannya.

Dapat staycation dengan family yang lengkap menjadikan percutian ini percutian yang sangat indah.

Okey, plan dah ada. Survey pun dah setel. So, tunggu laluan sahaja dibuka.

Then, diam-diam kita kasi surprise kat mereka semua.

Doakan semoga ianya berjalan seperti yang dirancangkan.

Thanks.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

5 Replies to “Lets’ Plan Bawa Family Cuti Habis PKP, Ke Mana Kita?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *